Pagis

Monday, January 23, 2017

Hapuskan sahaja


Hapuskan sahaja

Ku lihat mesej lama ,

Mesej yang pernah ku hantar kepada dia,

Penuh dengan jenaka tiada ketawa,

Hanya kata-kata khayalan,

Betapa dulu aku hanya membuang masa,

Mengejar sesuatu yang tidak kesampaian,

Hapuskan sahaja,

Mesej-mesej itu,

Tidak perlu lagi hidup dalam khayalmu,

Candu angan-angan itu sedang membunuhmu,

Dia kini sedang bahagia,

Jadi usah kau penuhkan kognitifmu itu,

Dengan hidup palsu ,

Hapuskan sahaja,

Nama dia dalam hidupmu,

Usah kau rasa dengki dan iri,

Dia layak dan seharusnya bahagia,

Atas izin-Nya asbab usaha dia,

Hapuskan sahaja,

Segala angan mu,

Tiba saat dan waktu,

Bangkit daripada kamar beradu,

Mulakan sebuah perjalanan,

Biarpun jaraknya tidak sampai sebatu,

Itu lebih baik daripada kau duduk membisu,

Hapuskan sahaja segala cerita lama,

Sekarang mari buka kitab baru.

Terima kasih atas pengalaman dahulu,

Semoga dia sentiasa tersenyum,

Mengetahui dia sedang bahagia sudah cukup menyenangkan aku,

Maka kini masa untuk aku mencari senyumanku pula.



doakan kejayaan saya dunia akhirat.



6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Jadikan ia bagaikan memori saja
Tidak semua yg diangankan boleh menjadi kenyataan
Teruskan sebuah kehidupan yg mendatang.

At-Tarmizi said...

Kakzakie Purvit terima kasih atas nasihat dan pesanan. doakan kejayaan saya. :)

Warisan Petani said...

Tindakan yang tepat.
Pandang jauh ke hadapan,
yang di belakang biarkan menjadi sejarah.

MisDiarios said...

life must go on :D
semoga diberikan semangat dalam menharungi hari hari yang mendatang! :D

At-Tarmizi said...

Warisan Petani terima kasih atas nasihat =)

At-Tarmizi said...

MisDiarios yes, life must go on. insya-Allah. amin =)

Post a Comment