Tuesday, July 31, 2018

Seperti tikus membaiki labu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti tikus membaiki labu..

Maksudnya acah-acah pandai sedangkan memang tak reti.

Itulah yang jadi dekat saya...

Kisahnya periuk nasi/rice cooker rumah rosak...bila tekan-tekan tak boleh..tekan yang untuk masak tu. Tekan naik atas balik. Jadi saya tak boleh nak masak nasi.

Maka saya dengan yakinnya pergi ke YouTube dan tengok kalau ada cara nak baiki rice cooker ni.

Memang ada banyak video.

Video yang tunjuk hanya dua minit sahaja cara nak betul rice cooker ni pun ada.

Maka dengan yakinnya saya cuba nak betulkan rice cooker saya yang rosak tu.

Malangnya,selepas dah buka rice cooker saya tak tahu langkah seterusnya..

Maka jadilah saya seperti tikus yang membaiki labu.

Saya kongsikan gambar rice cooker yang saya dah buka ini.

Jika ada pembaca atau yang terbaca blog saya ini tahu masalah rice cooker saya ini harapnya sudilah beri tunjuk ajar.

Monday, July 30, 2018

Bagai anjing menyalak

Bagai anjing menyalak,
Akhirnya hanya memenatkan tekak,
Menyalak bagai nak rak,
Sedikit kesan pun tak nampak.

Bagai anjing yang menyalak,
Sudah penat jadi anjing yang menyalak,
Biar senyap tak banyak borak,
Tak rasa penat,hati pun tak bengkak.

Bagai anjing yang menyalak,
Menyalak-menyalak,
Dari sekecil anak hingga dah boleh jadi bapa budak,
Penat jadi anjing yang menyalak,

Sudahlah,
Hidup sahaja dalam dunia sendiri,
Kalau dah sampai masa nanti,
Mati.

Saturday, July 28, 2018

Asif & Tar


Thursday, July 26, 2018

Mak...


Monday, July 23, 2018

Nasi goreng campak-campak

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Malam-malam rasa lapar pula,pergi dapur tengok ada nasi.

Lauk dah habis,tinggal nasi putih.

Tengok peti sejuk ada ikan bilis dengan planta.

Maka buatlah nasi goreng campak-campak.

Campak-campak sebab saya main campak sahaja bawang, cili,garam...

Maklumlah lapar, yang penting cepat siap,cepat makan.

Saya kongsikan cara saya masak nasi goreng ni.

Bahan-bahannya:

1 atau 2 pinggan nasi putih sejuk
1 ulas bawang besar.
3 ulas bawang putih.
Sedikit halia.
Sedikit ikan bilis.
Sedikit cili kering.
1 atau 2 sudu planta.

Okey, cara masaknya:

1)kisar bawang besar,putih,halia,ikan bilis,cili,halia,ikan kering ..cara kisar masukkan air suam/paip dalam mesin pengisar lepas tu kisar.

2) panaskan kuali

3) masukkan minyak dan panaskan minyak lebih kurang 3 ke 5 minit.

4)masukkan bahan kisar tadi dalam kuali,tumiskan agak-agak jangan sampai hangit.

5) nasi putih tadi gaul dengan planta.

6) masuk nasi yang digaul dengan planta tadi ke dalam kuali yang sekali dengan bahan tumis tadi.

7)kacau/goreng nasi.

8) masuk satu sudu kecil garam,sedikit pak aji/ajinamoto...

9) masuk ikan bilis.

10) kacau atau goreng nasi sampai agak-agak dah boleh makan,garam dengan ajinamoto dah sebati dengan nasi.

11) masuk cili padi sedikit kalau ada...

12 ) agak-agak nasi goreng dah masak...tutup api.

Dah siap, nasi goreng campak-campak saya... Maaflah ya sebab nasi goreng saya ni memang saya masak campak-campak saja..dah lapar,jadi masak agak-agak sahaja...

Nasi goreng saya buat ni minyaknya agak terlebih sedikit...dah lapar makan sahajalah... Kena banyak berlatih lagi saya ini.

Saja saya kongsikan dekat blog saya ini..tak ada ilham atau idea nak tulis apa...

Nasi goreng campak-campak.

Sunday, July 22, 2018

Sunyi

Sunyi.
Senyap.
Sepi.

Dunia aku adalah dunia ini.
Aku suka begini.
Hanyut dalam dunia sendiri.
Khayal dalam imaginasi.
Sejak kecil lagi.

Khayalanku yang pertama.
Tentang sebatang pokok,hijau warna.
Pokok itu tumbuh dewasa.
Aku bertumpang teduh dibawahnya.

Sunyi.
Senyap.
Sepi.

Dalam aku ralit  berimaginasi.
Umur ku semakin hampir dengan mati.
Aku sedar hakikat ini.
Tapi aku masih menolak realiti.

