Pagis

Thursday, January 19, 2017

Hujan



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

                           Related image


Hujan,

Terima kasih kepada-Mu atas kurniaan,

Hebatnya ciptaan,

Memberi kenikmatan,


Hujan,

Mengalir ke bumi,

Terima kasih kata daun keladi,

Sejuk dan terharu hingga ke hati.


Hujan,

Malam ini hujan,

Turun membasahi daratan,

Sungguh nyaman, suasana aman.


Hujan,

Buat yang mencari rezeki,

Tabahkan hati,

Jika meredah hujan,

Demi sesuap nasi di pinggan.

Demi duit belanja tanggungan.

Moga hujan ini rezeki dan membawa rezeki kepada kami

Hujan,

Ku tulis satu puisi,

Wakil kepada tumbuhan bumi,

Ikhlas kami ucapkan.....


Hujan.

Kau bukti hebatnya ciptaan Tuhan.


6 comments:

Putera Dunia said...

Sekarang musim hujan di tempat saya...Rasa sejuk dalam ofis dah macam kat korea... :-)

Abam Kie said...

di kelate lo ni huje lebat..amaran peringkat kuning ni..

ZULHILMI TEMPOYAK said...

Syukur atas setiap saat.

At-Tarmizi said...

Putera Dunia sama, tempat saya pun sekarang musim hujan. sejuk dan nyaman :)

At-Tarmizi said...

Abam Kie semoga selamat semuanya ya cikgu. :)

At-Tarmizi said...

ZULHILMI TEMPOYAK setuju :)

Post a Comment