Thursday, June 24, 2021

Sayu bila baca berita macam ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sekarang ni saya banyak terbaca kes bunuh diri yang berlaku di Malaysia.

Saya baca dekat Facebook.

Difahamkan mereka pilih untuk buat tindakan macam tu sebab kesan PKP.

Mereka hilang kerja,tak boleh berniaga,hilang punca pendapatan.

Nak sara hidup sendiri pun susah apatah lagi nak sara keluarga.

Banyak juga yang tertekan kesan daripada PKP ni.

Sayu bila baca kes-kes macam ni kan.

Kita tak berada di tempat mereka.Kita tak tahu masalah mereka.

Jadi haraplah kita tak komen yang bukan-bukan kepada mereka yang mengambil tindakan macam tu kan. Mereka mungkin dah tak ada,tapi mereka mungkin masih ada keluarga yang akan terasa sedih dengan komen yang diberi.

Kita cuma mampu mendoakan semoga negara kita segera pulih.

Covid hilang,PKP ditamatkan.

Masyarakat menjalani kehidupan seperti biasa.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

6 comments:

Warisan Petani said...

Memang ramai yang terkesan akibat wabak ini

AzianKhalil said...

harap harap semuanya cepat pulih seperti biasa..

Abam Kie said...

biasanya yg bunuh diri tu org bkn Islam..... kalau Muslim yg bunuh diri tu... Nauzubillahiminzalik....

uncle gedek said...

Depresi peringkat tertinggi tu....

Ciktie said...

Ramai yang terkesan dengan pandemik covid-19 ni. Semoga kita semua terus diberikan kekuatan menghadapinya

mamapp said...

Kesiannya.. semoga xde yg amik jalan mudah MCM ni. Hidup skrg mmg serba susah kesian yg terjejas teruk

Post a Comment