Friday, September 28, 2018

Hidup ini

Hidup ini...
Rasa sunyi,
Bila yang sentiasa di sisi,
Hilang tak berjumpa lagi,

Hidup ini,
Rasa kosong,
Penuh dengan lompong,
Sentiasa dalam kepompong

Hidup ini,
Rasanya macam dah mati,
Sebab tak tahu jadi apa nanti,
Lena dibuai mimpi.

Hidup ini,
Aku cuma mahu hidup aku,
Ringkas dan bersahaja,
Bersyukur apa adanya,
Bersabar apa yang tiada..

Tarik nafas, lepas...

Hidup aku ni...

Entahlah sudahnya bagaimana nanti

Wednesday, September 26, 2018

Asif & Tar


Sunday, September 23, 2018

Tak sama dengan realiti

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Perkara yang kita lihat di media sosial terkadang tak sama dengan realitinya..

Kita lihat mereka share kata-kata nasihat, tapi alam realiti mungkin dia manusia paling jahat.

Kita lihat mereka upload gambar mesra sekeluarga tapi sebenarnya sedang bergelut dalam mengatasi masalah dalam keluarga mereka.

Kita lihat ada yang upload makan di tempat mewah,pergi melancong dan membeli barangan berjenama tetapi ada hutang dengan kawan yang masih belum dijelaskan.

Kita lihat peniaga upload bisnes maju,untung sahaja tetapi hakikatnya sudah tiga bulan rumah tidak dibayar sewa,kereta hampir ditarik,makan meggi untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Terkadang yang dilihat dalam media sosial tak sama dengan realiti.

Kebiasaannya kita hanya ingin tunjukkan kegembiraan,pencapaian yang dimiliki, dan sebagainya..yang sedih dan sengsara simpan sendiri-sendiri sahaja.

Sama sahajalah dengan saya ini.

Dalam blog,dalam fb,dalam ig, kebiasaanya hanya share benda yang menunjukkan diri yang gembira dan bahagia...

Sedangkan realitinya, terbit rasa kerdil melihat mereka yang sebaya sudah berjaya dan bahagia..

Maaflah ya, terkadang ada masa saya berkongsi kisah,tips berniaga sedangkan saya hanya penjaja kecil-kecilan...

Tak layak rasanya.....


Dalam media sosial saya tunjukkan kebahagian,gembira dengan hidup sedangkan dalam realiti ada masanya saya menjerit ketegangan kerana tekanan dan kebimbangan dalam masa depan hidup saya.

Tak sama yang ditunjukkan dan yang dialami sebenarnya...

Gambaran dalam media sosial tak sama dengan realiti.

                                                              Image result for life of lie social media

Saturday, September 22, 2018

Kasih sayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kasih sayang,

Hilang sudah sebuah kemanisan,
Hilang sudah sebuah persahabatan,
Hilang sudah sebuah ikatan,
Bila hilang kasih sayang dalam kehidupan.

Kita hidup bukannya lama kawan,
Sampai masanya dijemput Tuhan,
Terima kasih atas peringatan,
Terima kasih juga atas hinaan.

Manusia dengan kemanusiaan,
Manisnya bila berpelukan,
Bukannya dengan perbalahan,
Peperangan menjanjikan dua kepastian,
Kematian dan kesengsaraan.

Kalian pilih yang mana?




Friday, September 21, 2018

Asif&Tar


Wednesday, September 19, 2018

Jangan berlumba

#TabungDiri
JANGAN BERLUMBA?
Hidup ini satu perlumbaan, adakalanya kita tidak perlu berlumba sebenarnya.
1. Tak perlu berlumba, kereta siapa lebih besar dari kita. Belajar kagum kereta orang tapi tak perlu beli,  sewa sahaja.
2. Tak perlu berlumba, tudung siapa lebih hijalabista. Hargai kecantikan diri, bukan tudung yang dibeli.
3. Tak perlu berlumba, rumah siapa lebih besar macam dalam drama TV3. Bila bersara nanti lutut sakit juga nak jaga rumah istana.
4. Tak perlu berlumba, beli gelang sampai kesiku lengan. Belajar buat simpanan dan pelaburan, ia lebih menenangkan.
5. Tak perlu berlumba, baju siapa ketat sampai nampak dada. Janji sihat wajah ceria.
6. Tak perlu berlumba, rebut hati suami orang. Lelaki macam Pattah Amin masih banyak dijalanan.
7. Tak perlu berlumba, siapa lebih kaya dan gaya dari kita. Kerana ramai yang bergaya duit tak ada.
8. Tak perlu berlumba, makan di kedai hipster dan upload gambar di insta. Lebih penting baca doa sebelum makan.
9. Tak perlu berlumba dapat gelaran doktor dan dato' tapi tujuan untuk berniaga.
10. Tak perlu berlumba pakai bulu mata macam che ta. Itu palsu dan tipu calon suami namanya.
Berlumbalah untuk berjaya bukannya berlagak kaya tapi hidup papa.
Azizul Azli Ahmad
#HidupAdalahPilihanKita
#ShareJikaBermanfaat
#BeliRumahWaktuMuda

