Monday, April 1, 2019

Belum sampai masanya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Okey,post pertama bagi bulan April ni, saya nak berkongsi sedikit peristiwa yang berlaku hari ini.

Pagi tadi, saya teman mak saya pergi ke Tabung Haji sebab mak nak simpan duit.

Semasa menunggu giliran, saya bersembang dengan seorang makcik ni.

Dia akan menunaikan haji bulan Ogos ini, jadi hari ini dia datang untuk selesaikan beberapa urusan.

Banyak perkara yang disembangkan, sebab hari ini ramai orang datang,jadi lambat sikit nombor dipanggil.

Makcik itu bercerita pelbagai perkara, tentang hal anak dia, kerja anak dia, susah payah membesarkan anak, anak dia sepuluh orang, dan semuanya berjaya. Hebat makcik ni. Makcik ni cakap antara amalan yang dia buat, dia sentiasa jaga mulut, tak pernah dia marah atau keluarkan kata-kata kesat bila anak dia buat silap atau salah.

Sembang punya sembang, makcik ni tanya hal tentang saya pula, umur berapa,kerja mana, datang tabung haji sebab apa, dah kahwin ke belum, anak berapa orang...

Bila saya cakap belum kahwin lagi, makcik ni macam tak boleh terima pula.

Lama juga dia beri pandangan,pendapat, dan cadangan kepada saya.

Seboleh-boleh dia suruh saya kahwin.

Bila saya cakap duit tak cukup,kerja tak tetap, lagi banyak dia beri pendapat.

Sudahnya saya mengangguk sahaja, cakap lebih  nanti takut makcik ni terasa pula.

Katanya, rugi kalau saya tak kahwin. Bila tua nanti tak ada siapa nak jaga. Tak akan tak nak ada zuriat atau waris soalnya...

Nak cakap apa, saya pun kata belum ada jodoh makcik.

Makcik ni masih tak boleh terima dan teruskan bagi pendapat.

Nanti bila dah tua,dah sakit tak ada orang jaga kan susah,kata makcik tu.

Saya angguk sahaja..walaupun jujurnya dalam hati saya bercakap, belum tentu kalau kita kahwin,  isteri akan jaga bila kita sakit, belum tentu dapat zuriat, kalau dapat anak pun,belum tentu anak itu akan jaga kita bila kita sakit.

Entahlah, saya berterima kasih atas pandangan makcik tu, tapi sejujurnya sekarang ini saya cuma mahu menikmati hidup bujang.


                                          Image result for not married yet


Hidup bujang, pergi berniaga, beli komik,kumpul komik kegemaran, rasa bosan sikit,jalan-jalan dengan motor. Update blog, tengok kartun,pergi makan dekat warung bila rasa lapar malam-malam dan sebagainya. Berjaja kecil-kecilan, hasil berjaja banyak,saya bersyukur,hasil berjaja cukup-cukup makan saya boleh terima lagi, kalau dah kahwin tak ke akan termenung kalau hasil jualan tak seberapa?

Jujurnya saya rasa takut, takut sebab kerja sebagai seorang penjaja kecil ini,pendapatannya tidak tetap,bagaimana nak sara hidup anak orang? menjadi seorang bujang ni, kalau dapat makan nasi,lauk telur dengan kicap pun boleh terima lagi, dah kahwin tak tergamak rasanya nak melihat isteri atau anak saya makan macam tu. Sedikit sebanyak akan rasa sedih juga.

Entahlah, mungkin belum sampai masanya lagi.

Doakan yang terbaik untuk saya ya dan saya juga doakan yang terbaik untuk semua yang membaca atau terbaca blog saya ini.

Insya-Allah...

amin.


10 comments:

Warisan Petani said...

Wkmsalam.
kena ada perancangan yang tepat untuk masa depan.
Allah janjikan rezeki dan pahala yang berganda apabila kita bekeluarga.
Fikir yang baik2, minta yang baik2, in syaa Allah dikurniakan yang baik2 juga.

Etuza Etuza said...

manfaatkan masa tu Mizi..dalam masa itu banyak pengalaman dan pengetahuan dari Makcik tu..itulah namanya kehidupan

ejulz said...

Insyaallah akan ketemu jodoh satu hari nanti..

At-Tarmizi said...

Warisan Petani insya-Allah,baik terima kasih WP =)

At-Tarmizi said...

Etuza Etuza betul cikgu, banyak nasihat yang diberi Makcik tu, cuma bila dia seolah-olah tak dapat terima yang saya belum kahwin lagi tu buat saya rasa tak selesa sedikit.

At-Tarmizi said...

ejulz insya-ALLAH...amin =)

dear anies said...

kalau saya, cuma tadahkan telinga jelah... hehehe...

mamapp said...

Amin... Insya Allah Ada rezeki tu nanti

At-Tarmizi said...

dear anies tulah,nak buat apa lagi,dengar sahajalah..haha =)

At-Tarmizi said...

mamapp insya-Allah..amin =)

Post a Comment