Thursday, November 15, 2012

Awal Muharam-matlamat diri..lemah dan kelemahan diri ini

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang...



Ku mulakan sebuah penulisan...

Selamat Awal Muharam...1434H

Diri ini ingin berkongsi kelemahan yan Allah tunjukkan~

Khayal menonton video di You Tube-hingga terlupa waktu maghrib-aneh..diri ini yang menampal waktu solat tapi diri inilah yang lupa masuk waktunya...betapa lemah dan hinanya diri ini~Kalian Generasi Selepas diri~Tolong tidak ikut perangai ini~jadilah tin yang berguna~bukan tin kosong seperti diri ini~sama-samalah kita menjadi tin yang berguna.Mudah-mudahan diizinkan Allah.

Tidak tahu bacaan awal dan akhir tahun~betapa sia-sianya usia diri ini yang sudah 22 tahun.Kalian Generasi Selepas Diri tolong tidak ikut kesilapan ini. Kalian lebih hebat.Segalanya mudah...gunakanlah dengan bijak....pesan diri kepada diri sendiri..jika Kalian Generasi Selepas Diri ingin gunakan..silakan....terima kasih yang tidak terhingga dari insan lemah ini-Diri Ini.

Izinkanlah diri ini berkongsi matlamat yang ingin dicapai..dan jika ada yang membaca..diri ini mohon doa kalian~Generasi Selepas Diri...untuk aminkan segala matlamat ini..kerana diri ini percaya doa orang lain kepada orang lain makbul di sisi Allah...doa yang tidak mempunyai kepentingan...pada diri sendiri...doa yang jauh dari sifat tamak..barangkali doa ini ikhlas di sisi Allah.Jika dizinkan Allah.amin.


Matlamat diri ini......(dari 2012-2015)

1)Dapat lesen kereta hujung tahun 2012 ini.
2)Dapat grad dengan pointer 3.87 pada tahun 2014
3)Dapat membina satu forum-yang dianggap sebagai platform kepada diri ini terlibat dengan perniagaan internet
4)Dapat menjadi usahawan jutawan internet pada usia 25 tahun.


Hmm..dunia sungguh matlamat diri ini...kerana diri ini sedar matlamat akhirat kita semua sama-diri ini-Kalian Generasi Selepas Diri-ingin ke syurga......maka doa diri yang lemah ini...semoga kalian Generasi Selepas Diri masuk ke syurga Allah. setakat ini..ini sahaja yang diri ini mampu buat..doa semoga kalian Generasi Selepas Diri...masuk syurga-nanti kalau masuk syurga...tolong bawa diri ini sekali~amin.


~maaf atas segala kekurangan dalam penulisan tahun baru ini~

 http://trigyy.com/2012/11/doa-awal-dan-akhir-tahun-hijrah/   KREDIT:TRIGGY.COM




Wednesday, October 31, 2012

mEMASAK KARI AYAM-menghayati sebuah proses kehidupan


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi,



Diri ini mulakan penulisan...

Hari ini cuba memasak kari ayam,

Hasrat hati yang sudah lama terpendam,

Melihat abang memasaknya satu ketika dulu,

Mengimbas kenangan silam,

Memasak kari ayam...

Hari ini..buat diri ini mengerti...

Belajar perlu ada gurunya...

Benar..diri ini masak kari ayam hanya dengan belajar melalui video You Tube...

Tetapi..apa yang perlu dilakukan selepas itu,langkah-langkah yang harus dibuat...

Hanya dengan menonton,membuat tanpa berguru...ianya menjadi tetapi tidak sempurna,

Buat diri ini terfikir...alangkah susahnya kerja seorang ibu,emak,umi,mama....memasak untuk anak...

Setiap masak harus difikir,setiap hidangan harus sempurna..demi keluarga....

~Allah Maha Besar~  berehat seketika..menyambung semula penulisan......

Kita perlu guru..harus berguru...mereka ada ilmu..mereka lebih tahu....

Seorang teman jujur memberi pandangan...terima kasih teman.

Tawar tiada rasa kari ayam yang diri ini buat...

Menonton semula video You Tube..ohh patutlah...ada langkah yang diri ini salah...

Tiada guru..tidak mahu berguru...jadi siapa yang nak beri panduan untuk kehidupan?