Malam Yang Lesu Sekali

Puisi: Malam Yang Lesu Sekali

Malam ini lesu sekali,
Bukan malam itu yang lesu tetapi diri ini,
Merenung nasib..mengenang diri,
Sampai bila nak macam ini..

Betapa diri ingin sekali,
Berupaya bertahan dalam segala situasi,
Tidak berhenti walaupun dimaki,
Mungkin malam tidak lesu lagi.....

Malam ini lesu sekali,
Tidak ingin menyalahkan Tuan kepada diri,
Diri ini sentiasa yang awal berhenti,
Hingga malam lesu sekali...


Image result for malam

Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

klik banner untuk join =)

Tuesday, September 18, 2018

Boleh kongsi berniaga apa?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sebenarnya, seperti tajuk yang saya tulis tu, saya berminat nak buat satu bisnes part-time yang boleh dijalankan daripada rumah sahaja.

Sebab sekarang ni saya memang berjaja kecil-kecilan,jadi saya nak juga menambahkan income/pendapatan dengan jadi agen ke,dropship ke, affiliate marketer ke...

Jadi saya rasa mesti ramai dalam kalangan blogger yang buat bisnes part-time daripada rumah, harap ada yang sudi berkongsi dengan saya bisnes yang tengah kalian buat sekarang ni...

                                                         Image result for bisnes part time

Bisnes tu harapnya tak perlu keluarkan modal yang besar, tak tipu orang(scammer), boleh buat daripada rumah sahaja..

Dulu masa belajar, saya ada cuba juga jadi ahli sebuah sistem, macam biasalah..kena bayar untuk jadi ahli lepas tu promote dekat orang lain baru dapat duit/komisyen..tapi saya join sebab ikut kawan sahaja...lepas tu senyap macam tu ja..

Jadi boleh kongsi dengan saya bisnes yang kalian tengah buat sekarang?

Mana tahu ada rezeki saya buat duit lebih dekat situ...

Sudi-sudikanlah share ya =)

Oh ya, tolong doakan saya cepat sembuh ya, sebab sekarang saya menaip dalam keadaan agak lemah sebab dah berulang-kali keluar masuk tandas,keracunan makanan agaknya atau mungkin badan saya sekarang makin manja...tak boleh salah makan sikit mulalah meragam.

p:s- jangan lupa join contest isi dialog kreatif asif&tar =)

Sunday, September 16, 2018

Cabaran berniaga

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masa dalam perjalanan balik lepas berniaga,hujan pula turun.

Tumpang berteduh sekejap dalam khemah orang jual buah-buahan.

Maklumlah, naik motor sahaja pergi berniaga.

Tak larat dah nak tempuh hujan,dah dua tiga hari kena hujan.

Biasalah dalam berniaga.

Cuaca tak menentu,tadi cerah sahaja tiba-tiba hujan turun.

Cabaran dalam berniaga ni bermacam-macam.

Sabar sahajalah.

Oh ya,sebelum terlupa.

Selamat Hari Malaysia 16 September.

p.s-jangan lupa join contest isi dialog kreatif asif dan tar.

Friday, September 14, 2018

Contest Isi Kotak Dialog Asif&Tar

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Buat julung-julung kalinya saya buat contest.

Sebenarnya dah lama teringin nak buat contest, tapi sekarang baru terlaksana.

Cuma buat permulaan ini hadiahnya tak seberapa ya.

Setakat ini hadiahnya ialah top up.

