Wednesday, May 1, 2019

Demam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah 3 hari diserang demam.

Teruk juga,tiba-tiba sahaja suhu badan naik mendadak.

Kemuncaknya malam tadi, muntah dan susah nak tidur.

Kepala rasa sakit dan pening.

Bila berjalan rasa macam terhuyung-hayang.

Baring sahaja...

Selera makan pun tak berapa nak ada.

Tampal coolfever, lega sekejap.

Lepas tu sakit balik.

Dugaan sebab banyak dosa agaknya..

Sudah 3 hari tak pergi berniaga.

Duit pun makin susut.

Moga cepatlah sembuh.

Doakan saya ya.

Amin..

13 comments:

PeRdU cINta said...

Aamiin.Moga segera sihat Mizi.Banyakkan minum air masak.

Warisan Petani said...

Cuba minum air kelapa muda.
Letakkan sebiji ibu garam.

Abam Kie said...

abis tu siapa yg jaga adik semasa demam tu? semoga cpt sembuh utk menjalani ibadah puasa..

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta amin.terima kasih ya =)

At-Tarmizi said...

Warisan Petani baik,akan cuba dilaksanakan,terima kasih ya =)

At-Tarmizi said...

Abam Kie emak saya cikgu,saya duduk dengan mak =)

mrhanafi said...

bertabah la bro..

sekali sekala nikmat kesihatan kena tarik untuk bagi peringkatan bahawa nikmat sihat tidak ternilai harga..

banyakkan berehat dan berfkiran positif untuk melegakan sakit

mamapp said...

Semoga cepat sihat ye dah pergi klinik ke belum

dear anies said...

x pergi check ke? bimbang denggi je kalau demam x sembuh2 ni

At-Tarmizi said...

mrhanafi terima kasih tuan,insya-Allah akan saya cuba ikut nasihat tuan =)

At-Tarmizi said...

mamapp dah pergi klinik,kena demam sebab cuaca agak panas,terima kasih ya =)

At-Tarmizi said...

dear anies dah pergi check,demam biasa saja sebab cuaca agak panas =)

At-Tarmizi said...

ejulz terima kasih =)

Post a Comment