Tuesday, December 25, 2018

Terima kasih semua

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tak lama lagi tahun 2018 dah nak habis, masuk ke tahun baru 2019.

Justeru, saya nak mengucapkan terima kasih kepada semua yang membaca atau terbaca post-post di blog saya ini.

Terima kasih kerana sudi membaca, terima kasih juga kerana sudi memberi komen,terima kasih kerana memberi sokongan, terima kasih atas segala pendapat dan pandangan.

Saya bermula sebagai blogger pada tahun 2009/2010 kalau tak salah saya. Mulanya sebab saya terpengaruh dengan kisah Irfan Khairi mengenai perniagaan internet,jadi saya melihat blog sebagai tapak permulaaan.

Jujurnya, saya tak berjaya mencapai cita-cita saya itu,dan saya pernah diketawakan oleh kenalan bila saya sebut idola saya Irfan Khairi.

Permulaaan blog ini sebagai diari untuk saya kongsi aktiviti saya,kemudiannya berubah menjadi tempat saya meluahkan pemikiran, pandangan dan perasaan.

Kemudian saya tidak aktif berblog kerana mengalami perasaan kecewa terhadap kehidupan, tidak berjaya mendapat kerja tetap,berat badan meningkat mendadak sehingga obesiti. Saya menjadi malas nak buat apa-apa pun.

Kemudian saya cuba menulis perlahan-lahan semula,melukis dengan watak Asif dan tar, sebenarnya saya buat watak ni sekali saja, kalau suruh lukis semula dah tak boleh.Saya saja-saja nak tambah meriah sedikit blog saya ini.

Selain itu, di alam realiti saya bekerja dengan emak saya sebagai penjaja kecil-kecilan di Pasar Borong menjual ulam-ulaman. Kadang saya ada berkongsi sedikit tips atau kisah perniagaan walaupun saya sebenarnya tak layak. Cuma saya harap dapatlah dijadikan pedoman dan panduan kepada sesiapa yang ingin berniaga.

Saya juga ada join giveaway, contest oleh blogger lain. Alhamdulillah,pernah juga merasa menang atau mendapat hadiah sesuatu contest atau giveaway. Terima kasih dan maaflah kalau ada contest yang saya dapat hadiah saya tak buat post mengenainya...kadang terlepas pandang.Maaf ya.

Blog secara jujurnya saya rasa memang semakin tenggelam dengan media sosial lain seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya..

Tetapi saya akan cuba terus menjadi blogger, mungkin akan menjadi kerjaya,siapa tahu...

Cuma sekarang ini,saya berblog kerana ianya memberi saya perasaan saya sedang "hidup" dan sedang melakukan sesuatu dalam kehidupan.

Ringkasnya kronologi blog saya seperti ini:

2010- menjadi tempat saya kongsi aktiviti.

2011-2013-saya berkongsi pendapat,pandangan,perasaan, aktiviti.

2014-2015-malas nak buat apa-apa pun sebab tak ada kerja tetap dan menjadi obes selepas tamat belajar,tulis dekat blog kadangkala sahaja..

2016-2018-join giveaway,buat cerita Asif dan tar, kongsi pendapat, pandangan, aktiviti, kehidupan yang dilalui, kisah berjaja kecil-kecilan.

2019-? Entahlah,tapi saya akan cuba terus menjadi blogger kerana dengan blog buat saya rasa hidup dalam kehidupan.

Terima kasih kepada yang memberi komen,dan sokongan,saya amat menghargainya...

16 comments:

Siti Yang Menaip said...

jangan putus asa.
happy new year 2019.
semoga makin murah rezeki kita semua =)

farhanna jafri said...

keep it up tar! Sama la kita create blog dari tahun 2009, tahun depan dah cukup 10 tahun dah :D

Etuza Etuza said...

Saya seolah dapat rasakan apa yang Trmizi alamai, sebab saya asal orang kampung , orang kampung yang latar belakang amat dhaif. Usaha dan tanpa putus asa untuk terus belajar hingga ke U menjadikan saya ..sedikit miliki kejayaan. semua hasil ketegasan ayah kami yang amat pentingkan pelajaran anak2. saudara Trmizi..yakinlah bahawa apabila ada kemahuan pasti boleh, berniaga itu laluan kepada 99 % keuntungan dari bekerja tetap bergaji tetap. Bayangkan dalam tiap hari berjualan ada rezeki masuk ..teruskan usaha..usah leka dan lalai. Blog boleh di urus ketika senaggang ya..

Etuza Etuza said...

tahnia berjaya dapat anugerah di laman Etuza

At-Tarmizi said...

Siti Yang Menaip insya-Allah, terima kasih =)

At-Tarmizi said...

farhanna jafri sama-samalah kita berusaha =)

At-Tarmizi said...

Etuza Etuza terima kasih cikgu, saya akan cuba bertahan selagi boleh,cuma jujurnya saya dah rasa malas nak fikir apa-apa..

PeRdU cINta said...

Kita tidak pernah tahu apa yang bakal terjadi di masa mendatang.Niat yang baik pasti Allah sertakan bantuan sebenarnya.Solat..doa minta Allah lorongkan hati dan fikiran ke arah yang baik untuk agama dan kehidupan..insyaAllah.JANGAN berputus asa.Terus melangkah walau dengan langkah yang kecil.

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta baik,terima kasih, insya-Allah akan saya cuba ikut nasihat dan pesanan ini.

Dunia Zumal said...

Mizi jangan putus asa k. Dalam kajian revolusi industri 4.0 dijangka blogger lebih cerah peluang kerana dijangka akan mengatasi kerjaya wartawan. Insha Allah orang akan lebih nampak blog dan blogger sebagai medium iklan, berita dan info.

ShirVen said...

Insyaallah semoga tahun 2019 akan lebih bermakna, jgn putus asa

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta insya-Allah, akan saya cuba ikuti nasihat ni.

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal wah,menarik tu, semoga kita semua terus berusaha dalam menjadi seorang blogger =)

At-Tarmizi said...

ShirVen insya-Allah, amin.

Shahida Dzulkafli said...

Keep itu up.. jangan mengalah.. Pasti kejayaan menjelma..

At-Tarmizi said...

Shahida Dzulkafli terima kasih,insya-Allah..amin.

Post a Comment