~Buat generasi selepas diri, barangkali kalian mempunyai dunia informasi lebih lagi...kerana diri ini melalui zaman dunia segala maklumat di hujung jari...facebook,twitter...blog,video You Tube...hanya perlu Google...hampir semua ada...logik akalnya...zaman kalian lebih lagi, jadi perlukah lagi guru?-perlu fikir diri ini...kerana mereka ada untuk memberi petunjuk..tentang langkah yang perlu dilaku satu persatu...............~










Monday, October 22, 2012

Isi khutbah Jumaat yang diri ini dapat.mudah-mudahan berguna untuk semua



Ku mulakan penulisan dengan nama Allah....

Terlalu banyak yang ingin aku coretkan...

Kisah kembara PTA diri ini yang berubah supervisor- tiada alasan lagi bagi diri..kini tinggal usaha-berjaya atau sebaliknya-antara langkah diri ini ke pointer 3.87 semasa majlis graduasi tahun2014 nanti.jika diizinkan Allah.amin.



Tapi biarlah dahulu..kerana diri ini ingin berkongsi...isi khutbah jumaat untuk diri..untuk kalian..generasi selepas diri.

Diri ini...bukan anak yang sempurna...harap dan doa..ketika ketua keluarga menuju saat kembali-sudi memaafkan diri..atas segala salah dan laku.

Maka...intipati..isi...khutbah Jumaat yang diri ini dengar...ingin kongsi-untuk diri sendiri dan untuk kalian-generasi selepas diri..

Tajuk kuliah-maaf-tidak lagi diri ini ingat. Tapi yang dikongsi di sini ialah cara rasullah s.a.w memberi tunjuk ajar cara mendidik anak...sudah lama ajaran mendidik anak dipraktikan dan diperkenal dalam Islam..indah.

diri ini tidak mahu kalian-generasi selepas diri-menjadi anak yang tidak sempurna...kalian hebat.Diri ini pasti tidak ada jaminan untuk diri menjadi seorang abi~ingin sekali diri ini dipanggil sebegini~ kerana diri ini bukan anak yang hebat. Tapi kalian-generasi selepas diri....hebat.Maka jadilah anak yang hebat....abi yang hebat....  Diri ini percaya...generasi selepas diri..hebat-hebat.

~Kalian-generasi selepas diri...pasti hebat..kerana segalanya tersedia...hanya tingggal kebergantungan kepada kalian sahaja. Maka jadilah anak yang hebat...doakanlah diri ini yang berharap menjadi anak yang hebat seperti kalian-generasi selepas diri.Jika diizinkan Allah.amin.

~Ku menulis dengan harapan..andai nanti diri menjadi seorang abi..moga-moga ilmu dari kekasih Allah ini dapat ku amalkan bersama kalian-generasi selepas diri.amin.

Friday, October 12, 2012

Bermula semula~serba tidak kena



Allah Maha Besar...
Allah Maha Besar..
Allah Maha Besar...


Tolong ya Allah...hambamu lemah ketika ini...ujian yang mudah..cukup mudah....berjumpa pensyarah untuk tugasan PTA... draf diterima..pada mula..kemudian..ditolak...diminta buat semula..


TERGAMAM!!!TERDIAM!!!

Buat semula? dari awal...mencari tajuk..menghantar draf...dari mula..dari awal...

Berat ya Allah...berat..........

Tolong hambamu ni ya Allah..

Aku menyusur semula ketukan-ketukan kekunci yang pernah kulabel dengan tajuk Kembara PTA..

Allah Maha Besar...

Betapa...lemahnya aku saat ini...melihat hasil yang diri ini inginkan.......3.87? Allah Maha Besar...

Diri~Bukankah ujian ini selari dengan hasil yang kau impi???bukankah begitu...

Tolong hamba ya Allah...

Sudah banyak kali diri ini kalah...dalam berjuang...tolong hamba ya Allah....supaya tidak lagi mengaku kalah walau akhirnya aku rebah........

Allah Maha Besar.....

Ujian sekecil ini...barangkali ada bisikan seperti itu dari kamu~Generasi selepas AKU....Maka...diri ini bersyukur kepada Allah...Maha Besar...kerana kamu berfikir seperti itu... KAMU HEBAT.Jangan berhenti berfikir sebegini....saat selesai memahami masalah kecil pada mata kamu..besar bagi diriku... KAMU HEBAT. Tetapi..diri ini mohon...kepada kamu GENERASI SELEPAS AKU....tolong...bantu yang lemah..jika kamu gagah....yang lemah...jangan risau...kerana ada yang lebih lemah~aku. Diriku lemah....kerana itu seboleh-bolehnya aku cuba bersyukur...berusaha...walau tak seberapa...untuk jadi seperti kamu~GAGAH.

