Thursday, January 19, 2023

Claim Insurans Kemalangan Motorsikal

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...



Sekadar nak berkongsi cerita sahaja,

Sebelum ini saya ada berkongsi kisah tentang abang saya nombor tiga,bangcik yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Keadaan dia bertambah baik dari segi fizikal, dah boleh mengensot, tetapi dari segi kognitif dan pemikiran masih belum lagi,malah tambah merisaukan kadang-kadang abang saya cakap dia tak berapa nampak.

Dah pergi pemeriksaan mata di hospital kerajaan, doktor cakap tak ada apa-apa tetapi itulah, masih ada rasa bimbang juga sebenarnya...nak pergi hospital swasta belum mampu lagi,harap-harap dapat kumpul duit yang cukup untuk abang saya tu.

Baik, saya sebenar nak cerita tentang claim atau prosedur tuntutan insurans motorsikal bila berlaku kemalangan. Saya tak pandai bab ni sebenarnya sebab pertama kali motor terlibat kemalangan yang teruk.

Abang saya pakai motor saya semasa kejadian tersebut,dia ada lesen semua lengkap.

Motor saya tu pakai insurans Zurich, "first party" dan "all rider".

Saya hidupkan insurans selalunya dekat bengkel motor berdekatan rumah saya sahaja.

Maka insurans tu bengkel motor yang pilih.

Jadi,berbalik pasal claim insurans tu.. perkara yang berlaku ialah bila abang saya kemalangan, saya kena buat beberapa perkara.

Pertama sekali kena ada laporan polis, dalam hal ni sebab saya tak tahu macam mana peristiwa kemalangan abang saya,maka saya cuma boleh buat laporan polis tentang keadaan abang saya sahaja..dan keadaan abang saya pun masih tak mengizinkan dia buat laporan sebab dia tak ingat apa-apa pasal kejadian kemalangan tu.

Ok,lepas tu disebabkan semasa kemalangan tu saya dan mak dapat tahu lambat kira-kira pukul 10 malam sedangkan abang saya kemalangan dalam jam 7 lebih, maka ada towing yang dah ambil motor abang saya hantar ke bengkel. Abang towing tu yang cari keluarga saya sampai jumpa untuk maklumkan abang saya dah dihantar ke hospital sebab berlaku pendarahan yang teruk.

Jadi saya banyak berurusan dengan bengkel di mana motor abang saya disimpan. 

Motor tu kena hantar puspakom dahulu untuk urusan pihak polis, lepas tu dihantar semula ke bengkel,jadi bila urusan dengan puspakom dah selesai, saya jumpa dengan tauke bengkel untuk berbincang langkah seterusnya..

Jadi saya melalui pihak peguam yang dilantik oleh keluarga saya untuk kes abang saya, dah minta tolong tauke bengkel untuk urusan prosedur claim insurans ni.

Semalam baru submit borang claim tu, borang claim tu kena ada tandatangan saya selaku pemilik motor, dan cap jari abang saya sebab dia yang menunggang motor tersebut semasa kemalangan berlaku...

Tauke bengkel tu beritahu yang motor saya tu dah kategori "total lost" dan kalau repair pun dah tak sedap sangat nak bawa sebab dah makan enjin..

Claim yang dibuat oleh tauke bengkel tu jumlahnya rm 3 ribu lebih...tapi dia beritahu selalunya jarang pihak insurans akan bayar macam tu...selalunya hanya akan dapat dalam rm  seribu lebih macam tu..

Tadi saya baru dapat mesej daripada pihak zurich yang memaklumkan mereka dah terima kes saya dan dalam masa 7 hari bekerja akan ada adjuster atau pegawai penilai dari pihak mereka akan datang tengok keadaan motor saya...lepas tu baru mereka akan beri satu amount dan tengok sama ada kita akan bersetuju atau tidak dengan jumlah yang diberi mereka.

Doakanlah semoga semua urusan ni dipermudahkan ya..

Sebenarnya saya pun tak tahu sangat prosedur tuntutan insurans kemalangan ni, harapnya saya tak kena tipulah...


Moga-moga yang baik sahaja untuk  kita semua....


insya-Allah...

amin.


2 comments:

dear anies said...

semoga dipermudahkan urusan. insya allah kalau kita guna badan insurans yg betul mereka akan guba bantu sebaiknya. kalau mrk menipu, apa lg? saman je

Warisan Petani said...

Mudah2an tuntutan insuran motor berjaya dilunaskan

Post a Comment