Sunday, November 22, 2020

Mohon pendapat

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.


Saya nak minta pendapat tentang cara nak mengatasi babi hutan dan monyet yang merosakkan tanaman.

Dah buat carian di internet, banyak petua yang diberi,contohnya pakai belacan bakar,guna kapur barus,letak rambut..dan macam-macam lagi. Tetapi bila saya baca komen ramai yang cakap tak selesai pun masalah babi hutan dan monyet ni.

Mohon pandangan semua tentang cara mengatasi masalah ni.

Saya mulanya nak tanam cili sebab babi hutan dan monyet tak kacau cili tapi fikir balik lebih baik saya tanam kelapa sebab saya jual kerisik dan kelapa parut.

Sebab tu, saya cadang nak tanam kelapa,tapi tulah,hari ni tanam besok babi hutan dah bawa lari kelapa tu.

Saya tak berapa ada modal yang besar. Jadi saya tak boleh nak pasang pagar elektrik.



Harap sesiapa yang membaca atau terbaca blog saya ini sudi-sudikanlah beri maklumat,tips dan informasi cara mengatasi masalah ni.

Haraplah ada yang sudi membantu.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

amin.



8 comments:

mamapp said...

Alahai mama x dog nak.bantu sebab mama pun x tahu. Semoga adabyk pengalaman yg boleh tolong tarmizi

Ciktie said...

Hmm..ciktie pun tak ada idea nak tolong bab yang ini. Apapun semoga ada yang berpegalaman yang dapat membantu ye.

Atie Zieya said...

alamak, tak dpt nak bantu sbb tadak pengalaman ni.. hopefully ada yg sudi tlg

Safirul Amar Bin Hj. Azmi said...

Cara yang lebih baik tanpa menyakitkan haiwan tersebut..mizi pagarkan..guna pagar cheng lin hijau tu...

Safirul Amar Bin Hj. Azmi said...

Babi hutan memang tak boleh buat apa..sebab makin tembak makin banyak, semakin membiak...

Solution bersihkan kawasan tanaman, jangan jadikan tempat buang sampah makanan basah...jgn tanam kepala dan ubi...

Cari pokok yg boleh menakut nakutkan dia..mizi buat la replika manusia dan loceng...mcm org dulu dulu buat kat sawah padi

PeRdU cINta said...

Ini antara cabaran dan musuh tanaman.Allahu.

Dunia Zumal said...

Hmmm susah juga tu. Ayah zumal musuh kebun dia ayam

sophea ◇ said...

ala tktau , buat pagar kot

Post a Comment