Friday, January 11, 2013

Kerana 20sen

Assalamualaikum w.b.t

Kerana 20 sen,kisah benar yang berlaku..ketika ingin membayar duit minuman,kurang lagi 20sen,mencari-cari,meraba-raba di dalam poket,di dalam dompet,yakin ada lagi 20sen,mencari-cari...

Ahh..tiada ke??fikir diri ini...

Sejenak,terlintas dalam fikiran,ya Allah..pasti ada 20sen dalam dompet ini...untuk membayar harga minuman ini...

Tiba-tiba...

Ketika hampir sahaja kecewa kerana tidak jumpa lagi 20sen...

"Ting,ting"duit bunyi syiling jatuh...

20sen..ya duit 20sen jatuh....setelah puas menggeledah,menyeluk poket dan dompet...

Duit syiling 20sen jatuh..tangan ini mengambil,letak di atas meja..menghulurkan kepada teman baki duit minuman diri ini...20sen..

Lantas,diri dan teman bangun setelah selesai membuat bayaran makanan dan minuman..sambil diri ini berfikir..doa dan hebatnya Allah s.w.t,Maha Memperkenan doa...Allah Maha Besar...


~Untuk kalian generasi selepas diri...pasti faham bukan maksud tulisan yang diri ini ingin jadikan wasiat dan amal...tentang cerita syiling 20sen...barangkali cerita kalian tentang Allah Maha Memperkenan doa lebih hebat kerana kalian lebih baik~tolong jadikan ini pasti.amin.

0 comments:

Post a Comment