Aku masih mahu kekal begini.
Aku sudah berabad dalam dunia ini.

Dunia sunyi,senyap dan sepi.

Sakitkah aku ini?

Mungkin aku mati dalam khayal.
Fungsi kognitif aku seperti gagal.

Hanyut dalam fantasi sampai mati.

Sampai mati....

Saturday, July 21, 2018

Terpilih sebagai pemenang giveaway souvenirs Siti yang menaip


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang giveaway souvenir Siti yang menaip...

ini link keputusan giveaway tu~ http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2018/07/pemenang-pemenang-giveaway-souvenirs-by.html

Mulanya berharap juga dapat menang baju t-shirt Melbourne tu, tapi terpilih sebagai salah seorang pemenang pun sudah cukup bersyukur bagi saya.

Terima kasih kepada siti yang menaip kerana sudi buat giveaway ini, bertambah lagi kenangan manis saya dalam berblogging ni...


                         terima kasih kerana sudi pilih saya sebagai salah seorang pemenang =)


Sejujurnya, saya ingin berkongsi kisah yang saya harap tidak disalah ertikan sebagai ingin menunjuk-nunjuk atau riak, saya cuma ingin berkongsi sebuah kisah yang benar-benar terjadi bagi saya...

Semalam, saya telah membeli dua bungkus nasi goreng ayam dan sebungkus teh tarik sebagai hidangan makan malam, dan jumlah yang perlu dibayar ialah RM 14.50, jadi saya telah membayar sebanyak RM 15, maka baki yang dipulangkan kepada saya ialah 50 sen.

Maka saya ambil duit lima puluh sen dan masukkan ke dalam tabung derma yang diletakkan di hadapan kaunter bayaran, saya masukkan ke dalam tabung derma tersebut dan dalam hati saya berkata-kata

"ini sahaja yang saya mampu bagi ya Allah, harapnya diterima lah nilai lima puluh sen ini di sisimu ya Allah..harapnya saya benar-benar ikhlas memberi"

Tiba-tiba hari ini semasa melayari blog, saya terperasan yang siti yang menaip telah memberi komen di blog saya bahawa saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang bagi giveaway yang dianjurkannya...

ini linknya~https://at-tarmizi.blogspot.com/2018/07/asif-tar_20.html#comment-form

Mungkin bagi pandangan orang lain, tiada kaitannya derma 50 sen saya dengan terpilihnya saya sebagai salah seorang pemenang giveaway, tetapi bagi saya besar maknanya kerana Allah s.w.t telah membalas derma saya dengan berlipat kali ganda....terpilih sebagai salah seorang pemenang dalam kalangan ramai peserta memang bagi saya satu rezeki yang diberi oleh Allah s.w.t...


Harapnya tulisan saya ini tidak disalah anggap sebagai hendak menunjuk-nunjuk, saya hanya ingin berkongsi kisah...

Terima kasih kepada siti yang menaip kerana sudi pilih saya..

Terima kasih sekali lagi...harapnya sudi terus menganjurkan giveaway lagi...

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini...

insya-Allah...

amin.




Friday, July 20, 2018

Asif & Tar


Thursday, July 19, 2018

#SyawalGiveaway - My First Giveaway



klik banner untuk join =)

GIVEAWAY SAMPUL RAYA FASHION VALET 2018 BY SIQAHIQA.COM


klik banner untuk join =)





Tuesday, July 17, 2018

Tabung

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tabung.

Semenjak kecil lagi sudah banyak tabung yang saya ada.

Sama ada yang dibeli atau dihadiahkan.

Tabung yang saya guna sekarang ni tabung yang dapat masa buat akaun ASB dahulu.

Memang banyak dah kali korek duit dalam tabung ni.

Banyak duit syiling sahajalah.

Banyak juga kenangan dalam aktiviti menabung ni.

Masa belajar dahulu banyak kali juga korek duit syiling semata-mata nak main futsal, badminton ataupun pergi jalan-jalan nak tengok wayang.

Masa kecil dahulu masa dapat duit raya akan simpan dalam tabung.

Lepas tu Emak akan pergi simpankan di bank.

Zaman kecil dahulu jarang  duit raya saya dapat duit banyak...

Biasanya puluh-puluh ringgit sahaja...

Pernah juga dahulu saya tampal poster rajin menabung,tapi kena gelak dengan abang-abang saya..

Mana taknya,poster saya buruk...lukis gambar tabung manggis lepas tu tulis rajin menabung...simple sangat...

Tabung saya sekarang ni biasanya saya simpan duit syiling sahaja...

Nak simpan duit kertas,tak ada lebih..cukup-cukup untuk belanja saya sahaja...

Nak penuh tabung ni pun payah,sebab selalunya kena korek.

Saja saya tulis pasal tabung ni.