Bantu hambamu ini ya Allah...jika ini bantuan dari kamu ya Allah...ujian susah supaya diri ini Gagah....maka bantulah juga hambamu ini ya Allah...kerana ya Allah...Allah jualah yang Maha Perkasa.

~Kembara PTA bermula semula dari sehelai kertas menjadi sebuah PTA.insya-Allah.Amin.

Sunday, October 7, 2012

Menjadi unnoticed person~Aku LEMAH.




Segala puji bagi Maha Pencipta Alam...

Terkadang ada saat kita rasa ghaib dalam nyata,lutsinar ketika ada...hakikat diri yang berlaku.....menjadi lincah dalam mengetuk kekunci di alam maya hakikatnya tenggelam dalam realiti...diri ini begitu~maafkan diri ini wahai diri..kalian khususnya generasi selepas aku...maaf...


Lemah aku antara satu dalam beribu lemah lagi yang ada dalam diri ini. menjadi unnotice fellow...maafkan aku....tetapi generasi selepas aku...mustahil untuk diri ini memberi tunjuk ajar cara menjadi nyata dalam nyata.. tetapi jika ada seperti diri ini...maka senyum dan bertenanglah kerana ada lagi yang asing berbanding yang asing... barangkali itu yang mampu aku berikan...menjadi satu  hidupan yang kalian boleh memberi ilham untuk berkata "aku asing..tetapi kamu lagi asing..maka aku tidak perlu bersedih jika "halimunan" dalam nyata..kerana kamu lebih asing".Senyum,dan terus cari kekuatan kamu.



Diri ini lemah...kamu generasi selepas aku tidak perlu lemah...  lemah diri ini~merumitkan sesuatu yang mudah, hingga membawa diri kepada salah-menyalah... salahkan mereka,salahkan dia..salahkan sesiapa sahaja..tanpa sedar...salah itu salah aku...maafkanlah diri ini...ya Maha Pengampun dan Memperkenan doa.


Buat generasi selepas aku.... "satu pesan yang diri ini dapat daripada seorang guru...manusia satu ciptaan yang kompleks..maka tidak perlu mengkomplekskan hidup kamu"...  maaf...nasihat dan ilmu ini sukar untuk diri ini aplikasi terhadap diri sendiri...kerana aku lemah. Generasi selepas aku~diri ini percaya kamu lebih hebat kesan teknologi yang membentuk minda dan gerak hidup...maka ilmu berguna ini mudah-mudahan berguna buat kamu..doa diri ini terhadap kamu~doakanlah aku nanti...takdir jodoh mati aku sampai nanti.Mati itu pasti. Biar ketukkan kekunci ini dapat memberi sesuatu untuk kamu~GENERASI SELEPAS AKU.

Tuesday, October 2, 2012

Kembara PTA-sambungan kisah.....


Besok kembara PTA bermula lagi, tajuk masih belum diterima,hahaha,apakan daya...ini halangan dan dugaan kerana matlamat juga bukan senang. Meraih pointer 3.87 semasa majlis graduasi tahun 2014 nanti,insya-Allah jika perancangan menjadi.

Tipu jika tidak putus asa bila idea masih belum diterima,tetapi hipotesisnya seperti itu,

"makin tinggi kemahuan kejayaan,makin sukar perjalanan ke arah itu"

Syukur kepada Allah s.w.t...

Ketika diri ini ingin menyerah....diberi Allah suatu kisah diri.......

Berjumpa dan berdiskusi dengan seorang pensyarah yang dihormati....

Pesannya....Kisahnya.......

Seorang hamba kepada yang Esa.......akan diuji oleh Yang Satu.........ketika dalam perjalanan menghampiri diri-Ku, bukan satu tapi beratus "musuh manusia yang nyata"........

Refleksi diri~ Ya..ini perjalanan diri,menuju pointer 3.87...bukan mudah...sebab ia tinggi...jadi halangannya?fikir diri..fikir...

Besok kembara PTA tetap diteruskan.....tidak pasti hasilnya nanti............tetapi senjata yang diri ada sebagai seorang yang agamanya Islam..moga-moga dapat digunakan........insya-Allah.....mudah,diterima tajuk.......dan meneruskan kembara PTA ini.


~Pesan diri kepada diri........diri ini lemah..sangat lemah...tetapi pesan dari mereka yang lebih berilmu......senjata Islam itu gunakanlah......yakin dan percaya. Generasi selepas diri-moga kembara PTA diri ini sedikit walau hanya secebis picisan dapat menjadi pendorong saat keletihan dan lemah...diri ini juga begitu-kebiasaannya begitu...lihat mereka yang berjaya....cabaran mereka lebih bahaya....namun masih? senyum dengan bahagia.....  insya-Allah...DIA ada.