RM 30 untuk pemenang pertama
RM 20 untuk pemenang kedua
RM 10 untuk pemenang ketiga.

Jika ada yang sudi nak jadi sponsor untuk contest ini, amatlah saya hargai dan saya ucapkan ribuan terima kasih. Kalau ada yang berminat nak jadi sponsor boleh sahaja "pm" saya di facebook saya.
Kalau banyak sponsor, maka bertambah meriahlah contest saya ini, dan lagi banyak hadiah yang boleh dimenangi. Harap adalah yang sudi sponsor ya. Tak kisah nak sponsor apa,top-up ke,buku ke,baju,atau apa-apa sahajalah kecuali yang salah di sisi undang-undang,lucah atau sensitif.

Ini link facebook saya~  >at-tarmizi<

Okey contest saya ni mudah sahaja...cuma isikan dialog yang paling kreatif/kelakar dalam kotak dialog.

Lepas itu syarat wajib nak join contest ini.

1) buat satu post pasal contest ini dekat blog anda
2)komen link url blog dekat ruangan komen
3)follow instagram >asif&tar
4)like page asif&tar> asif&tar
5) follow blog saya ini kalau belum follow.
6) dialog yang ditulis tidak melibatkan mana-mana pihak,tidak mengandungi unsur sensitif, lucah dan lain-lain yang saya rasa akan tidak wajar disiarkan.
7) tarikh contest ini berlangsung daripada 14 September sehingga 30 September 2018.
**tambahan: satu entri nak buat banyak set dialog yang berbeza pun boleh =)

Itu sahaja..

Pemenang akan dipilih berdasarkan dialog yang saya rasa paling kreatif atau kelakar.


Harap sudi memeriahkan contest saya ini ya =)




sudi-sudikanlah join dan memeriahkan contest ini ya =)

Thursday, September 13, 2018

Harta

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Harta, seronok rasanya kalau ada banyak harta ni ya?

Sebab tu ramai berebut-rebut nak harta.

Sampai bergaduh adik-beradik,saudara-mara,anak-beranak sebab harta.

Bila kita tidak ada harta maka tak bernilailah kita di mata mereka.

Pasal harta juga ramai yang berpura-pura,berlakon dan "bermain wayang" depan kita.

Harta yang dikumpul tak pernah cukup,maka harta orang lain turut dipandangnya.

Jujurnya,saya pun nak harta banyak.

Sebab jarang tengok orang harta banyak ni hidup tak happy, biasanya orang tak ada harta yang serabut,sebab pening nak cari harta bagi diri dan keluarga supaya hidup senang.

Tapi kenapa harta orang lain yang sedikit itu juga yang dipandang?

Entahlah...

Biar sahajalah mereka itu.

Mereka itu orang ada-ada. Orang berada.

Saya orang ada-tak ada ni tengok sahajalah.Kadang ada masanya lebih kadang tak ada.Tapi selalunya sederhana saja.



Wednesday, September 12, 2018

Asif & Tar


jemput "like" page saya~koleksi asif&tar
jemput "follow" ig asif&tar~ 

Monday, September 10, 2018

Salam Maal Hijrah 1440/2018


Maaf sebab terlambat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Maaf kepada pemenang top-up tajaan saya untuk segment guess my weight oleh Abam Kie sebab saya terlewat nak bagi hadiah tu.

Sebab saya serabut pasal laptop rosak jadi semua kerja terganggu.

Sekali lagi maaf kepada pemenang top-up najahmustapa.com dan reenex89.blogspot.com sebab saya lambat bagi hadiah top-up tu.

Pagi tadi baru saya top up kan hadiah tu, harapnya dah dapatlah ya.

Maaf juga kepada abam kie sebab saya lambat bagi hadiah kepada pemenang.

Maaflah sebab terlambat.

Tahniah sekali lagi kepada najahmustapa.com dan reenex89.blogspot.com.

Sunday, September 9, 2018

Selamat Hari Kepertuan Yang Dipertuan Agong 2018

Image result for hari keputeraan agong 2018

Friday, September 7, 2018

Asif & Tar


follow instagram asif&tar: https://www.instagram.com/koleksiastar/

Thursday, September 6, 2018

Asif & Tar


Wednesday, September 5, 2018

Laptop kembali pulih


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Alhamdulillah...akhirnya laptop kembali pulih,

Lepas ini harapnya saya rajin berblog dan meninggalkan komen di blog sahabat-sahabat lain.

