Friday, January 4, 2019

Cerpen: Tingkat atas sebuah bangunan

Berhenti..

Jangan!!! , jerit satu suara..

Langkahnya terhenti..

Antara sedar dan tak sedar,antara yakin dan ragu-ragu...

Pandangannya tertumpu ke tingkat bawah..

Pandangannya melihat manusia yang berada di bawah seolah-olah seperti semut... kecil sahaja saiznya..

Semuanya kelihatan melakukan hal sendiri, tergesa-tergesa dan nampak sibuk sahaja masing-masing..

Tidak siapa menyangka di tingkat atas sebuah bangunan terdapat seseorang yang sedang menghitung-hitung untuk menyelesaikan masalah dengan cara segera..

Tidak tertanggung lagi rasanya..

Berhenti,jerit suara itu lagi..

Kau siapa sebenarnya?bentaknya berang...

Aku adalah kau, dan kau adalah aku..

Hah?

Kali ini bukan hanya amarah,malah jengkel dan mual datang menerjah perasaannya...

Sudahlah, kalau kau adalah aku, pasti kau tahu kenapa aku buat macam ni..

Dekat sini tak ada apa lagi yang ada untuk orang macam aku, hanya kegagalan dan penghinaan.

Aku muak dan bosan dengan semua ini.

Jadi, kau fikir kehidupan selepas kematian kau nanti akan buat kau jadi lebih bahagia? Soal suara ghaib itu lagi..

Kau usah beri ceramah agama padaku, kau juga macam yang lain, hanya tahu menghukum tanpa memahami. Tidak bertanya yang tersirat sudah memberi tafsir kepada yang tersurat.

Benar, dia sendiri sedar yang tindakannya ini hanya sia-sia, tetapi rasa kusut dan serabut, rasa kekosongan jiwa dan kehampaan dalam diri buatnya bertindak begini...

Mungkin mereka tak mengerti, tak memahami, tetapi itu bukan alasan untuk kau ambil tindakan begini, jawab suara itu lagi.

Barangkali juga mereka memahami, tetapi mereka juga ada masalah tersendiri, sambung suara itu lagi.

Jadi biarkan aku ambil tindakan begini, mungkin nanti baru ada yang bertanya, baru ada yang membuka mata.

Aku rasa tidak, jawab suara itu.

Besar kemungkinan kau hanya akan lebih dikeji,dihina, dan dianggap lemah oleh mereka.

Dia diam.

Air matanya mengalir laju...

Dalam esak tangisannya, antara dengar tak dengar, dia berbisik...

Tolong lah aku.

Dalam senja yang semakin kelam,dalam hari yang semakin gelap, di tingkat atas sebuah bangunan ada satu hamba-Nya yang perlu dibantu.

 

8 comments:

Etuza Etuza said...

menarik cerita..sebuah cerita yang membuat kita berfikir bahawa tiap kita ini ada kelemahan diri. Kita tak kekal di Dunia ini ya. Semoga banyak amal2 baik yang Allah terima dari tiap amalan kita

mamapp said...

Wah best lah.. sila sambung lagi mama nak baca

At-Tarmizi said...

Etuza Etuza insya-Allah...mudah-mudahan begitu cikgu =)

At-Tarmizi said...

mamapp insya-Allah..terima kasih atas sokongan =)

Warisan Petani said...

Tiba2 aku tersedar
Rupanya aku bermimpi pada senja hari.

Dunia Zumal said...

Dia itu seperti Zumal suatu ketika dulu

At-Tarmizi said...

Warisan Petani mujur hanya mimpi

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal seriously?bagaimana Zumal mengatasinya??

Post a Comment