Monday, October 1, 2012

Allah-kurnialah aku ramai lagi sahabat baik untuk aku jadi baik..amin.




Hidup dikelilingi mereka yang hebat,

Terkenang semasa menjamu selera bersama sahabat,

Seorang sahabat datang berjabat,

Belum sempat diri merasa lazat,

Sahabat menadah tangan,berdoa makan supaya berkat


Aku...terpaku,termanggu,malu...

Ku sisirkan perasaan itu dengan ketawaku,

Hahaha..dalam hati hanya tuhan yang tahu,

Betapa kagum dan bersyukurnya aku,

Allah..Allah..Allah............

Guru hebat,
Sahabat hebat,
Kondisi tempat aku berlindung masih selamat,
Selamat selagi mohon berkat.........


Allah..Allah....Allah.......

Melihat teman membaca doa makan di warung, melihat kerajinan teman menyiapkan tugasan,mendegar ujian teman yang lain,yang lebih dahsyat hebat.........


Buat aku mengetuk kekunci ini lagi, tolong terus bersahabat dengan yang baik untuk jadi baik,kerana menjadi baik itu lebih baik....................

~Untuk Diri Dan Generasi....pesan Tarmizi kepada Tarmizi dan generasi selepas diri.......kawan dengan kawan yang baik untuk jadi lebih baik kerana menjadi baik itu baik.~

Friday, September 28, 2012

HARI KELAHIRAN SEORANG TEMAN



Kesyukuran teman,kesyukuran...

Bukankan nikmat dunia ini? nikmat terlalu banyak tARMIZI...terlalu banyak sebenarnya...

Mari kita renung sebentar...renung semula hari ini...

Meraikan seorang teman menyambut ulang tahun kelahiran,bersukan badminton,along membelikan tambah nilai kredit telefon bimbit (barangkali along buat begini supaya diri ini mudah meghubungi emak dan along)tanpa balasan...

Bersyukur teman,bersyukur...

Melihat harijadi kawan..melihat keprihatinan teman,melihat prasangka dan doa yang baik dari seperjuangan....

Teman...temani diri ini Tarmizi....

Sendiri,mengetuk kekunci....sampai bila agaknya kami akan bertahan...persahabatan teman..persahabatan ....ini juga nikmat kESYUKURAN..........

~Buat mereka yang sudi..membaca ketukan kekunci ini...Tarmizi tidak pasti...tapi doa dari diri..MOGA-MOGA kelahiran...kita sambut dengan kemeriahan..meriah bersama keluarga,bersama teman...kematian.dan kelahiran SATU sahabat yang saling berjalinan walau mata kasarnya berjauhan...soalannya Tarmizi dan generasi selepas diri...Apa isi kelahiran,kehidupan...akhir belum tentu tamat...kematian???~

Friday, September 21, 2012

PTA~Kembara Bermula




Projek tahun akhir akhirnya bermula,

Tanda aku sudah masuk tahun tiga,

Mencari idea,mula bab pertama,

Berjumpa mentor,semoga idea diterima,

Soalan biasa,ke mana hala?

PTA~PTA...

Hingga kini,

Saat aku mengetuk kekunci,

Masih lagi tiada kata mula,sebuah siri

Kembara PTA~PTA...

Saat putus asa,

Terbaca blog "KATA-KATA TAK TERKATA"

Saat putus asa..

Pasang niat,kerana DIA

Akan mudah,kerana ia ibadah.



~PTA-Perjalanan Tetap Akan diteruskan,mencari idea,membaca jurnal,berjumpa mentor,bertanya kawan,mencari haluan,mengkaji permasalahan,doa,harapan,yang lebih utama~ini juga perjuangan.

~BUAT TEMAN YANG MEMBACA,BUAT DIRI,IDEA DARI ILAHI,KEMBALI KEPADANYA SAAT SUSAH,KEKAL KEPADANYA SAAT SENANG,AKAL DIBERI,IDEA DICARI,DOA SEBAGAI SENJATA,USAHA SEBAGAI PENGATARA,TERUS MENCARI IDEA UNTUK PTA SEPERTI DIRI MENCARI IDEA UNTUK TULISAN DI SINI UNTUK DIRI UNTUK GENERASI.~

link blog KATA-KATA TAK TERKATA http://mr-iq.blogspot.com/

Monday, September 17, 2012

Kesyukuran semasa lapang



Melihat teman,

Ada yang bermain permainan,ada yang mendengar ceramah,

Teman di bilik sebelah,tidak diketahui tapi pastinya berfaedah,

Aku...bersyukur dalam kelapangan seketika ini,

Nikmat mudah,nikmat selesa,nikmat mewah.

