Monday, January 22, 2018

Seminar Pelaburan 360 Hari 1 Malaysia

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri seminar pelaburan yang dianjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), nama seminar tersebut ialah "Seminar Pelaburan 360 Hari 1 Malaysia" bertempat di menara PNB,kalau tak silap saya lah...berdekatan dengan Lrt Ampang Park.

Penceramah sedang berkongsi ilmu dan maklumat

Seminar ini merupakan seminar asas bagi pengurusan kewangan dan pelaburan. Jadi seminar ini memang banyak berkongsi perkara-perkara asas seperti asas mengurus kewangan, cara mengenalpasti sesebuah skim itu sah atau tidak, dan asas-asas tentang produk yang lain selain daripada ASB 1 dan ASB 2 contohnya Amanah Saham 1 Malaysia, Amanah Saham Didik, Amanah Saham Wawasan 2020 dan banyak lagi.

Jujurnya, seminar ini tidak sesuai bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang pinjaman ASB, kerana perkara ini tidak diterangkan dengan lebih terperinci dalam seminar ini.

Setiap peserta diberi sijil penyertaan

Analogi bagi seminar ini ialah seperti asas bermain bola sepak, kebiasaannya semua orang tahu bermain bola sepak, tetapi asas untuk bermain bola sepak seperti cara menahan bola,cara menendang,cara bertahan,cara menyerang, cara membaca corak permainan,cara mengawal bola..perkara-perkara asas seperti ini harus dikuasai dan mahir terlebih dahulu sekiranya ingin bermain bola sepak dengan lebih baik. Begitulah analogi bagi seminar ini, seminar ini akan menerangkan asas-asas cara mengurus kewangan dan asas-asas pelaburan terlebih dahulu bagi membolehkan seseorang itu mampu menguruskan kewangan dengan lebih baik dan berkesan nanti.

Saya juga ada bertanyakan soalan mengenai hibah amanah bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai hibah amanah ini, jadi kesimpulan yang saya dapat mengenai hibah amanah ini ialah:
  1. memudahkan urusan tuntutan wang ASB yang disimpan individu sekiranya meninggal dunia, maka duit tersebut akan mudah diberikan kepada penerima hibah..
  2. memastikan urusan tuntutan wang ASB tidak mengambil proses yang lama.
  3. supaya tidak berlaku krisis dan masalah isu hak wang ASB terhadap waris yang masih hidup.
  4. sekiranya penerima hibah telah mati terlebih dahulu, maka boleh ditukar kepada penerima hibah yang lain.
  5. hibah amanah juga tidak tertakluk kepada ASB sahahja sebaliknya kepada semua produk lain, contohnya Amanah Saham 1 Malaysia...boleh juga dibuat hibah Amanah..
Ilmu dan maklumat lain yang dapat saya kongsikan di sini ialah mengenai ADAM 50, ini khas kepada mereka yang bakal menerima cahaya mata pada tahun 2018 hingga 2022, maka akan mendapat dana tabungan permulaan sebanyak rm200 secara percuma.. boleh baca pasal ADAM 50 dekat sini ~ http://www.asnb.com.my/v3_/adam50.php

RM 10 secara percuma ke dalam akaun ASB

Menarik seminar ini, selain dapat menambah ilmu dan maklumat, peserta juga diberi sijil penyertaan,tambahan nilai sebanyak RM10 ke dalam akaun ASB secara percuma, siapa nak bagi rm10 percuma macam tu sahaja ya tak? dan peserta juga diberi  baucer McDonald's bernilai RM10, saya jarang beli McDonald's ni..tapi dah rezeki ambil sahaja lah...biasanya kalau ada orang belanja saya makan sahaja..tetapi nak beli sendiri tu saya jarang beli sebab isu Palestin-Israel.. 

Memang seronok dan bermanfaat seminar ini, mungkin lepas ini saya dah sukar nak datang ke seminar ini sebab akan pulang ke kampung, tetapi pengalaman dan ilmu yang diperolehi daripada seminar ini memang banyak manfaatnya...

Penduduk Lembah Klang ini banyak peluang yang dapat ya, ada seminar kewangan percuma,banyak kem-kem asas sukan yang dijalankan seperti asas bermain bola,badminton, seni bela diri,memanah,berenang dan lain-lain lagi, selain itu banyak juga aktiviti pemilihan terbuka seperti pemilihan pemain bola sepak dan lain-lain sukan.

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini.

insya-Allah...

amin.

8 comments:

Hasif said...

mcm mana nk join seminar begini ni mizi? ruginya tak dapat join..

Dunia Zumal said...

Bestnya ada seminar macam siap dapat pelaburan tambahan RM10 lagi...

mamapp said...

Wah byknilmu dpt Dr seminar ni ye

cikyan said...

good sharing !

At-Tarmizi said...

Ahmad Hasif boleh layari laman web ni ~

http://www.asnb.com.my/v3_/asnbv2_3services-360.php

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal ya seronok, Alhamdulillah...rezeki =)

At-Tarmizi said...

mamapp ya..seronok dapat tambah ilmu dan pengetahuan, insya-Allah..saya akan cuba kongsikan serba sedikit lagi nanti dalam blog saya ni =)

At-Tarmizi said...

Nur Azian Jaafar thank you =)

Post a Comment