Sunyi.
Senyap.
Sepi.
Dunia aku adalah dunia ini.
Aku suka begini.
Hanyut dalam dunia sendiri.
Khayal dalam imaginasi.
Sejak kecil lagi.
Khayalanku yang pertama.
Tentang sebatang pokok,hijau warna.
Pokok itu tumbuh dewasa.
Aku bertumpang teduh dibawahnya.
Sunyi.
Senyap.
Sepi.
Dalam aku ralit berimaginasi.
Umur ku semakin hampir dengan mati.
Aku sedar hakikat ini.
Tapi aku masih menolak realiti.
Aku masih mahu kekal begini.
Aku sudah berabad dalam dunia ini.
Dunia sunyi,senyap dan sepi.
Sakitkah aku ini?
Mungkin aku mati dalam khayal.
Fungsi kognitif aku seperti gagal.
Hanyut dalam fantasi sampai mati.
Sampai mati....
7 comments:
keluarlah daripada kepompong kesunyi sepian itu
Hadapilah realiti bukan fantasi.
bunuhlah kesunyian dan kesepian dengan kehidupan. ")
Apa pun mati itu pasti cuma bukan kerana tua atau sakit tapi hanya Dia yang tahu...
Warisan Petani mudah-mudahan dapat dilakukan..
sofie adie tapi sukar sekali kehidupan ini
Dunia Zumal betul..dalam dunia ini hanya mati yang pasti
Ku juga begitu,
Imaginasi kekuatanku,
Kadang2 sudah naik tepu,
Terkadang ada juga lesu
Tapi itulah aku,
Imaginasiku bergerak tanpa jemu..
Post a Comment