Bersyukur dalam kelapangan,

Petang tadi,seronok beriadah bermain badminton bersama teman,

Nikmat sihat sebelum sakit...

Malam...

Berehat sebentar...melelap mata...nikmat,

Diajak teman kepada teman..untuk makan...

Dalam perjalanan...

Singgah sebentar membeli barangan...

Nikmat mudah sebelum susah...

Kedai makan....

Pesan mee jawa air kopi ais...

Nikmat..itu juga nikmat....

Nikmat rezeki...nikmat lazat...nikmat nikmat

Hitunglah dengan jari~kalau mampu Tarmizi...


Nikmat hidup terlalu banyak..kurniaan Ilahi...

Pernah terfikir Tarmizi..nikmat-nikmat dunia ini...

Nikmatilah nikmat ini..Sebelum MATI...........


~BUAT DIRI...MATI DI DUNIA BUKAN TITIK TAMAT..IANYA TITIK MULA..BUAT GENERASI YANG MUNGKIN MEMBACA TIKA DIRI INI "TIADA LAGI"...BUAT DIRI NIKMATILAH NIKMAT INI...."Terkadang nikmat ini buat diri lupa,lalai dan malas"...senang sebelum susah......lapang sebelum sempit..kaya sebelum miskin...muda sebelum tua...HIDUP SEBELUM MATI...........,,.


link for the image:http://abuikhwan.blogspot.com/2010/07/demi-masa-ingat-5-perkara.html

Thursday, September 6, 2012

Warung depan kubur



Hari ini pergi makan di sebuah warung,

Ironi warung itu di berdepan dengan kubur,

Doa semoga roh semua dicucuri rahmat setiap kali terlihat,

Kopi diminta-hilang dahaga-harga seringgit dua,

Mencari warung hanya untuk menonton tv,

Kerana telinga menghadapi komplikasi,

Maka skrin gergasi menjadi destinasi,

Biar jelas suara biar sampai ke telinga,

Tv3-999 cerita yang sama-jenayah anak muda-ada juga tua,

Menonton jenayah di hadapan kubur-pelik rasanya,

Memicit telefon bimbit,

Mencatat suatu peringatan-suatu harapan doa dalam impian sebenarnya,

Meraih pointer 3.85 semasa majlis graduasi diri nanti.Aminkanlah Yang Maha Agung lagi Maha Memperkenan doa.

Cerita jenayah berakhir sudah-siaran ditukar tapi kubur masih di hadapan.Kekal sampai aku mati sampai hari kita kembali barangkali.

Animasi menjadi peneman di skrin gergasi~hasil teknologi~siaran satelit seluruh dunia~rangkaiannya  .... Aku menjadi antara generasi yang merasai~kemajuan teknologi hasil kurnia Ilahi kepada manusia yang disukai dan diredhai.-DIA.


Siaran itu terganggu sebentar dengan iklan. Aku bingkas bangun mengatur jalan.Membuat bayaran.Bersyukur pada tuhan berterima kasih pada pelayan atas minuman.Dalam hati.

Kubur itu masih di situ. Aku pergi..............................................................................................

~Untuk diri,generasi,bangsa,agama....ciptaan Tuhan...warung saji makanan,minuman..kubur janji jodoh,ketetapan dan kepastian...ingat pesan "manusia sempurna"-selalu ziarah kubur kalau tidak hati keras-benar aku mengakuinya saat mengambi kerusi untuk duduk dan melihat-warung depan kubur~kubur depan warung.Titik....

Tuesday, September 4, 2012

Tak RAJIN-kOTOR-BERSIH.Tak BOLEH



Aku nak muka yang bersih-bebas jerawat. Aku nak muka kacak-putih melepak.Aku nak badan tegap -bukan lemak.Aku nak badan cantik-bukan kurap.Aku nak itu ini tapi tak rajin.

Aku nak lesen kereta-tapi tak berani.Aku nak kerja tetap-bukan cepat "give up".Aku nak itu ini-Aku Tarmizi.

Aku nak jadi tumpuan ramai-nak jadi selebriti.-seperti Dr.Irfan Khairi. Sedar Tarmizi sedar.

Usaha jalannya.Tiada jalan lain lagi. Balik sekolah berangan.Naik motor bebel sendirian.Jalan-tapi tidak hafal jalan.Susah?memang susah.Sebab itu kekal.Kekal selama susah sementara.



