Sunday, January 15, 2017

JIRAN

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Jiran. Secara jujur suasana di kawasan rumah,jiran agak berbahaya.

Anak mereka dibiar bebas, itu urusan mereka tetapi usah diganggu rumah kami.

Habis disepaknya bola ke dinding rumah kami, jam dinding jatuh dan berkecai.

Jika ditegur maka akan mengamuklah ibu bapa mereka.

Suasana kejiranan juga merbahaya di kampung saya.

Pengedar,penagih, pencuri semuanya ada.

Itu urusan mereka tetapi jangan diganggu rumah kami.

Bukan sekali dua barang di rumah dicuri.

Menyakitkan hati. Sejak dari saya kecil, jiran berperangai begini sudah ada dari dulu lagi.

Berlagak seperti ketua sedang rumah yang dibina pun secara haram dan atas ehsan untuk menumpang.

Ya, ini tulisan lepas geram kerana sudah lama marah ku pendam.

Secara jujur saya tak suka tinggal di sini tetapi sudah takdir Ilahi untuk diri dilahir dan dibesarkan di sini.

Jiran memang berperanan penting dalam sebuah kehidupan seseorang.

Usah berlagak raja kerana kita semua hamba.

Sedar diri sebelum kita semua mati.

Jiran perangai celaka memang susah jadinya.

Maaf atas kekasaran bahasa, saya cuma manusia yang sabar ada batasnya.

Hendak diajak bergaduh itu kerja bodoh,

Hendak dimaki hanya menyusahkan diri,

Maka penulisan ini menjadi satu kaedah bagi diri untuk melepaskan yang terbuku di hati.

Pilihlah jiran yang harmoni untuk elak makan hati. Jika tak segala serbi tak jadi.

Sedih kalau dapat jiran yang beraja di mata, bersultan di hati.

Maaf atas kasarnya bahasa tulisan,perasaan ini sudah tak mampu ku tahan dan simpan.

4 comments:

paridah said...

Konsep berjiran dgn sebenarnya yg sepatutnya bukan jiran menyusahkan jirannya.

At-Tarmizi said...

paridah betul tu, dapat jiran yang pentingkan diri ni sengsara dibuatnya.

Haziq said...

Sabar ok mizi, biasalah dalam dunia ni ada bermacam-macam ragam manusia. Mengalah bukan bermakna kita kalah, tapi mengalah kerana kita percaya bahawa sabar itu indah

At-Tarmizi said...

Haziq setuju. tapi kadangkala hilang juga sabar ni, saya cuma manusia biasa :)

Post a Comment