Monday, July 30, 2018

Bagai anjing menyalak

Bagai anjing menyalak,
Akhirnya hanya memenatkan tekak,
Menyalak bagai nak rak,
Sedikit kesan pun tak nampak.

Bagai anjing yang menyalak,
Sudah penat jadi anjing yang menyalak,
Biar senyap tak banyak borak,
Tak rasa penat,hati pun tak bengkak.

Bagai anjing yang menyalak,
Menyalak-menyalak,
Dari sekecil anak hingga dah boleh jadi bapa budak,
Penat jadi anjing yang menyalak,

Sudahlah,
Hidup sahaja dalam dunia sendiri,
Kalau dah sampai masa nanti,
Mati.

5 comments:

PeRdU cINta said...

Begitulah hakikat hr ini.

Dunia Zumal said...

Sudah resam hidup

Sofie Adie said...

salakan anjing boleh buat orang sekeliling gila. jangan lupa penebat bunyi penghalang telinga....

zuhdi sanusi said...

ksian anjing yg mnyalak tu.,

Cuya said...

Cukup duhai anjing menyalak
Pergi kau ke hutan balak
Aku hanya mahu gelak
Bukan hati yang bengkak

Post a Comment