Friday, January 20, 2023

Hari Jumaat Banyakkan Selawat

 





Hari Jumaat Jangan Lupa Selawat
======
1. Mari bersama perbanyakkan selawat pada hari jumaat. Mereka yang banyak berselawat ke atas Rasulullah ﷺ berpeluang menjadi orang yang paling dekat dengan Rasulullah pada hari kiamat. Sabda Rasulullah ﷺ:
فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً
Dan barangsiapa yang paling banyak mengucapkan selawat ke atas ku, maka dia akan berada di kedudukan yang paling dekat denganku (di hari akhirat kelak). (HR al-Baihaqi)

2. Menurut al-Imam Ibn al-Jauzi, amalan memperbanyakkan selawat berupaya menerangkan hati, mengampunkan dosa, melapangkan dada dan dipermudahkan urusan. Ini kerana selawat yang bersungguh adalah manifestasi kecintaan seseorang kepada Rasulullah ﷺ dan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ membawa kepada kecintaan manusia kepada Allah.

3. Jiwa yang dilimpahi rasa kasih kepada Rasulullah ﷺ menyebabkan seseorang itu berupaya menikmati kelazatan dan kemanisan iman. Inilah yang diungkapkan oleh Rasulullah dalam hadis:
ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ ، وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ ؛ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ، أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا
"Tiga perkara yang barangsiapa memilikinya akan merasai kemanisan iman, (yang pertama) menjadikan Allah dan Rasul perkara yang paling dicintai buat dirinya melebih segala-galanya... (HR al-Bukhari dan Muslim)
Semoga Allah membimbing kita

-Dr. Ahmad Sanusi Azmi



2 comments:

Abam Kie said...

terima kasih atas tazkirah yg disampaikan..

Warisan Petani said...

in syaa Allah

Post a Comment