Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...
Lama tak update blog, kerana banyak perkara yang berlaku dalam bulan Ramadhan tahun ini.
Perkara yang paling besar berlaku bila abang kedua saya-angah terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Angah saya telah dilanggar oleh sebuah kereta yang menukar haluan secara tiba-tiba dan telah melanggar abang saya. Angah saya ketika itu sedang menunggang motorsikal untuk ke tempat kerja.
Memang kelam-kabut jadinya, sebab tak pernah lagi ahli keluarga kami terlibat dalam kemalangan sehingga perlu pergi hospital.
Kami dapat berita pasal kemalangan itu jam 10 pagi, kejadian kemalangan ini berlaku jam 6.45 pagi.
Jadi memang haritu sibuk pergi ke hospital sahaja.
Saya pula kena pergi cari motorsikal abang saya yang ditumpangkan di sebuah rumah.
Nak dijadikan cerita, semasa mencari motorsikal angah saya, saya pula terlibat dengan kemalangan. Tetapi tak serius, saya terjatuh sendiri semasa membrek di sebuah jalan kecil di kampung, banyak batu-batu halus yang menyebabkan jalan menjadi licin, saya cuba elakkan sebuah lori,malangnya saya pula yang terjatuh.
Tak teruk sangat keadaan saya cuma sakit sebab dihempap motorsikal sendiri, bengkak jugalah badan.
Mujur saya cepat pergi berurut, kalau tak lagi teruk bengkaknya.
Berbalik kepada cerita angah saya, kemalangan itu menyebabkan dia ditahan di hospital selama lebih kurang seminggu, sebab kepalanya mengalami sedikit gegaran.
Mengikut doktor,mujur abang saya memakai helmet, jika tidak mungkin kesannya lebih teruk.
Selepas itu,saya bersama ahli keluarga lain telah membuat report polis, mendapatkan nasihat guaman dan pelbagai perkara lagi.
Sekarang ini, kami dinasihatkan oleh peguam dan pegawai polis yang menyiasat(I.O) supaya bersabar dan tunggu sahaja panggilan daripada pihak mereka untuk tindakan selanjutnya.
Jujurnya,saya memang tak berapa faham langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya terlibat dalam kemalangan, cara nak claim insurans dan sebagainya.
Pening juga kepala, buat perlahan-lahan,mudah-mudahan segalanya selesai nanti.
oh ya,sedikit pesanan ikhlas daripada saya,sekiranya menunggang motorsikal,seelok-eloknya pakailah topi keledar kerana kita tak akan dapat jangka apa yang akan berlaku terhadap kita nanti,mungkin perbuatan ini dapat menyelamatkan kita daripada risiko yang lebih besar seperti yang dilalui oleh abang saya.
insya-Allah...
amin.
25 comments:
Allahuakbar. Moga abang Mizi dan Mizi sekeluarga sentiasa dilindungi Allah SWT.
PeRdU cINta terima kasih,insya-Allah..amin =)
Semoga cepat sihat. Insha Allah.
Ya Allah semoga awk Dan angah awak sihat ye.. ujian di bulan Ramadhan mama doakan segala urusan lawyer cepat2 settled
kesiannya jadi mangsa kecuaian orang lain. Nasib tak teruk dan cepat dapatkan rawatan. Semoga dipermudahkan urusan ye. Nak claim insurans memang leceh sikit
allahu.. semoga abang & mizi berada dlm keadaan baik.. semoga diberi kesembuhan dengan cepat
Nauzubillah. Semoga dijauhkan. Alhamdulillah glad u guys are okay.
Ujian di bulan Ramadan
Semoga bertabah dengan dugaan ini.
Syukur selamat dan semoga cepat sembuhnya.
baik2 saja ya bang
follback ya bang
Allah... Moga awak dan abang awak cepat sembuh ye. Nak claim insurans ni agak leceh sikit. Harap bersabar ye. Moga dipermudahkan semuanya ye.
semoga mizi dan angah akan lekas sembuh dan dapat beraya dgn sempurna. Aamiin....
saya berasa simpati dengan keadaan abang bro dan bro sendiri...
moga bertabah selalu dan jangan lupa perbanyak doa serta sedekah..
amalan ini boleh menjauhkan musibah..
In shaa Allah
allahu...
harap cepat sembuh dan kembali pulih seperti sedia kala
Muhammad Naim Abdullah terima kasih,insya-Allah..amin =)
mamapp terima kasih,sekarang ni memang serah dekat lawyer ja =)
Farhana Jafri ya,mudah-mudahan semuanya selesai nanti. =)
Asyiqin Roslee terima kasih,insya-Allah..amin =)
ray alhamdulillah tak ada apa-apa yang serius =)
Warisan Petani terima kasih,insya-Allah..amin =)
iyaseo.id terima kasih ya =)
apekinahdotcom terima kasih,insya-Allah..amin =)
Abam Kie terima kasih cikgu,insya-Allah..amin =)
mrhanafi terima kasih,insya-Allah akan cuba diamalkan =)
dear anies terima kasih,insya-Allah..amin =)
Post a Comment