Saja nak mengimbas kembali memori.

Saja nak berkongsi cerita.

Monday, July 16, 2018

Asif & Tar


Saturday, July 14, 2018

Cakap memang mudah

Cakap memang mudah,
Nak buat tu yang payah.

Suruh bersabar bila dilanda musibah,
Memang mudah,
Bila kena diri sendiri,
Baru terasa beratnya hidup ini.

Cakap memang mudah,
Nak buat yang payah.

Suruh jangan cepat buruk sangka,
Memang mudah,
Bila jadi satu benda depan mata,
Mulut dia dah tak ada tapis dah...

Cakap memang mudah,
Nak buat yang payah.

Suruh bersabar bila barang kita dicuri,
Katanya dah bukan rezeki,
Memang mudah,
Bila barang sendiri jadi mangsa,
Hilang semua sopan,lebih banyak menyumpah...

Cakap memang mudah,
Nak buat yang payah.

Entahlah...

Final World Cup 2018

Image result for fifa world cup final

Saya pilih Crotia menang World Cup 2018 =)

Friday, July 13, 2018

Belanja dapur

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sekadar ingin berkongsi belanja dapur kami sekeluarga...

Harga barang sekarang boleh tahan ya..

Ada barang murah,ada yang naik harga dan ada yang masih sama...

Golongan bujang seperti saya juga agak terasa dengan keadaan ekonomi sekarang.

Perkara ini buat saya terfikir....

Bagaimana agaknya mereka yang sudah berkeluarga?

Sudah berkahwin, ada anak,isteri.

Pasti memerlukan kewangan yang stabil.

Betapa kagumnya saya terhadap mereka yang bersusah payah membanting tulang mencari rezeki halal dan berkat untuk mereka.

Tidak kira suami,isteri,ibu, ayah,belum berkahwin atau sudah berkahwin,moga kita semua dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t dalam hidup kita ini.

insya-Allah...

Amin.

Thursday, July 12, 2018

Jamuan Hari Raya

Alhamdulillah hari Ahad haritu sempatlah menghadiri jamuan hari Raya di Stadium Hang Jebat,Melaka.

Tak harapkan sangat dapat makan pun sebab memang kalau jamuan macam ni selalunya makanan cepat habis.

Mujur sebelum pergi jamuan ni dah pergi satu lagi jamuan yang diadakan di sebuah surau.

Jadi memang dah kenyang bila sampai stadium.

Pergi stadium ni pun sekadar nak lihat suasana sahaja.

Sampai dekat stadium dalam pukul 9 lebih memang dah ramai orang.

Makanan pun banyak dah habis.

Dapatlah makan seketul ayam dengan sekeping roti canai.

Sekadar nak melihat suasana sahaja sambil jalan perlahan-perlahan sebab badan belum berapa sihat sangat.

Ini jamuan hari raya secara besar-besaran yang pertama saya pergi.

Seronok jugalah,cuma yang tak seronoknya bila orang potong barisan semasa nak ambil makanan.

Sabar sahajalah...

p.s-nanti saya upload gambar.

Wednesday, July 11, 2018

Sekejapnya Tuhan balas


Tuesday, July 10, 2018

Jangan salahkan

Nafsu,Akal Hati

Monday, July 9, 2018

Good night little fella

Good night little fella.

Close your eyes,
Hold your hand,
Forget everything today,
Because tomorrow is the new day.

Good night little fella.

Hopefully your will have sweet dreams,
Forget sadness in your life,
It will pass eventually,
Tomorrow is the new story,
In your life.

Good night little fella.

Thanks for everything,
Your always been there for me,
Now it times for me,
To be side by side with you.

Close your eyes.
Sweet dreams little fella.

Sunday, July 8, 2018

Kesakitan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Betul kata orang,masa sihat kita jarang menghargai kesihatan.

Bila dah sakit,baru terasa besarnya nikmat sihat.

Sudah banyak juga saya post tentang kesakitan belakang badan dan perut yang saya alami.

Tetapi kali ini agak berlainan sedikit sakitnya.

Perut terasa sangat sakit.

Sudah dua hari hanya berbaring sahaja.

Barangkali ada urat yang bengkak.

Setiap kali bangun atau berjalan akan terasa sakit di bahagian perut.

Sebelum ini sudah pergi klinik untuk pemeriksaan,nampaknya kena pergi lagi untuk pemeriksaan lanjut.

Mohon doa kalian supaya saya segera sembuh.

Amin.

