Tuesday, July 30, 2019
Monday, July 29, 2019
Istiadat Pertabalan Agong ke-16
![]() |
| Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah |
KUALA LUMPUR - Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini mempunyai signifikan tersendiri, bukan sahaja bagi Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, bahkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Azuan Effendy Zairakithnaini berkata, Istana Negara komited dan berazam menjadikan istiadat kali ini suatu acara mengabadikan detik-detik indah yang akan dikenang Seri Paduka berdua sampai bila-bila.
Katanya, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mempunyai pengalaman berangkat menghadiri Istiadat Pertabalan kedua-dua ayahanda dan ayahanda mentua iaitu Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.
Lantaran itu, katanya Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mempunyai harapan dan impian tersendiri pada istiadat gilang gemilang mengikut warisan Kesultanan Melayu, di samping mahu mengembalikan nostalgia istiadat pertabalan paduka ayahanda Seri Paduka berdua.
“Kami di pihak Istana Negara berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi hasrat dan impian Tuanku kerana saya pun tahu Tuanku melakukan perkara ini bukan untuk baginda tetapi adalah untuk negara supaya Malaysia dipandang sebagai negara bermaruah dan penuh dengan adat istiadat,” katanya.
Antara permintaan Seri Paduka ialah supaya pihak Istana Negara mendapatkan semula takhta singgahsana tempat bersemayam kedua-dua paduka ayahanda ketika ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan kelapan.
“Dengan bantuan Kementerian Pelancongan dan pihak Muzium Negara, kita dapatkan semua singgahsana yang pernah menjadi tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, dan kita dapatkan sekali bingkisan sejarahnya seperti siapa yang bersemayam di situ, bila digunakan dan di mana.
“Jadi apabila kita membuat retrospeksi dan membuat kajian, kita akhirnya jumpa singgahsana tempat bersemayam Almarhum Paduka Ayahanda Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong semasa ditabalkan, dan kita sedang membuat pembaikan (ke atas singgahsana tersebut),” katanya.
Selain itu, Azuan Effendy berkata, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut melibatkan diri secara aktif dalam menyuntik idea dan memperincikan persiapan Istiadat Pertabalan.
Beliau berkata, banyak perkara seperti rekaan kad jemputan, cenderahati dan buku program, selain pemilihan pakaian seperti songket dan tengkolok pegawai istiadat ditentukan oleh Seri Paduka berdua secara terperinci.
“Ini menggambarkan bagaimana seriusnya Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong untuk sama-sama memastikan bahawa Istiadat Pertabalan kali ini menjadi satu Istiadat Pertabalan yang akan dikenang sampai bila-bila,” katanya.
Azuan Effendy berkata, walaupun beliau menggalas tugas penting memimpin Istiadat Pertabalan yang akan menjadi tumpuan masyarakat di kaca televisyen, tanggungjawab petugas lain seperti penyelia makanan dan penyedia logistik jauh lebih berat dan mencabar.
Katanya persiapan Istiadat Pertabalan adalah satu kerja berpasukan melibatkan ribuan petugas yang bertungkus-lumus memastikan majlis tersebut berjaya.
“Cuma apabila semakin hari semakin dekat (dengan Hari Pertabalan) maka kita rasa semakin tertekan kerana sebenarnya banyak perkara yang kecil-kecil yang terlepas pandang, jadi kita rasa seperti tidak cukup masa. Tapi macam mana pun kita kena pastikan ia dapat diatasi dan dipastikan berjalan dengan lancar,” katanya.
Ini adalah kali kedua beliau memimpin istiadat, selepas kali pertama menggalas tanggungjawab itu semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, selain berpengalaman terlibat dalam persiapan pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13 Sultan Mizan Zainal Abidin dan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V.- Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/38714/BERITA/Nasional/Istiadat-Pertabalan-Agong-ke-16-ada-signifikan-tersendiri
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Sunday, July 28, 2019
Dalam kepala
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Dalam kepala macam-macam benda nak buat.
Nak bersihkan halaman rumah,nak bercucuk tanam.
Nak buat meja,nak buat batas untuk tanam kacang.
Nak cari barang untuk berniaga.
