Thursday, November 24, 2016

Daun tenggek burung

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

 daun tenggek burung
sumber gambar:kebunkampung.blogspot.com

Baiklah, sedikit perkongsian mengenai daun tenggek burung.

Daun tenggek burung merupakan daun yang lazimnya dijadikan ulam dalam makanan.Rasanya agak kelat dan biasanya dimakan dengan nasi. Daun tenggek burung juga boleh digunakan dalam masakan nasi kerabu.

Hasil carian saya daripada beberapa laman web mengenai khasiat daun tenggek burung, maka info yang saya dapat mengenai kelebihan makan daun tenggek burung ialah seperti berikut:

1) merawat tekanan darah tinggi
2) melancarkan peredaran darah
3) menyegarkan badan
4) mengecutkan rahim wanita selepas bersalin
5) menghilangkan lenguh di badan

sumber: http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-pucuk-tenggek-burung.html
              http://warisanpetani.blogspot.my/2016/01/pokok-tenggek-burung.html

Pokok tenggek burung ini difahamkan juga dikenali sebagai pokok cabang tiga atau tapak itik.

Saya ada menjual daun tenggek burung ini di pasar borong Taman Merdeka, Melaka. Harganya cuma RM 1.00 seikat. Jika pembaca atau sesiapa sahaja terbaca "post" ini jika berkesempatan untuk datang ke pasar borong Melaka, dijemput singgah ke tapak niaga saya dan membeli ulam tenggek burung ini. Selain ulam tenggek burung, saya juga ada menjual ulam lain seperti pucuk gajus, ulam raja, pucuk paku dan lain-lain lagi.

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini,

insya-Allah...

amin.


7 comments:

Unni anje said...

mcm first time tgk daun ni

Hairul Hissam said...

saya pun first time denganr.. kalau ada kat rumah mmg nak sgt makan utk kesihatan badan..

At-Tarmizi said...

Unni Anje boleh cuba rasa nanti...tapi rasanya agak kelat sikit =)

At-Tarmizi said...

Hairul Hissam ye ke Cikgu? ikut komen pembeli memang bagus untuk kesihatan mereka cakap =)

Cikla Shahril said...

Rasa mcm pernah dgr daun ni. Tp x pernah mkn..

At-Tarmizi said...

CikLa Shahril boleh cuba...tapi rasanya agak kelat sedikit =)

Nur haura afeeya said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Post a Comment