Monday, September 23, 2019

Hujan


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, petang tadi hujan turun di banyak kawasan di Melaka.

Image result for hujan
sumber gambar:google images

Baca dekat facebook kawan-kawan banyak yang update tentang turunnya hujan di kawasan mereka.

Moga krisis kekurangan air di Melaka dapat diatasi.

Susah bila tiada air ni. Banyak perkara nak buat tergendala. Kasihan pokok dekat rumah saya,kering sahaja. Nak siram pun kena jimat-jimat.

Tetapi paling terkesan bila terfikir golongan warga yang dah berusia, susah mereka nak pergi ambil air dekat lori air.

Mudah-mudahan dengan turunnya hujan ni, hilanglah masalah jerebu dan bekalan air di Melaka bertambah pulih.

Syukur kepada Allah s.w.t kerana menurunkan hujan.

Berkat doa dan sembahyang hajat semua, akhirnya hujan turun juga di negeri Melaka.

Moga terus turunlah hujan, tumbuhan menjadi subur dan tidaklah lagi berlaku masalah gangguan bekalan air.

Moga yang baik-baik sahaja.

Insya-Allah...

amin.

10 comments:

Warisan Petani said...

Alhamdulillah.
Hujan petanda kehadiran angin monson timur laut

A m m i said...

Alhamdulillah

Elih Japahar said...

kk pun tak hujan2 lagi ni...banyak dengar org kata, jerebu berganti taufan..harap semuanya baik2 je

mrhanafi said...

untuk minta hujan...kita minta ampun kepada Allah dengan beristighfar ramai-ramai.

dalam satu juta...mungkin ada 100k umat Islam dengan amalannya yang diterima

Wallahuallam

At-Tarmizi said...

Warisan Petani alhamdulillah =)

At-Tarmizi said...

Sheila Arshad alhamdulillah =)

At-Tarmizi said...

Elih Japahar betul,moga yang baik-baik sahaja,insya-Allah amin =)

At-Tarmizi said...

mrhanafi moga kita terus buat yang baik,insya-Allah amin =)

Dunia Zumal said...

Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segalanya

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal alhamdulillah =)

Post a Comment