Friday, January 22, 2021

Phone rosak

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Nak minta pendapat sikit,handset saya dah rosak.

Dah lama juga handset ni, redmi note 4a, dah lima ke enam tahun pakai.

sumber:google images



Phone ni dah tak betul sangat.

Button tak boleh tekan, nak tekan number tak boleh.

Jadi saya cadang nak tukar handset.

Ada tak handset bawah rm300 yang boleh dicadangkan?

Nak beli dekat mana saya pun tak sure lagi.

Rasa macam malas nak beli dekat Ocean,orang Melaka atau sesiapa yang pernah sampai Melaka tahu tempat ni,sekarang dah tukar nama,saya pun dah tak ingat tukar nama apa,saya panggil Ocean saja.Senang.

Nak beli online takut kena tipu pula,dapat yang tak sama dengan apa yang diiklankan.

Saya nak pakai untuk whatsapp dengan tengok youtube sahaja.

Sudi-sudikanlah beri info ya, terima kasih =)


24 comments:

AzianKhalil said...

dah lama tak beli hp sendiri. selalu suami yang belikan...saya ucap terima kasih je

NA said...

Tahu Ocean kat mana. Beli di AEON Bandar Melaka.

cikguzim said...

kalau online, cari kedai yg ada tanda 'authentic' di lazada..lazada memang trusted seller...byk pilihan skitar rm300

Warisan Petani said...

Banyak pilihan
pegi aje ke kedai hp

Muhammad Naim Abdullah said...

bawah rm300 phone second boleh dapat. RAM dan GB phone selalu bawah 4 GB sahaja.

dear anies said...

penah beli hp kat MP. harga pun boleh tahan laa... tp skrg sy x sure laa masih ramai lg ke penjual hp kat sana lepas ada dataran pahlawan...

Atie Zieya said...

boleh dpt rasanya dekat kedai 2nd hand rm300..

PeRdU cINta said...

Moga dipermudahkan ya Mizi.

Syaz Rahim said...

saya selalu beli dari DirectD. memang diyakini :)

mrhanafi said...

beli la di Lazada atau shoppee..

kalau tak yakin beli yang harganya bawah RM300.

itu sukup untuk wasap dan utube..blog pun boleh

Naimy said...

boleh je dapat yang bawah RM300...lazada dan shopee banyak je...tapi kena cari yang betul..husband sejak 3-4 tahun ni tak pernah pergi kedai beli handphone...beli online je....

uncle gedek said...

Unlce pun tak berani beli online...

At-Tarmizi said...

AzianKhalil semoga terus murah rezeki suami puan =)

At-Tarmizi said...

NA boleh try pergi nanti ni =)

At-Tarmizi said...

cikguzim baik,terima kasih cikgu atas info =)

At-Tarmizi said...

Warisan Petani tulah,nak survey2 dulu

At-Tarmizi said...

Muhammad Naim Abdullah owh,terima kasih kongsi info =)

At-Tarmizi said...

dear anies saya pun dah lama tak pergi MP

At-Tarmizi said...

Atie Zieya nak kena tengok2 dulu =)

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta insya-Allah,terima kasih Kak PC =)

At-Tarmizi said...

Syaz Rahim owh, terima kasih ya info,boleh survey ni =)

At-Tarmizi said...

mrhanafi tulah,tengah suvery2 juga dekat situ, =)

At-Tarmizi said...

Naimy tulah,takut juga kena tipu,terima kasih ya atas info =)

At-Tarmizi said...

uncle gedek haha,samalah dengan saya, tapi kalau jumpa yang ok,mungkin saya beli juga =)

Post a Comment