Sunday, November 20, 2016

10Fastfingers.com

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sedikit perkongsian daripada saya untuk meningkatkan tahap kecekapan menaip dengan menggunakan PC atau laptop.

Terdapat sebuah laman web yang membolehkan kita melatih jari-jemari untuk menaip dengan pantas.Laman web tersebut ialah 10fastfingers.com. Url bagi laman web 10fastfingers ialah https://10fastfingers.com/



Saya kebetulan mengetahui mengenai kewujudan laman web ini kerana terdapat satu iklan jawatan kosong di facebook untuk jawatan "Data Entry". Namun begitu, calon yang berminat untuk memohon jawatan tersebut digalakkan atau dinasihatkan supaya membuat latihan di laman web 10fastfinger.com terlebih dahulu.

Menerusi laman web 10fastfinger.com ini, terdapat beberapa kategori yang boleh dipilih oleh pengguna bagi meningkatkan tahap kecekapan menaip.

Oh ya, pengguna juga perlu menyelesaikan tugas menaip mengikut masa yang ditetapkan sebelum boleh pergi ke tahap yang seterusnya. Seperti main games, habis satu level maka dapat unlock satu level lagi.

Jawatan "Data Entry" pula jika menurut deskripsi tugas yang diberi, pekerjaan ini memang memerlukan tahap kecekapan menaip yang tinggi. Hal ini kerana pekerja harus cepat memasukkan sesuatu maklumat dalam sistem. Justeru, semasa temuduga, maka ujian menaip akan diberi untuk menilai tahap kecekapan menaip calon tersebut.

Saya dah mencuba laman web 10fastfinger.com untuk mengetahui dan meningkatkan tahap kecekapan menaip saya. Tetapi saya hanya berada di paras biasa-biasa sahaja iatu di mana tahap kecekapan menaip saya berada di kategori "average" sahaja.

Tetapi, tidak mengapalah, saya tetap ingin mencuba untuk memohon jawatan tersebut walau jawatan tersebut hanya sekadar "part-time position sahaja". Sejam dibayar rm 8.00, duit juga tu. Doakan saya berjaya mendapat jawatan tersebut.

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini.

insya-Allah...

amin.

6 comments:

Mellya Musa said...

good luck ya :D

Unni anje said...

unni fail ni!! malas nk cuba lagi typo bnyk

Abam Kie said...

boleh aje cuba2 mohon. moga berjaya!

At-Tarmizi said...

Fhatin Amelia thank you =)

At-Tarmizi said...

Unni Anje saya pun fail =)

At-Tarmizi said...

Abam Kie terima kasih cikgu =)

Post a Comment