Selamat hari raya saya ucapkan kepada yang beragama Islam.
Baru nak tulis post dekat blog ni.
Ikutkan raya syawal sebenarnya satu hari saja.. satu syawal saja yang sebenarnya patut diraikan dengan kegembiraan dan kesyukuran.
Tapi secara jujurnya,saya dah tak ada rasa nak beraya.
Abang kedua yang rapat dengan saya dah meninggal, bapa dah meninggal..abang yang lain ada kehidupan masing-masing.
Emak pula dah berusia...
Kawan pun tak ada sebab saya selalu menyusahkan mereka, selalu minta tolong,jadi siapa yang nak berkawan dengan orang macam saya.
Tak apalah, nak buat macam mana.
Kepada yang masih ada ibu bapa, keluarga,hargailah mereka..
Kita tak pasti berapa lama lagi masa yang ada untuk bersama mereka.
Semoga ada manfaatnya post kali ini.
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
Insya-Allah...
Amin.
14 comments:
Waalaikummussalam, selamat hari raya Aidilfitri.
Semoga dipermudahkan segala urusan
selamat hari raya bro
semoga awak jumpa kawan2 yang baik. selamat hari raya :)
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin
Salam aidilfitri buat tarmizi sekeluarga
W'salam.. Selamat Hari Raya Aidilfitri Tarmizi.. Sambutlah hari raya mengikut cara kita.. Cipta kenangan untuk diri sendiri..
Mrs.A Insya-Allah terima kasih.
Muhammad Naim Abdullah selamat hari raya juga bro
Farhana Jafri Insya-Allah terima kasih, selamat hari raya juga
Dunia Zumal selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin juga..lama tak dengar khabar
dear anies salam Aidilfitri kembali
I am LZ Insya-Allah terima kasih, akan saya cuba lakukan
Selamat hari raya
maaf zahir dan batin
Warisan Petani selamat hari raya juga... maaf zahir dan batin
Post a Comment