Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tabung.
Semenjak kecil lagi sudah banyak tabung yang saya ada.
Sama ada yang dibeli atau dihadiahkan.
Tabung yang saya guna sekarang ni tabung yang dapat masa buat akaun ASB dahulu.
Memang banyak dah kali korek duit dalam tabung ni.
Banyak duit syiling sahajalah.
Banyak juga kenangan dalam aktiviti menabung ni.
Masa belajar dahulu banyak kali juga korek duit syiling semata-mata nak main futsal, badminton ataupun pergi jalan-jalan nak tengok wayang.
Masa kecil dahulu masa dapat duit raya akan simpan dalam tabung.
Lepas tu Emak akan pergi simpankan di bank.
Zaman kecil dahulu jarang duit raya saya dapat duit banyak...
Biasanya puluh-puluh ringgit sahaja...
Pernah juga dahulu saya tampal poster rajin menabung,tapi kena gelak dengan abang-abang saya..
Mana taknya,poster saya buruk...lukis gambar tabung manggis lepas tu tulis rajin menabung...simple sangat...
Tabung saya sekarang ni biasanya saya simpan duit syiling sahaja...
Nak simpan duit kertas,tak ada lebih..cukup-cukup untuk belanja saya sahaja...
Nak penuh tabung ni pun payah,sebab selalunya kena korek.
Saja saya tulis pasal tabung ni.
Saja nak mengimbas kembali memori.
Saja nak berkongsi cerita.
13 comments:
Tak apa yang penting ada usaha menyimpan, sifat manusia....simpan dan keluar....biasa la tu
syiling pun xper..jnji simpan..hujung kira..:)
dulu pun banyak juga tabung sampai penuh rak tapi sudahnya kena curi dengan perompak bla balik kampung takpun toyol
nostalgia sungguh bab tabung ni
perkara biasa..
jika susah nak penuh tabung sendiri tak pe..
jangan susah nak menabung di masjid..
itu yang terbaik
Safirul Amar banyak keluar daripada simpan ni..hahaha
Normi Nieza betul..banyak tolong duit syiling ni masa sesak =)
farhanna jafri alamak,banyak ke duit dalam tu?
anak denesor hahaha..tulah pasal =)
Blogger Hanafi insya-Allah...=)
Tak apa janji menabung. Terdesak nak guna semestinya ia jadi pilihan hehe
Cik Tie hahaha..memang selalu jadi pilihan =)
Tetiba teringat tabung lama, entah mana hilangnya
Post a Comment