Rasanya semua dah maklum yang PKP disambung lagi.
Tak mengejutkan sangat,sebab dengan kes masih naik,lepas tu nak dekat raya haji.
Jadi tak nak bagi ramai balik kampung sambut raya haji, mungkin antara salah satu sebab PKP disambung.
Memang terkesan dengan berita ni.
Sebab saya nak lawat kubur abang ngah saya,kubur bapa saya,maka masih tak boleh lagi
Lepas tu ada beberapa urusan melibatkan hal arwah abang ngah saya masih tak dapat diselesaikan.
Tak tahulah sampai bila nak jadi macam ni.
Pakej bantuan pun saya rasa macam tak berapa ada untuk golongan bujang macam saya.
Bujang diberi rm100 kan hujung bulan ni.
Rasanya itu sahaja untuk golongan bujang.
Tak tahulah kalau ada penambahan untuk golongan bujang.
Entahlah...
Sampai bila agaknya lockdown ni kan.
Moga yang baik sahaja untuk kita semua.
Insya-Allah...
Amin.
6 comments:
Kalau tgk kes harian MCM xde harapan huhuu
hari-hari tengok angka..hari-hari berdebar-debar..
'termenung'
mamapp sedih kan.. haraplah segera hilang covid ni.
PeRdU cINta tulah..saya memang dah tak tengok sangat..kecewa dan sedih
uncle gedek sedih kan
Post a Comment