Tuesday, August 7, 2018

Kenapa jadi macam ni?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekadar luahan hati, ingin melepaskan yang terbuku dan tersimpan.

Sudah lima bulan saya balik semula ke Melaka selepas habis program SL1M di Kuala Lumpur,tiada rezeki saya nampaknya untuk diserap.

Sudah 3 program SL1M yang saya join, Telekom,Malaysia Airport dan PNB semuanya tidak mengambil saya sebagai staff.

Balik sahaja ke Melaka, motorsikal honda wave 100 saya rosak teruk.

Gara-gara kena tipu sebab tukar minyak hitam tiruan,habis enjin motorsikal saya semua kena repair...dekat RM 300 juga repairnya...

Kemudian, saya beli sebuah alat gym melalui Facebook, harganya dalam RM 1 ribu lebih, alat gym itu memang sampai ke rumah dan memang kena pasang sendiri, berjaya juga dipasang setelah saya mendapat bantuan abang dan kawan abang saya..cuma masalahnya tali penahan alat gym ini mudah tercabut jadi hilang mood nak bersenam bila asyik nak kena betulkan tali...

Niat beli alat gym supaya saya dapat kurangkan berat badan yang sudah obesiti ini, itu yang keluarkan duit simpanan...lain pula jadinya..

Sekarang ini laptop saya pula rosak,check dekat kedai motherboard dah rosak..nak betul dalam RM 200 lebih...malah ada kedai yang nasihat supaya beli sahaja yang baru sebab laptop saya ini dah lama...takut nanti masalah ini jadi balik.
Marah dan kecewa juga sebab masa dekat Kuala Lumpur, ada manusia lain yang pinjam dan pakai tak rosak pula...saya baru pakai tiga,empat bulan dah nak kena repair...

Duit simpanan makin habis, tolong emak saya berniaga berapa sangat duitnya....ini mujur duduk rumah emak,tak perlu bayar sewa rumah,duit makan minum..cuma sendiri rasa tak seronok sebab dah tua pun masih tak nampak hala tuju dalam hidup dan asyik menyusahkan emak.

Agaknya saya tak boleh duduk dekat negeri sendiri dulu,kena keluar merantau lagi nampak gayanya ini...

Serabut betul kepala ini...mujur bujang tak ada anak isteri, kalau tak,lagi kusut jadinya...

Motor rosak, laptop rosak,beli alat gym tapi susah nak pakai, duit makin susut...

Haih.....

4 comments:

PeRdU cINta said...

Allah tahu Mizi mampu untuk diuji....ada hikmahnya.Sabar dan teruskan usaha.

Warisan Petani said...

SEmoga Allah bukakan puntu rezeki.

Safirul Amar Bin Hj. Azmi said...

"Marah dan kecewa juga sebab masa dekat Kuala Lumpur, ada manusia lain yang pinjam dan pakai tak rosak pula...saya baru pakai tiga,empat bulan dah nak kena repair.."

Pernah kena...bagi kawan pakai kereta....bila selesai dia guna...

bateri rosak, kereta tak boleh start...tayar meletup...tapi apa nak kata...ujian tuhan....

nasihat saya....dengan duit yang ada lagi tu....ambil sebahagian dan sedekah pada orang yang susah....inshallah akan luas rezeki tu....

ejulz said...

banyak dugaan.. semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga dimurahkan rezeki..

Post a Comment