Saturday, July 7, 2018

Lawak Bola Piala Dunia

Ronaldmohoni.com Hari Raya Aidilfitri 2018 Giveaway


klik banner untuk join =)

'GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP'



                                               nak join klik banner =)



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Follow blog SITIYANGMENAIP - tak disemak jujur pada diri sendiri
  3. Buat satu entry bertajuk 'GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP' - tag seorang saja rakan blogger dan link kembali pada entry INI sahaja
  4. Tinggalkan komen link entry penyertaan pada ruangan komen entry INI sahaja dan nyatakan 'team' pilihan korang (pilih satu sahaja) : #TeamMelbourne atau #TeamSydney
  5. Pemenang bertuah akan dipilih secara cabutan nombor penyertaan (draw lots)
  6. Cabutan penyertaan akan dilakukan mengikut kelompok 'team' yang dipilih

saya pilih  #TeamMelbourne 

saya tag fitrigiveaway


Friday, July 6, 2018

Betapa beruntungnya aku

Image result for sesuap nasi
sumber gambar:google images

Bila melihat mereka yang tiada tempat berteduh,
Rasa sayu dan syahdu,
Betapa beruntungnya aku,
Masih ada rumah emak untuk aku berlindung,
Daripada hujan dan panas.

Bila melihat mereka yang berjalan kaki,
Rasa sayu dan syahdu,
Betapa beruntungnya aku,
Motorsikal Honda Wave 100 aku masih berfungsi,
Memudahkan aku sampai ke destinasi.

Bila melihat mereka yang mengikat perut,
Rasa sayu dan syahdu,
Betapa beruntungnya aku,
Masih ada beras di rumah emak untuk dimasak,
Lauk ikan bersama kicap,
Insya-Allah, kenyang juga..

Bila melihat mereka yang tinggal seorang diri,
Rasa sayu dan syahdu,
Betapa beruntungnya aku,
Masih ada emak,abang,Pak Ngah sekeluarga dan Pak Busu,
Walaupun ada masanya bermasam muka dan bertengkar,
Tetapi moga hubungan keluarga tetap kekal.

Aku menulis coretan rasa ini bukan kerana mahu menjadi mulia,cuma untuk mengingat diri supaya berasa cukup dengan yang dimiliki sambil berusaha untuk mempertingkatkannya lagi.

Syukur ini bukan mudah,bukan sekadar menulis di mana-mana helaian kertas atau di mana sahaja..bukan sekadar diucap lidah...

Sudah pasti ada masanya cemburu dalam diri menguasai melihat mereka yang lebih berjaya dan mewah dalam hidup.

Tetapi moga dengan menulis ini boleh memberi peringatan kepada diri dan perkongsian kepada pembaca atau sesiapa sahaja yang membaca blog saya ini supaya bersyukur dengan yang dimiliki buat ketika ini.

Cakap memang mudah,nak buat payah...doakan supaya saya bersyukur dan saya juga mendoakan kita semua yang membaca post ini supaya rasa cukup dan berbahagia dengan hidup ini.

insya-Allah...

amin.

Thursday, July 5, 2018

Asif & Tar


Wednesday, July 4, 2018

70 % atau 30 %?


DrRizal Abu Bakar
 kereta mahal, laju dan high end hanya 30% kapasiti kereta diguna. 70% lain termasuk top speed dan kapasiti lain tidak diguna. Hanya cantik di atas kertas.
.
Lebih malang lagi kurang dari 30% masa kita diguna untuk memandu kereta.
.
3. Apabila kita memiliki rumah besar, hanya 30% dari ruang rumah kita lazimi. 70% lagi tidak dikunjungi.
.
4. Apabila pakaian kita penuh almari, hanya 30% yang selalu diguna. 70% hanya memenuhi ruang, sendatkan almari.
.
5. Kita bekerja dan bergaji, kurang dari 30% guna untuk diri sendiri. Lebih dari 70% untuk orang lain.
.
6. Apabila kita cari pahala 100% milik kita. Kecuali apabila kita mula mengumpat dan mengacum, membawang dan mengeji.
.
Pada hal dunia berdikit mencukupi. Pada hal akhirat berdikit harus dihindari.
.
#DrOtak
#Neuroversiti
#cocoOCOC

Tuesday, July 3, 2018

“SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ”

klik banner untuk join =)

Nyatakan kerja partime yang korang sedang buat / suka buat / dalam perancangan nak buat / sekiranya korang memerlukan pekerja partime dari kalangan blogger (Nyatakan sekiranya ada. Kalau tak ada abaikan ^_^)

1. bisnes makanan.
2. jual barang runcit
3. top up
4. jual barang basah-yang ini memang tengah buat
5. iklan/pengiklanan/review produk
6.yang berkaitan kemahiran..tapi malangnya saya tak jumpa lagi kemahiran saya
7. dropship.

dan macam-macam lagi..tapi sampai sekarang ini semua hanya angan-angan...hahaha =)

Sunday, July 1, 2018

Asif & Tar




terima kasih kepada farhanna jafri kerana memberi komen yang menjadi idea kepada kesinambungan lukisan asif&tar ini.




link komen farhanna jafri, terima kasih ya =)