Aku banyakkkkkkkk merungut,merengek,meminta-Aku bukan sempurna-Tapi Aku boleh usaha kan?

Kaki Aku bengkak-selalu sakit-Tangan menggigil-Jari terketar-ketar-Bukan aku sengaja-Aku tak nak pun penyakit ini.

Refleks cermin diri-Badan kurap?-salah diri-asas bersih dari rumah-sekolah-buat payah.Muka jerawat-Ada tak cuci?Selalu fikir apa?-seks.

Kebersihan berkait rapat dengan iman. Sabar itu separuh dari iman.Separuh lagi?-kebersihan.-Nasihat seorang peniaga yang bakal berjaya-menara gading.

Sedar Tamizi-sedar.Pesan Along-adaptasi Tok Ayah.Buka kitab agama-bersih asas.utama.tuju kesempurnaan ibadah.

Jaga badan sendiri.Siapa nak jaga?-tolong diri Tarmizi.Tolong diri untuk diri.

Mati-Kena bersih.Dimandikan.Dipakai kain bersih-kafan. Lagikan pula hidup-jumpa orang.Orang yang suka bersih.Bersih.Kebersihan.Keimanan.

Tolong bersih Tarmizi.Doa orang bersih-makbul.Ingat.Hari ini untuk diri.Esok untuk generasi.Kotor hari ini.Mana datang zuriat.Zuriat bersih.Suka bersih.Rajin-rajin bersih.Diri kita untuk kita.Bersih.Iman.Generasi wangi sejahtera ihsan.

Monday, September 3, 2012

Aku manusia sukar mengawal nafsu-aku sedar itu.



Perjuangan...hidup rasa kosong tanpa matlamat.

Nafsu..semakin membunuh ruang keimanan...

Menangis menonton selawat Hafiz Hamidun...

Titik.belum tamat...sambung...sambung.

Aku marah?ya aku marah..kenapa aku asyik berfantasi seks?menonton video lucah di internet?akhirnya menangis menyesali kesilapan..berulang-ulang perkara ini...manusia kalau langgar tembok..sekali dua faham-sakit,berdarah langgar tembok...bukan macam aku-dah lama mati kalau realiti.langgar tembok.

Perkahwinan? ya jalan terbaik untuk elak godaan syaitan.....tapi belum mampu-calon pun tiada~kalau ada pun menzalimi diri dan dia...dosa.

Puasa...puasa.Jalan yang terbaik,paling baik. Kecewa-ramadhan sebulan-tahan godaan-habis.Habis ramadhan makin teruk...rosak...makin nafsu...jadi raja.Pulang,sedar,buka cermin mata pergi bazar ramadhan untuk elak maksiat mata dan pahala bertambah. Hebat?~hancur semula,mungkin lebih teruk...nafsu semakin hancur,bila habis bulan keberkatan,keampunan dan bebas api neraka.tolong diri-ingat mati.

Aku manusia yang bernafsu-aku sedar itu.aku ada akal-aku juga sedar itu.aku ada generasi sebelum ada generasi selepas-aku sedar itu.

Memang seronok buat seks bebas.Bebas komitmen,bebas tanggungjawab-seronok-sebab tu musuh nyata suka.

Tapi selepas itu? benih~hidup~besar~tidak sah tiada taraf.salah siapa?

Benar-zaman akan kembali jahil~manusia bijak tapi tidak bijak~mencipta untuk memusnah~kaya sangat kaya.-Perlu baca dan tuntut ilmu lagi supaya faham dan abadi-kekal di hati.


TOLONG TARMIZI-TOLONG.INGAT HIDUP-PASANGAN-MATI. TOLONG TARMIZI TOLONG.HIDUP BUKAN UNTUK ROSAK DIRI-LEBIH SALAH LAGI ROSAK HIDUP ORANG LAIN. SERONOK LIMA MINIT-DERITA SAMPAI MATI-KALAU IKUT NAFSU~SEKS BEBAS.


Untuk pejuang generasi era sebelum,seangkatan dan selepas aku~
menentang nafsu bukan senang.susah sangat susah untuk orang lemah macam aku.generasi sebelum dan generasi selepas-bantu aku sedar dan ingat-  seks halal hadiah untuk pejuang,wira,gagah berani kerana musuh nyata menangis saat yang halal menjadi milikmu-anak muda.

