Friday, April 5, 2019

Asif & Tar


Wednesday, April 3, 2019

Buat baik berpada-pada

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kadang orang yang rapat dengan kita mungkin satu hari nanti akan jadi orang yang tikam kita.

Kadang orang yang kita selalu tolong,bila kita susah dia akan buat tak tahu.

Kadang orang yang selalu beri pendapat, bila kita pula bagi nasihat dia akan melatah.

Kadangkala terfikir juga, kenapa semua ini terjadi dekat diri?

Mungkin sebab diri ini tak boleh berfikir dengan teliti atau macam mana ya?

Kadang bila fikir balik,banyak kesilapan dan kesalahan yang saya buat dalam hidup ini.

Termenung juga bila difikirkan kembali.

Kita tolong dia,dia aniaya kita...

Entahlah...

Jadi lepas ini saya cuma mahu menolong diri sendiri sahaja terlebih dahulu.

Sakit rasa bila kena tikam belakang ini.

Sedih.

Pedih.

Tuesday, April 2, 2019

Selagi belum menutup mata


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Banyak perkara yang ingin kita capai dalam hidup ini.

Semakin meningkat dewasa, semakin sedar segalanya bagai terasa sukar.

Masa kecil, selalu bercita-cita nak jadi cikgu.

Malangnya, diri tak sepandai itu. Banyak kali juga hantar borang permohonan menjadi guru ganti tetapi gagal.

Cita-cita punya kereta mewah, cantik dan bergaya.

Bila besar, hendak membawa kereta pun masih terkial-kial. Rasa takut dan cemas bila memegang stereng, sukar hendak membuat anggaran semasa memandu.

Kereta juga dibeli abang sulung untuk memudahkan adik-beradiknya belajar membawa kereta, kereta Proton Saga lama.

Masa kecil dahulu, selalu terfikir punya rumah sendiri, besar dan selesa.

Bila dewasa, masih lagi duduk menumpang di rumah emak.  Sekiranya emak pergi dahulu, jadi kemana hendak membawa diri?

Bila dewasa, terasa sukar sekali hidup seseorang yang bernama Ahmad Tarmizi ini.

Tiada harta,kerjaya, kemahiran, ilmu dan sebagainya.

Bukan merendahkan diri tetapi itulah realiti.

                                    Image result for when i was a kid quotes

Cemas, kerap diserang panik tiba-tiba, gelabah,cemerkap, slow pick-up, hati tak kental, telinga tak tebal, menjadikan hidup ini terasa lebih sukar.

Maaf jika tulisan ini membosankan.

Secara jujur, menulis seperti ini memberi sedikit kelegaan untuk saya, meluahkan rasa, kesal dan kecewa.

Harapnya saya dapat bertahan dalam kehidupan selagi belum menutup mata untuk selama-lamanya.

Jujurnya, bila dewasa ini saya banyak rasa kecewa dan hampa.

Entahlah...

Monday, April 1, 2019

Belum sampai masanya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Okey,post pertama bagi bulan April ni, saya nak berkongsi sedikit peristiwa yang berlaku hari ini.

Pagi tadi, saya teman mak saya pergi ke Tabung Haji sebab mak nak simpan duit.

Semasa menunggu giliran, saya bersembang dengan seorang makcik ni.

Dia akan menunaikan haji bulan Ogos ini, jadi hari ini dia datang untuk selesaikan beberapa urusan.

Banyak perkara yang disembangkan, sebab hari ini ramai orang datang,jadi lambat sikit nombor dipanggil.

Makcik itu bercerita pelbagai perkara, tentang hal anak dia, kerja anak dia, susah payah membesarkan anak, anak dia sepuluh orang, dan semuanya berjaya. Hebat makcik ni. Makcik ni cakap antara amalan yang dia buat, dia sentiasa jaga mulut, tak pernah dia marah atau keluarkan kata-kata kesat bila anak dia buat silap atau salah.

Sembang punya sembang, makcik ni tanya hal tentang saya pula, umur berapa,kerja mana, datang tabung haji sebab apa, dah kahwin ke belum, anak berapa orang...

Bila saya cakap belum kahwin lagi, makcik ni macam tak boleh terima pula.

Lama juga dia beri pandangan,pendapat, dan cadangan kepada saya.

Seboleh-boleh dia suruh saya kahwin.

Bila saya cakap duit tak cukup,kerja tak tetap, lagi banyak dia beri pendapat.

Sudahnya saya mengangguk sahaja, cakap lebih  nanti takut makcik ni terasa pula.

Katanya, rugi kalau saya tak kahwin. Bila tua nanti tak ada siapa nak jaga. Tak akan tak nak ada zuriat atau waris soalnya...

Nak cakap apa, saya pun kata belum ada jodoh makcik.

Makcik ni masih tak boleh terima dan teruskan bagi pendapat.

Nanti bila dah tua,dah sakit tak ada orang jaga kan susah,kata makcik tu.

