Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.
Post kali ini,saya hanya ingin meluahkan rasa,harapan dan doa semoga covid cepatlah hilang.
Ya Allah,hilangkanlah penyakit covid ini di dunia,dan khasnya di negara Malaysia.
Hilangkanlah penyakit ini supaya kami dapat hidup seperti dahulu.
Anak-anak dapat pergi ke sekolah, ibu bapa dapat pergi bekerja, kami tidak perlu lagi memakai pelitup muka,hidung,dan kami dapat bernafas secara normal semula.
Hilangkanlah penyakit covid ini, semoga frontliner tak kira sama ada askar,jururawat,penghantar makanan,polis,penghantar barangan dan sebagainya tidak dilanda keletihan dan kelesuan. Semoga mereka dapat semula meluangkan masa bersama keluarga mereka.
Hilangkanlah covid ini,angkatlah penyakit ini,hapuskanlah penyakit ini. Semoga kami semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Mudahkanlah semoga vaksin bagi penyakit covid ini segera ditemui, supaya ekonomi kembali berjalan seperti biasa, penjaja kecil atau orang berniaga seperti tukang gunting rambut,pemandu grab,bas sekolah,pengusaha kantin dan sebagainya dapat kembali mencari rezeki. Mereka yang bekerja juga dapat meneruskan kerja seperti biasa.
Ya Allah,hilangkanlah segala rasa resah,gelisah dan khuatir kami terhadap penyakit covid ini. Hilangkan dan hapuskanlah penyakit ini. Semoga kami dapat menjalani dan melakukan ibadah seperti biasa.
Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
Insya-Allah..
amin.
6 comments:
sama-sama kita berdua bro..
tiada cara lain lagi kerana ia melibatkan ramai orang
aminn yarabbal alaminnn :)
amin amin
Semoga urusan harian kita di permudahkan . Amin
aminn yarabbal alaminnn
amin aminnnn ya rabbal 'alaminnn
Post a Comment