Nak kemas bilik, nak pasang vinyl floor yang dekat kedai 2 ringgit tu.
Nak sambung cat rumah,masa nak dekat raya haritu cat sampai sekarang belum sambung buat.
Macam-macam benda nak buat.
Sayangnya semua dalam kepala sahaja...
Asyik terfikir atau berangan-angan nak buat tapi sudahnya sampai sekarang tak buat.
Cerita Asif dan tar pun rasanya macam dah lama tak buat.
Entah bila nak buat pun tak tahu.
Moga dapatlah diselesaikan satu persatu.
insya-Allah...
Amin.
Tuesday, July 23, 2019
Alhamdulillah
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah,angah saya dah dibenarkan keluar hospital.
Cuma kena datang lagi untuk rawatan susulan.
Setakat ini, keadaan angah saya biasa sahaja.
Tidak boleh beri tekanan atau perkara yang boleh buat kepala dia sakit.
Takut nanti akan jadi pening atau gangguan terhadap kepala.
Sekarang ini, angah saya hanya banyak berbaring atau rehat sahaja.
Mungkin faktor letih atau kesan sebab lama duduk hospital.
Terima kasih semua yang membaca atau terbaca blog saya ini.
Terima kasih atas doa semoga angah saya cepat sembuh.
Moga semuanya baik-baik sahaja.
insya-Allah...
Amin.
Sunday, July 21, 2019
Terpilih sebagai salah seorang pemenang segmen Kad Raya 2019 Naniena.com
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang bagi segmen Kad Raya 2019 Naniena.com.

Boleh tengok di link ini~ http://www.naniena.com/2019/07/perhatian-penyertaan-segmen-kad-raya.html
Syukur, ada juga rezeki saya. Tak sabar nak tunggu kad raya tu sampai.
Maklumlah zaman sekarang mana ada orang hantar kad raya sangat, semua pakai whatsapp atau ucapan di facebook atau media sosial yang lain.
Jadi bila dapat kad raya ni, rasa seronok.
Ini hadiah kad raya kedua yang saya dapat bila join mana-mana segmen kad raya oleh blogger lain. Pertama kali saya dapat hadiah kad raya ialah daripada blogger abam kie, terima kasih cikgu. Alhamdulillah kad raya tu saya masih simpan sampai sekarang.
Terima kasih sekali lagi kepada blog http://www.naniena.com/ kerana sudi anjur segmen ni dan juga pilih saya sebagai salah seorang penerima kad raya.
Alhamdulillah, terima kasih ya.
Monday, July 15, 2019
Penat
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Penat, memang rasa sangat penat.
Bukan nak merungut tapi kadang terasa penatnya.
Sekarang ini saya berulang alik ke hospital melihat keadaan abang saya.
Tetapi saya tak jaga sampai tidur di sana,emak yang tidur sana sebab abang saya lebih tenang kalau emak saya ada.
Selepas berniaga saya akan siap serba sedikit urusan rumah,kemudian pergi ke hospital untuk bawa bekal makanan abang dan mak saya.
Sejujurnya saya tak kisah pun buat semua ni sebab hal keluarga sendiri siapa lagi yang nak tolong kalau bukan ahli keluarga sendiri.
Cuma kadang terasa agak sedikit penat.
Lebih-lebih lagi bila berada dalam hospital saya jadi rasa tak selesa tengok orang sakit dan macam-macam ragam di hospital. Rasa takut tengok orang terbaring dan dalam masa yang sama bersyukur sebab saya masih sihat.
Tempahan kerisik daripada pelanggan pun agak sukar disiapkan.
Bila balik dari hospital saya akan terasa agak lesu dan lemah. Bila saya berbaring untuk lepaskan penat selalunya saya akan terlelap sehingga berjam-jam.
Entahlah, memang saya daripada dulu kalau pergi hospital akan jadi rasa tak selesa. Bila balik badan akan jadi rasa sangat lemah.
Sudahnya tempahan kerisik daripada pelanggan sukar untuk saya siapkan.
Doakanlah semoga semuanya baik-baik sahaja ya.
insya-Allah...
Amin.
Thursday, July 11, 2019
Cermin mata,hospital dan motorsikal
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
| sumber gambar:google images |