Terima kasih kepada yang sudi membaca blog saya dan meninggalkan komen.

RM 300 kos untuk baiki semula laptop saya ini.

Harapnya ini menjadi pengajaran bagi saya, bukan sedikit duit nak kena bayar untuk betulkan laptop ini.

Harapnya tidaklah meragam lagi laptop saya ini.

Menjadi pengajaran untuk saya menjaga laptop dengan lebih baik selepas ini.

Harap lepas ini semakin rajin saya "update" blog saya ini.

Alhamdulillah...

Laptop dah kembali pulih semula.

Monday, September 3, 2018

Kekesalan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kekesalan.

Izinkan saya berkongsi kekesalan yang masih berkesan dalam hati saya ini.

Kekesalan pertama, semasa sekolah menengah dahulu, saya kena isi borang pulang buku teks, dan saya dengan jujurnya isi...memang banyak buku teks yang saya hilangkan. Saya daripada kecil sampai besar memang selalu hilang barang,buku dan sebagainya. Jadi saya isilah, tak silap lebih kurang 4 buah buku,satu buku didenda 30 ringgit kalau tak salah. Tapi yang buat saya rasa macam kesal sedikit tu sebab ada kawan yang hilang banyak juga buku tetapi dia menipu,dia tulis semua buku ada lagi dekat borang pemulangan buku teks itu, rasa macam saya ni bodoh pula,sebab jujur sangat. Tak pasal mak bapak saya kena keluar duit sampai seratus lebih.

Itu antara kekesalan saya yang sehingga hari ini saya rasa macam tak guna kalau jujur sangat.

Kekesalan kedua saya bila saya terlalu ikut kawan, saya memang daripada dahulu terlalu ikut kawan, atau rasa takut bila tak ada orang yang nak berkawan dengan saya, banyak kisah saya terlalu ikut kawan ni, tapi saya ringkaskan cerita, kawan akhirnya ada hidup masing-masing dan saya pula masih tercari-cari arah dalam hidup.

Kekesalan seterusnya, pernah sekali semasa belajar dahulu, kena buat assignment buat poster untuk kelas Bahasa Inggeris, saya punya beria-ia nak buat,konon macam pandai buat poster pakai Adobe Photoshop, tapi sebenarnya memang saya tak pandai guna, sudahnya kami cuma dapat C+ untuk assignment tu, dan saya rasa macam buang masa sahaja serta dipersalahkan oleh ahli group lain sebab tunjuk pandai. Buang masa dan tenaga saya edit poster itu bila cuma dapat C+ sahaja.

Banyak sebenarnya kekesalan saya, tapi yang lain itu saya simpan dahululah..rasa kalau nak tulis untuk saya meluahkan rasa dan menenangkan kekacauan jiwa, saya akan tulis.

Maaf atas luahan kekesalan ini,moga dapat jadi pengajaran kepada sesiapa yang membaca atau terbaca blog saya ini .

Saturday, September 1, 2018

Seorang Pakcik

Seorang pakcik yang sentiasa nak menang,
Bila bersembang memang pakar segala bidang,
Hebat pakcik bersembang,
Pokok boleh tumbang,
Rumah boleh terbang.

Kau budak apa tahu,
Aku hidup lagi lama daripada kau,
Kau belum pandai pakai baju,
Aku dah boleh elak kena tembak dengan peluru.
Kata pakcik itu.

Seorang pakcik yang sentiasa nak menang,

Saya cuma beri pendapat,
Bukan nak berlawan debat,
Maklumlah pakcik orang hebat,
Saya baru lahir, pakcik dah kerja berat.

Seorang pakcik yang sentiasa nak menang,
Bila bersembang rasa bercakap dengan manusia arif segala bidang,
Politik sampai undang-undang,
Pakcik sentiasa menang.

Seorang pakcik yang sentiasa nak menang,
Hebat pakcik ini bersembang,
Sembanglah pakcik seorang,
Saya nak balik,
Hari dah petang,

Jangan lupa bayar duit minum tu,
Dah banyak dah hutang.
Takut nanti tak sempat bayar,
Dah disembahyangkan orang.

Seorang pakcik yang sentiasa nak menang.