Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya pernah menjadi seorang pengawal keselamatan.
Menjadi seorang pengawal keselamatan atau bahasa mudahnya,jaga di beberapa tempat.
Saya pernah menjadi jaga di sekolah,rumah anak yatim,dan di beberapa tempat lagi.
Menjadi seorang security ni memang banyak mengajar saya erti hidup.
Selalunya bila kerja security ni dipandang hina oleh masyarakat.
Kerja duduk,tidur saja cukup bulan ambil gaji. Itulah antara komen yang saya dapat dulu.
Security juga biasanya ditipu soal gaji.
Saya pernah dibayar sebanyak RM 600 sebulan sahaja. Bayangkan kerja 12 jam,tiada cuti.Sabtu dan Ahad kena kerja.
Lebih menyedihkan pemilik syarikat yang menipu saya itu ialah bangsa Melayu,beragama Islam dan telah menunaikan Haji.
Sejujurnya,saya masa itu tak peduli sangat sebab cuma fikir nak cari duit tambang duit tiket kapal terbang nak ke Sarawak untuk sambung belajar dan kumpul duit belanja sikit-sikit.
Lagipun rumah saya dekat dengan tempat kerja,jadi saya selalunya balik makan tengahari,dah jimat sikit duit.
Cuma rasa terkilan juga dibayar sebanyak itu. Surat tawaran kerja pun tak silap lain jumlah gaji yang dibayar...saya tak berapa ingat sangat.KWSP pun tak ada.
Kerja security ni bagi saya nampak mudah tapi tanggungjawabnya besar.
Jika jadi apa-apa, security lah yang akan kena soal dahulu. Kalau berlaku kes kecurian,maka security akan disoal siasat terlebih dahulu.
Lebih sedih, kalau ada "clocking", jika lewat atau terlambat gaji akan ditolak.
Tapi saya bersyukur , sebab duit kerja security ni dulu saya dapat beli laptop,bayar hutang PTPTN sikit-sikit,syukur.
Bayangkan malam kerja security,siang meniaga...memang susah nak dapat rehat atau tidur yang cukup. Kesannya saya hidap sakit kepala sampai sekarang dan juga bahagian belakang badan sakit sebab kadangkala saya tidur dalam pos pengawal beralaskan tikar dan surat khabar. Pos itu kecil sahaja...jadi memang tak selesa nak tidur. Saya bergilir dengan kawan.. Selalunya lepas pukul 12 malam mata memang tak boleh tahan,jadi kami akan bergilir rehat,tidur,dapatlah tidur dalam sejam dua.
Saja saya tulis pasal pengalaman kerja security sebab hari ini tentang viral insiden seorang pengawal keselamatan ditendang oleh seorang pelawak/artis Malaysia.
Teringat pula pengalaman dulu bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Moga ada manfaatnya post kali ini.
Insya-Allah...
Amin.
10 comments:
Pengalaman yang pelbagai, mengajar kita tentang erti kehidupan
mencabar keja sebagai jaga ini..
pengalaman begini susah nak dapat jika tak nak mencuba kerja jaga..
saya belum pernah lagi bro
Warisan Petani betul,malangnya saya tak banyak pengalaman
mrhanafi tak apa bro,lain orang,lain kisah hidupnya
ramai sangka kerja security ni byk duduk, tgk org, check itu ini pd hal kalau berlaku sesuatu segalanya harus dipertanggungjawabkan... tp tu laa pengalaman mematangkan kita
Jahatnya penipu tu ambil untung dgn teringat orang.. menjawab le nanti
dear anies yep,setuju,berat juga tanggungjawabnya
mamapp yep,semoga ada balasannya
Perkongsian yang bagus. Orang yang nak cuba kerja pengawal keselamatan mesti suka baca.
fernandoharith terima kasih,moga ada info yang berguna =)
Post a Comment