Saya angguk sahaja..walaupun jujurnya dalam hati saya bercakap, belum tentu kalau kita kahwin,  isteri akan jaga bila kita sakit, belum tentu dapat zuriat, kalau dapat anak pun,belum tentu anak itu akan jaga kita bila kita sakit.

Entahlah, saya berterima kasih atas pandangan makcik tu, tapi sejujurnya sekarang ini saya cuma mahu menikmati hidup bujang.


                                          Image result for not married yet


Hidup bujang, pergi berniaga, beli komik,kumpul komik kegemaran, rasa bosan sikit,jalan-jalan dengan motor. Update blog, tengok kartun,pergi makan dekat warung bila rasa lapar malam-malam dan sebagainya. Berjaja kecil-kecilan, hasil berjaja banyak,saya bersyukur,hasil berjaja cukup-cukup makan saya boleh terima lagi, kalau dah kahwin tak ke akan termenung kalau hasil jualan tak seberapa?

Jujurnya saya rasa takut, takut sebab kerja sebagai seorang penjaja kecil ini,pendapatannya tidak tetap,bagaimana nak sara hidup anak orang? menjadi seorang bujang ni, kalau dapat makan nasi,lauk telur dengan kicap pun boleh terima lagi, dah kahwin tak tergamak rasanya nak melihat isteri atau anak saya makan macam tu. Sedikit sebanyak akan rasa sedih juga.

Entahlah, mungkin belum sampai masanya lagi.

Doakan yang terbaik untuk saya ya dan saya juga doakan yang terbaik untuk semua yang membaca atau terbaca blog saya ini.

Insya-Allah...

amin.


Thursday, March 28, 2019

Takut

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Takut rasanya melihat persekitaran sekarang..

Mungkin saya yang konservatif dan berfikiran kolot, tapi tulah bila lihat anak saudara sendiri ada akaun ig dan melihat rakan/followersnya rasa hairan juga..

Umur baru 13,14 tahun tapi make up macam orang dah berkerjaya..

Takut juga...

Zaman ini zaman penuh dugaan, persekitaran juga banyak berubah..

Generasi alaf baru.

Segalanya segera...

Maklumat segera...serba serbi serba pantas.

Fuh...moga semuanya baik-baik sahaja.

Sunday, March 24, 2019

Kipas baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuaca agak panas ketika ini.

Musim panas, banyak pokok,ulaman Dan sayur yang tak jadi.

Ketika ini,pasar tempat saya berjaja sukar nak mendapatkan bekalan daun kunyit.

Jika ada pun,harganya agak tinggi.

Saya pun baru sahaja baik daripada demam.

Kena banyak minum air suam dan kurangkan aktiviti luar.

Kipas bilik juga sudah digantikan dengan yang baru.

Sebab yang lama dah rosak..sebab boleh dikatakan hampir 24 jam kipas tu terpasang sahaja.

Dah beli yang baru dan dah siap pasang.

Ok,malam ini rasmikan kipas baru.

Nyaman dan sejuk sikit rasa bila nak tidur.

Thursday, March 7, 2019

Post pertama untuk bulan Mac

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Lama saya menyepi.

Rasa malas tu tinggi.

Boleh sahaja nak menulis tiap-tiap hari,tapi itulah...

Malas dah datang,memang tak jadi apa.

Nak tulis apa untuk post bulan Mac ni?

Okey,tengah baring-baring,terfikir pula tentang perkara asas kemahiran lelaki kena ada mengikut pendapat,pandangan dan pemerhatian saya dalam kehidupan.

Antara asas kemahiran yang saya rasa kena ada:

1) bawa kenderaan,tak kira motorsikal,kereta,bas atau lori ke.. sekurang-kurangnya satu kena tahu.

2) betul paip/sinki dapur.

3) cat rumah

4) tukar lampu/mentol rumah

5) masak nasi

6) masak lauk simple-simple pun tak apa.. goreng-goreng saja..lauk kuah satu dua jenis boleh masak.

7)basuh baju..guna tangan ke,pakai mesin basuh ke.. sekarang zaman senang..hantar dobi sahaja..cuma kena sediakan duit lah..

8) gosok/iron baju....saya sendiri fail bab ni...makin gosok makin tak cantik..sedih betul.

9)jahit seluar koyak/baju koyak..koyak yang kecil maksud saya..pakai jarum dengan benang sahaja..kalau reti guna mesin jahit kira dah power lah tu bagi saya..

Setakat ini dulu yang saya boleh fikirkan ..yang bab agama macam boleh mengaji,hafal surah pendek tu semua saya tak nak sentuh...

Kemahiran asas bagi lelaki yang saya tulis tu secara umum sahaja..

Okey, itu sahaja post bagi permulaan bulan Mac ini ..

Dah tak lama nak puasa ya..

Moga ada manfaatnya post kali ini.

insya-Allah...

Amin.