Pagis

Sunday, April 29, 2018

Akhirnya

Malam ini terdengar suara
Gegak gempita bergema
Agar dirinya selamat selesa
Demi rumah yang besar itu tidak binasa

Tetapi Puan,
Akhirnya semua ini akan kita tinggalkan,
Kita tetap akan berjumpa Tuhan,
Tiada ketua yang dulunya kita agung-agungkan.

Tanah yang luas di halaman,
Ditinggalkan jadi warisan,
Akhirnya semua ini kita tinggalkan,
Tanah untuk kita hanya untuk dikebumikan.

Malam ini lantang sekali suaranya,
Segala modal digunanya,
Daripada perbelanjaan hingga keagamaan,
Akhirnya semua ini akan kita tinggalkan,
Tiada lagi kelantangan,
Hanya doa dan amal jadi bekalan.

Maaf Puan.
Saya sedar diri ini jahil dan kemunduran,
Ilmu Puan usah dipertikaikan,
Segala ayat sudah jadi hafalan,
Hebat dan mulianya Puan.

Saya akui jika saya berada di tempat Puan,
Saya juga akan melepaskan tengkuk sendiri,
Bahkan mungkin lebih teruk lagi,
Menikam darah daging sendiri,
Agar saya boleh hidup megah dan mewah,
Biar pun terpaksa menjual maruah.

Tetapi Puan,

Saya akan mati,Puan juga akan mati,
Akhirnya semua ini akan kita tinggalkan,

Saya harap,doa dan berimpian.
Moga di tanah perkuburan kita,
Tiada anak cucu datang mencela,
Kerana dosanya kita berpura-pura menjadi buta,
Agar hidup kita terus selesa,
Anak cucu menjadi korban.

Akhirnya semua ini akan kita tinggalkan.

Saturday, April 28, 2018

17 Days before Ramadhan 2018


Wednesday, April 25, 2018

Little boy

Little boy,
Holding hand with his mama,
Never knew that someday,
He had to walk alone...

Little boy,
Holding uptight to your mama,
Because one day,
You have to grew up,
Eventually...

Little boy,
Cry for help if you have to,
Because sooner or later,
No one really cares about you,
Feeling anymore...

Little boy,
Let me be honest with you,
The real love you get,
Comes from your parents,
That always thinks the best,
For you...

Little boy,
Real life,real world,
Is not easy,
For little boy that keep running,
Away from hard situation,

Little boy,
Thanks for all the memories,
We have together,
Sadly,
We must take our own paths now,

Hopefully we will meet again someday...

Little boy, thanks once again for all the memories.

Live, love,lost.

The end.

Tuesday, April 24, 2018

ITS TIME FOR A GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI





 bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 24 April 2018 sehingga 11.59 malam 8 May 2018. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain (will upload soon).

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Ombak BergigiAdd To Circle Google+ Ombak Bergigi, dan Follow Instagram @ (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk 
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen 
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 8 May 2018.

Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 8 May 2018.

** support I ya.....




Monday, April 23, 2018

Asif & Tar


Sunday, April 22, 2018

Sakit

Sakit,
Dua tiga hari ini badan sakit sangat,
Selama ini urat badan saya sudah bengkak,
Sudah lama juga saya menahan,
Daripada zaman sekolah menengah hingga sekarang,

Urat badan sudah bengkak akibat angin yang berkumpul...

Memang rasa sakit sangat...

Sudah pergi berurut, terasa lega sedikit cuma badan memang terasa sengal.

Bahagian urat badan yang bengkak itu berdekatan pinggang...

Susah untuk saya tidur..

Terpaksa menahan sakit.

Saya mohon doakan supaya saya cepat sembuh 😃 ya...

Tidak larat lagi menahan sakit yang bertahun lamanya ini.

Thursday, April 19, 2018

Sudah penat

Sudah penat,
Sudah tidak larat lagi,
Kesakitan yang dihidap bertahun lamanya...

Sudah penat,
Sudah tidak larat lagi,
Kepahitan yang dialami daripada
zaman kanak-kanak lagi...

Sudah penat,
Sudah tidak larat lagi,
Persekitaran yang merbahaya
daripada lahir lagi...

