Sunday, September 2, 2018

Seorang Pakcik

Seorang pakcik yang sentiasa nak menang,
Bila bersembang memang pakar segala bidang,
Hebat pakcik bersembang,
Pokok boleh tumbang,
Rumah boleh terbang.

Kau budak apa tahu,
Aku hidup lagi lama daripada kau,
Kau belum pandai pakai baju,
Aku dah boleh elak kena tembak dengan peluru.
Kata pakcik itu.

Seorang pakcik yang sentiasa nak menang,

Saya cuma beri pendapat,
Bukan nak berlawan debat,
Maklumlah pakcik orang hebat,
Saya baru lahir, pakcik dah kerja berat.

Seorang pakcik yang sentiasa nak menang,
Bila bersembang rasa bercakap dengan manusia arif segala bidang,
Politik sampai undang-undang,
Pakcik sentiasa menang.

Seorang pakcik yang sentiasa nak menang,
Hebat pakcik ini bersembang,
Sembanglah pakcik seorang,
Saya nak balik,
Hari dah petang,

Jangan lupa bayar duit minum tu,
Dah banyak dah hutang.
Takut nanti tak sempat bayar,
Dah disembahyangkan orang.

Seorang pakcik yang sentiasa nak menang.

11 comments:

PeRdU cINta said...

Dengarkan sahaja
Moga itu buat dia bahagia dan bangga
Biar kita bersahaja
Ada adab yang mesti kita jaga

#JMBELOG said...

BANYAK YANG TERSIRAT...

Safirul Amar said...

hahahahahahaha

Warisan Petani said...

Ragam biasa orang2 kita.
Menang sembang di kedai kopi.

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta betul, ada adab yang mesti dijaga, tapi harap juga diberi peluang kepada orang muda melontar idea

At-Tarmizi said...

JAMIL HASHIM mungkin =)

At-Tarmizi said...

Safirul Amar hahaha =)

At-Tarmizi said...

Warisan Petani menang sorak,kampung tergadai =)

Dunia Zumal said...

Aduhai pakcik...

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal aduh

Cuya said...

Aduhai pakcik,
mengeluh aku disini,
idea ku jangan tolak tepi,
ku tahu kau hebat sekali,
tak salah kalau aku berkongsi.

Post a Comment