Tuesday, August 28, 2012

Teknik potong buah mangga dari emak

1.Pisau yg tajam
2. Buah mangga

Step

1. Buang kulit mangga
2. Buat garisan ~  ( I I I)  -jd bentuk macam nie
3.Hiris dari bawah keatas~ rasa sentuh biji buah mangga

~ Nanti hirisan buah mangga jadi macam kepingan kotak-kotak...

Setel :)

Friday, February 17, 2012

Tekanan



As-salam

Tekanan

Buat aku kepanasan,

Buat aku hilang panduan,

Buat aku hilang pedoman

Masih lemah lagi iman

Sudah banyak baca buku motivasi

Tapi masih sukaR untuk diaplikasi

Tekanan,

Buat kawan,

Maaf...diri memang mengharapkan,

Bantuan demi bantuan,

Tekan..Tekan...Tekananannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


~Maaf..diri ni lemah~

Tuesday, February 14, 2012

Pengalaman Kerja-Berniaga Air Kelapa

As-salam

Hari ini hari last day aku kerja berniaga dekat kedai coconut shake ayah kawan aku~thanks to zamzamer mustapa sebab sudi rekomen aku kerja semasa cuti semester baru-baru ni.

Makcik dan pakcik yang ajar aku berniaga memang baik orangnya..malah Mak kawan aku ni yang cadangkan untuk tulis pasal pengalaman berniaga~to makcik...this post for your request......... :)

Pengalaman masa aku dapat masa kerja dekat sini?~macam-macam...panas...pening...layan customer...tapi semua tu tak dapat menandingi seronoknya kerja jual air kelapa nie....bila tengok orang beli dan duit yang dikumpul..wahahaha...........

Yang best-aku dapat belajar buat coconut shake...
Yang tak best-kupas kelapa nak dekat ratus biji tapi stil tak pandai lagi. :(........huhuhu

Apapun I'm really grateful for the oppurtunity to work here....

Semoga yang "Di Atas" membalas jasa baik makcik dan pakcik yang memberi tunjuk ajar pada saya untuk berniaga.....dan tak dilupakan...zamzamer...kerana rekomen aku kerja dekat kedai mak-ayah dia...yang terbaik untuk semua... amin.



Thursday, February 9, 2012

Cara potong buah kelapa~simple

As-salam...

Hari ni saya nak kongsi cara potong buah kelapa yang simple.Biasa kalau kita potong mesti banyak kulit kelapa nak kena buang lepas tu.Takpe,kali ni saya nak kongsi cara potong kelapa simple yang diajar oleh tauke tempat saya kerja part-time.

Okey,step nak potong kelapa:

1)Pastikan parang yang digunakan tajam.
2)Hayun parang  ke sebelah kanan
3)Hayun parang ke sebelah kiri.
4)Maksudnya posisi kanan dan kiri harus bertemu.
5)Lepas kiri kanan bertemu~kulit kelapa akan terbuka... tempat yg isi lembut untuk cucuk keluar air kelapa.

*Pastikan potong bermula dari bawah kelapa bukan daripada tangkai
**Biasanya dua kali tetak sahaja-kiri sekali,kanan sekali
*** (0)~  ....macam nie lah bentuk buah kelapa yang dah dipotong dalam posisi dibaringkan

~Kabur kalau baca sahaja,kalau ada rezeki saya cuba letak video potong buah kelapa

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

As-salam

Salam Maulidur Rasul...

Persefahaman asas Perpaduan Ummah...............

Friday, February 3, 2012

Jauh...Pandang....Jauh...Fikir



As-salam

Jauh pandang,
Terkadang bila hilang,

Jauh fikir,
Terkadang harus tenang dengan zikir,

Jauh pandang,
Jauh fikir,

Jauh pandang,
Jauh fikir,

Jauh pandang,
Jauh fikir,

Tolong...

Pandang,Bukang senang,
Tersilap...ianya hilang,

Bila hilang...baru pandang,

Bila fikir,harus dipandang...

Jauh................dengan fikir.

~Hilang sesuatu untuk menghargai sesuatu

Tuesday, January 24, 2012

Ungu-Andai Ku Tahu

As-salam...



~Sesekali kita harus menangis:pesan seorang kawan~

Saturday, January 21, 2012

Pertama kali

As-salam




Tatkala "T" celik mata,terlihat suasana yang sungguh unik dan syahdu pada pandangan matanya... seorang anak angkat "F" bersama ibu angkatnya "PN.J" yakni ibu kepada "T" sedang bersiap-sedia untuk menunaikan tanggungjawab sebagai islam,perintah yang harus dilaksanakan lima kali sehari...

