Friday, January 11, 2019

Sebungkus nangka muda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sedikit perkongsian daripada saya tentang perkara-perkara yang dilalui dalam perniagaan saya lakukan.

Saya ada menjual nangka muda. Nangka muda yang biasanya untuk dijadikan lauk seperti masak lemak nangka.

Kebiasaannya, nangka ini saya ambil daripada seorang makcik. Rumahnya memang ada 2,3 batang pokok nangka.

Baik, sebiji nangka muda yang saya ambil biasanya saya kira dalam anggaran rm2-2.50 sebiji... selalunya saya akan ambil 4 biji, jadi jumlah modal semua rm10.

Lepas tu abang saya akan tolong potong untuk dipek/dibungkus dan dijual semula dengan anggaran kasar sebungkus beratnya setengah kilo dan dijual dengan harga antara rm1.50 hinggalah rm2.00 sebungkus...kalau beli banyak/borong akan dapat harga rm1.50 satu...kalau beli sebungkus RM 2.00.. Saya belum mahir potong nangka lagi.

Tetapi dalam 4 biji nangka tadi bukan semua boleh diambil..kadang 2 biji terpaksa dibuang sebab dah rosak. Maka akan menjejaskan untung yang saya dapat.

Modal kecil, rm10..lepas tu kalau ada rosak maka jumlah bungkus nangka yang dapat juga berkurangan. Kadangkala saiz nangka juga memainkan peranan. Saiz kecil biasanya bungkusan nangka yang dapat juga tak banyak.

Kiraan mudah, 4 biji nangka yang diambil,tolak 2 rosak...maka hanya 2 biji yang boleh digunakan.

Jadi kalau dah 2 biji,berapa bungkus yang boleh dapat? Dapat pulang modal dan dapat untung sikit pun saya dah bersyukur sangat.

Pernah juga, modal pun tak pulang. Hanya dapat penat petik nangka dan masa yang digunakan.

Tetapi inilah pengalaman dan kisah yang harus dilalui oleh penjaja kecil-kecilan seperti saya.

Suka tak suka kena terima jugalah.

Moga saya dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanan dalam perniagaan ini.

Saya doakan kalian yang membaca ini juga murah rezeki dan dipermudahkan perjalanan hidup. insya-Allah.

Saja saya nak berkongsi sedikit kisah saya dalam berjaja kecil-kecilan ini.

Moga adalah sedikit tips yang adalah dalam "posting" ini.

insya-Allah.amin.

15 comments:

Dunia Zumal said...

Semoga dimurahkan, dipermudahkan dan diberkati rezekinya. Aamiin...

Etuza said...

Semoga doa dikabulkan olehNya aamiin

Warisan Petani said...

Pastikan buah nangka yang elok sahaja dijadikan modal.
Buah nangka untuk jualan muda juga perlu dibalut utuk mengelakkan kerosakan serangan serangga lalat buah.

Muhammad Naim Abdullah said...

Semoga Allah murahkan rezeki.. AMin

#JMBELOG said...

semoga dipermurahkan rezeki... Aamiin...
#jmbelog

mrhanafi said...

hahahaha..siapa sangka cempedak boleh jadi nangka

itu peribahsa dan saya kagum dengan bro kerana berani menceburi bidang perniagaan ..semoga bro jadi tauke besar suatu hari nanti..

perbanyakkan ilmu bisnes dan tingkatkan passion dalam bisnes..

apapun...bro memag hebat dan terbaik untuk tahun 2019

dear anies said...

adat berniaga mcm tu laa... sbb tu ia menjd slh satu sunnah nabi

ejulz said...

semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan

mamapp said...

Gitulah adat neniaga

sue j said...

masih lagi menjual nangka muda? jual area mana?

At-Tarmizi said...

sue j niaga di Melaka,sekarang tak lagi sebab kurang dapat sambutan

Unknown said...

Arwah mak sy membesarkan km 3 beradik dgn mengambil upah potong n buang kulit nangka utk jualan nangka sayur..kisah tuan menitiskan airmata sy..km kini berjaya .. alhamdulillah sy n adik tamat pengajian Engenering..kakak pulak km jaga bagaikan bidadari ..segala keperluan dirinya n suaminya km cukupkan ..maaf cerita tuan mengingatkannya segala pengorbanan inu sy n ayah sy sebagai peniaga2 kecilšŸ˜­
Sy doakan tuan akan bertemu dgn product2 tambahan n jgn takut mencuba n mencari peluang utk menjual sayur2 yg lain.. InshaAllah jk tdk berputus asa..pasti ada kejayaan di masa hadapan

At-Tarmizi said...

Unknown tahniah tuan, doakan saya juga berjaya seperti tuan,insya-Allah,harapnya yang baik sahaja untuk kita semua. =)

MyRam said...

Salam, macamane nak dapatkan no en tarmizi? Saya nak tanye pasal nangka.

At-Tarmizi said...

MyRam wasalam,maaf lambat reply,nak tanya apa tu ya? sebab sekarang ni saya dah tak jual nangka lagi.

Post a Comment