Thursday, November 5, 2020

Pembentangan Bajet 2021

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.



Besok hari Jumaat, akan berlangsungnya pembentangan bajet belanjawan negara untuk tahun 2021.

Saya rasa sudah tentu yang akan menjadi perhatian orang ramai ialah cadangan mengenai pengeluaran akaun KWSP bagi akaun 1, ramai yang minta supaya dibenarkan pengeluaran sehingga  RM 10 ribu. Saya yang tak ada berapa ringgit sangat dalam akaun KWSP ni dengar sahajalah..maklumlah kerja sendiri,mana ada majikan nak buat caruman.

Saya rasa yang akan diberi bajet yang banyak sudah tentu kepada kesihatan dan keselamatan.

Sebab nak melawan virus pandemik covid 19 ni. Banyak peruntukkan kena disediakan. Harap-haraplah desas-desus yang mengatakan vaksin penawar bagi covid 19 yang akan diberi tahun hadapan menjadi kenyataan.

Selain itu, rasanya yang menjadi topik hangat sudah tentu bantuan atau insentif kerajaan kepada golongan yang berpendapatan rendah atau sederhana, serta golongan yang terjejas teruk akibat virus covid 19. Mereka amat menantikan tentang bentuk insentif atau bantuan bagi meringankan beban mereka.

Cuma rasanya pembentangan bajet tahun 2021 kali ini akan berbeza sebab bilangan ahli dalam dewan telah dihadkan bilangannya. Ini prosedur atau peraturan baru kerana masalah covid 19 ni.

Saya sebagai golongan berpendapatan rendah, tidak mempunyai kerja tetap, bujang, amat berharap agar kerajaan dapat meneruskan bantuan prihatin nasional kerana ianya dapat meringankan sedikit sebanyak perbelanjaan hidup saya. Bayangkan saya yang bujang juga terkesan dengan ekonomi sekarang ni,macam mana pula dengan golongan yang dah berkeluarga? sudah tentu mereka lebih terkesan dengan keadaan ekonomi dan negara sekarang.

Selain itu,saya berharap kerajaan akan memberi perhatian yang lebih kepada sektor teknologi. Penggunaan internet sekarang sudah menjadi keperluan bukan lagi kemahuan. Sedih juga bila membaca masih ada yang terpaksa memanjat pokok supaya mendapat akses internet yang lebih stabil. Penggunaan teknologi juga amat diperlukan dalam dasar kerja dari rumah, work from home(WFH). Macam mana nak buat kerja kalau capaian internet perlahan atau langsung tak ada?

Sekadar ini sahaja pandangan saya tentang pembentangan bajet esok, saya berharap dan berdoa semoga semua negara khususnya Malaysia bebas daripada covid 19 dan yang kita semua hidup aman dan selamat.

semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah..

amin.



9 comments:

Dunia Zumal said...

Semoga ada berita best buat semua esok

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal harapnya begitulah,amin.

Warisan Petani said...

Harap2 ada inisiatif untuk meredakan beban rakyat

Atie Zieya said...

berdebar plak nak dgr tentang pembentangan hari ni. nak kuarkan and tak sama byk

Abam Kie said...

harap2 government servants dpt bonus at least rm500. kesian kat kami M40 ni. asyik bagi kat golongan B40 aje. huhuhu....

staysabah said...

Hurmm..kejap lgi da nak bentang, hrp2 banyak manfaat yg rakyat dapat.

uncle gedek said...

Tengah tengok ni... hehehe

Syaz Rahim said...

Semoga semua mendapat manfaat

mamapp said...

Semoga Kita semua dpt manfaat dari belanjawn ni

Post a Comment