Pagis

Monday, January 2, 2017

Ubi Pulut



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


pucuk ubi,khasiat pucuk ubi,ubi pulut
sumber gambar warisan petani.blogspot.com


Sekadar ingin berkongsi mengenai satu jenis sayuran kampung yang agak popular. Ubi pulut, kebiasaannya ubi pulut ditanam bagi mendapatkan pucuknya, pucuk daun Ubi Pulut memang sedap dan seringkali digunakan dalam masakan. Contoh resipi masakan yang selalu digunakan ialah masak lemak pucuk Ubi.


Ciri-ciri pucuk Ubi Pulut:
  1. berbentuk agak tirus dan memanjang
  2. daun mudanya lebih lembut.
sumber: http://warisanpetani.blogspot.my/2016/06/ubi-kayu-2-ubi-pulut.html


Resipi masakan Masak Lemak Pucuk Ubi Pulut

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi pulut yang muda (atau pucuk ubi biasa)
2 batang serai
1 genggam udang kering, rendam 10 minit
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
1000 ml santan cair
400 ml pati santan
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, cuci dan rebus hingga empuk. Toskdan, tekan2 dengan belakang senduk untuk keringkan air rebusan. Kemudian kerat2 pucuk ubi rebus tadi pada beberapa bahagian. Serai diketuk. Udang kering ditoskan dan tumbuk hancur.
  2. Dalam periuk, masukkan pucuk ubi, serai, udang kering tumbuk, hirisan bawang besar dan bawang putih Gaul rata dan tuang santan cair. Kacau dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan kiub ikan bilis (jika guna) dan cili merah, masak sekejap. Tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak hingga mendidih dengan api kecil dan kacau sentiasa. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan, ikan goreng atau ikan masin.
Sumber: dapur tanpa sempadan( www.tiffinbiru.com)


Khasiat daun pucuk ubi

  1. Sumber protein
  2. Sumber energi
  3. Mencerdaskan otak
sumber: https://www.tren.co.id/1612/9-khasiat-daun-singkong-yang-tidak-anda-ketahui.html


Oh ya, sedikit tambahan informasi, singkong itu bermaksud ubi, jadi lirik lagu aku suka singkong kau suka keju bermaksud aku suka ubi dan kau suka keju, lagu mengenai seorang yang sederhana yang berasakan tidak mampu atau sesuai untuk bercinta dengan seseorang yang lebih tinggi taraf hidupnya.

p:s- saya juga ada menjual pucuk ubi, seikat rm 1.00, doakan supaya perniagaan saya dimurahkan rezeki. 


semoga ada manfaatnya "post" kali ini,

insya-Allah...

amin.

6 comments:

PeRdU cINta said...

Lama tak makan sayur lemak pucuk ubi,susah juga nak dapatkan pucuk ubi pulut ni..

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta oh...saya ada jual..tapi dekat tempat sayalah, pasar borong Batu Berendam Melaka =)

Warisan Petani said...

Pucuk ubi pulut paling sesuai dan enak dijadikan masakan.

At-Tarmizi said...

Warisan Petani terima kasih atas perkongsian, saya ada jual pucuk ubi ni :)

Putera Dunia said...

Sampai sekarang saya perlukan ayah untuk cabut mana satu pokok ubi yang betul.... :-)

At-Tarmizi said...

Putera Dunia untung masih ada ayah :')

Post a Comment