Wednesday, April 21, 2021

Saya rasa sunyi

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.


Saya sekarang ni berada dalam keadaan yang agak "down".

Kehilangan seorang abang yang banyak membantu saya memberi kesan yang agak mendalam kepada saya.

Saya rasa sunyi.

Rasa sedih dan sepi.

Entahlah..

Seperti ada satu kekosongan dalam jiwa saya.

Rasa malas nak buat apa pun.

Tapi saya kena buat juga, nak urus hal-hal kematian arwah,seperti KWSP,ASB dan lain-lain lagi.

Tapi itulah, rasa sunyi dan sedih ni sukar untuk saya atasi.

Rasa macam sekejap sangat dapat bergurau senda dengan arwah.

Kini semua tu dah jadi kenangan.

Mohon sesiapa yang membaca atau terbaca blog saya ni,sedekahkanlah a-fatihah kepada arwah abang saya.

Semoga dia tenang di alam kubur.

Semoga abang saya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Mudah-mudahan kami sekeluarga dapat berjumpa semula di alam barzakh.

insya-Allah..

amin.

3 comments:

PeRdU cINta said...

Al Fatihah (dibaca)
Takziah Mizi sekeluarga.

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta terima kasih =)

Syaz Rahim said...

Salam Takziah, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah

Post a Comment