Perintah yang sangat berat kecuali yang benar-benar khusyuk melaksanakannya.... Terbit rasa di dalam hati "T" untuk bersama mereka,ya walaupun niat "T"ialah untuk menjaga air muka ibunya tetapi jauh.....di sudut hati,terdapat perasaan yang sukar digambarkan....perasaan yang hanya "Di Atas"lebih tahu dan mengetahui.

Usai bersiap..maka "T","F" dan "Pn.J" pun melaksanakan perintah itu, seperti biasa "T" sukar untuk memberi tumpuan~melayang fikir entah kemana-mana, teringat dia-"S" gadis yang dicintainya........

Melayang fikir~"T" pernah menangis mengenang peristiwa "S" yang menolak kasihnya........, ketika itu diri "T" begitu ingat akan "Di Atas"-bila susah,baru ingat....hmmm........mengeluh "T" dalam hati................

Sukar...terlalu sukar melupakan "S" apatah lagi melepaskan.............tetapi harapan "T" biarlah dirinya tidak lupa mendoakan yang terbaik untuk "S".........,pahit tetapi hanya itu yang mampu dilakukannya ketika ini....................................

Terbit rasa syahdu ketika melaksanakan perintah "Di Atas" bersama-sama "F" dan "Pn.J",syahu kerana kali pertama melakukannya......berjemaah..................... di kala pintu rezeki baru dibuka kata orang lebih dewasa....................

Perasaan pertama kali ini mengudang kegembiraan tetapi "T" tidak berani terlalu gembira-hanya akan mengundang duka....................................

Perasaan pertama kali ini......sukar untuk digambarkan........sukar diceritakan.........tetapi ianya harus diluahkan..........................

Pengharapan~tapi tidak terlalu berharap.....agar pertama kali ini bukan yang terakhir...., doa untuk "S" juga mampu diteruskan selama mana janji diri "T" kepada "T"-terlalu sukar dan sakit sebenarnya.............tetapi biarlah yang "Di Atas" menentukkan yang terbaik untuk semua abjad ciptaannya............

Benar..."Di Atas" tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum,melainkan kaum itu mengubahnya sendiri...., tetapi bagi "T" ketika ini hanya doa yang mampu dilakukan~biarpun ianya selemah-lemah tingkat usaha............

~berikanlah yang terbaik untuk semua abjad~

Friday, January 20, 2012

Selamat Hari Jadi Seseorang

As-salam

Sedikit luahan perasaan...




Selamat hari jadi sesseorang,

Kamu begitu istimewa waktu pertama kali ku pandang,
Izinkan diri ini mendoakan bahagia yang panjang,
Selamat harijadi seseorang,mungkin terawal atau terlewat jika diucapkan sekarang,
Selamat harijadi seseorang.

Kata atau bicara yang dirimu ucapkan,
Diri ini jadikan nasihat dan pandangan,
Mungkin diri boleh cuba berhenti berharap..tapi,
Tidak mungkin cuba untuk berhenti mencintaimu.

Selamat harijadi seseorang,

Pagi yang hujan,
Di kampungku,yang diri ini begitu megharapkan ketenangan dan kedamaian,
Waktu hari penghulu segala hari,seseorang dilahirkan,
Izinkan diri ini terus mendoakan,
Terbaik untukmu di ulang tahun kelahiran...

Seseorang...maaf diri ini tidak mempunyai kekuatan menyebut namamu...biarlah ianya hanya terpahat didalam hati...........................................................................

~Izinkan diri ini untuk terus mendoakan yang terbaik untukmu~

Thursday, January 19, 2012

Ilmu masak daripada chef mak

As-salam...

Disebabkan diri ini tidak tahu hendak menulis tentang apa,maka terlintas ilham untuk menulis tentang teknik memasak yang diajar oleh chef mak...

Teknik paling simple yang diajar oleh chef mak ialah:

1)cara masak sup ayam..
2)cara potong lobak

Okey...

cara masak sup ayam simple~

1)masak air
2)macam dah mendidih sikit tu,masuk ayam
3)tengok macam dah empuk sikit ayam,masuk perencah sup adabi..(yg dlm paket tu)
4)kacau...masuk garam dan ajinamoto.....tunggu sekejap...
5)dah siap-sup ayam simple.


teknik potong lobak


1)buang kulit lobak,pakai pisau potong kulit,kalau tidak mahu pun tidak apa...
2)potong kepala lobak tu-yang tompok-tompok tu.
3)potong bulat-bulat dahulu.
4)then,letak kepingan bulat tu,lepas tu potong tegak pula jadi bentuk "l"

sekian...sedkit ilmu masak daripada chef mak......... :) :) :)