Sudah penat,
Sudah tidak larat lagi,
Mencari arah hingga ke harini
tidak berjumpa juga...

Hingga rasanya minta supaya biar pejam mata untuk selamanya...

Penat dan tak larat lagi.

Tuesday, April 17, 2018

Asif & Tar


Monday, April 16, 2018

SEGMEN BLOGLIST 2018 BY THISNI3ZA

klik banner untuk join =)

Sunday, April 15, 2018

Asif & Tar


Thursday, April 12, 2018

Happy Holiday Sis Hawa

                                      

                                                          klik banner untuk join =)


Hadiah untuk pemenang~


3 X Fridge Magnet dari Dubai untuk 3 pemenang



1 X BAG MAKEUP design Korea untuk seorang pemenang


1 X Pack Sampul $$ Raya - design boleh pilih - untuk seorang pemenang

Wednesday, April 11, 2018

Jadual Sukan Komanwel 2018

Image result for sukan komanwel 2018
Sukan Komanwel 2018, Australia



ACARA SUKAN
TARIKH
GIMNASTIK ARTISTIK
5-9 April
OLAHRAGA
8-15 April
BADMINTON
5-15 April
BOLA KERANJANG
5-15 April
BOLA PANTAI
6-12 April
TINJU
5-14 April
BERBASIKAL BUKIT (MTB)
12 April
BERBASIKAL LEBUH RAYA
10 & 14 April
BERBASIKAL TREK
5-8 April
TERJUN
11-14 April
HOKI
5-14 April
BOLING PADANG
5-13 April
BOLA JARING
5-15 April
ANGKAT BERAT PARA
10 April
GIMNASTIK BERIRAMA
11-13 April
RAGBI 7 SEBELAH
13-15 April
MENEMBAK
8-14 April
SKUASY
5-15 April
RENANG
5-10 April
PING PONG
5-15 April
TRIATHLON
5-7 April
ANGKAT BERAT
5-9 April
GUSTI
12-14 April


Untuk jadual lebih lengkap layari~



selamat berjuang kepada pasukan Malaysia  =)

Monday, April 9, 2018

Asif & Tar


Sunday, April 8, 2018

Demam

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Image result for demam

Sudah 2,3 hari badan rasa tak selesa...

Kepala rasa pening, dan badan juga terasa seram sejuk.

Tapak kaki rasa sangat sejuk.

Barangkali diserang demam, hanya mampu berbaring sahaja, tidak larat hendak melakukan aktiviti lain.

Selepas pulang berniaga,memang saya akan berbaring sahaja...pening, badan pula rasa sekejap panas dan sekejap sejuk...

Syukur kepada-Nya...baru hari ini terasa segar sedikit, boleh lah saya update blog ini..

Mohon supaya doakan saya cepat sembuh ya.....

Moga kalian semua diberi kesihatan yang baik....

Moga ada manfaatnya "post" kali ini.

insya-Allah...

amin.

Tuesday, April 3, 2018

Asif & Tar


Monday, April 2, 2018

Dah masuk bulan April

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Dah masuk bulan April rupanya.

Pantas masa berlalu.

Kecewa juga kerana tidak banyak perubahan yang berlaku.

Terasa seolah-olah mensia-siakan masa muda sahaja.

Sedih,hampa...



Tetapi,selagi belum mati, kena jalan sahaja hidup ini.

Sekarang ini sedang berikhtiar menyembuhkan sakit belakang yang dihidap bertahun lamanya.

Moga kesihatan saya makin bertambah baik.

Jika ada yang membaca atau terbaca, saya mohon maaf andai "post" saya di blog ini banyak rasa kecewa dan putus asa, menulis di blog ini sekurang-kurangnya dapat melegakan sedikit perasaan kecewa saya ini.

Mohon doa kalian semoga hidup saya baik-baik sahaja.

Saya juga mendoakan kepada semua yang membaca atau terbaca blog saya ini baik-baik sahaja dunia dan akhirat.


moga ada manfaatnya "post"kali ini.

Insya-Allah...

amin.

SPM Result Giveaway



klik banner untuk join =)


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Buat julung kalinya, saya menjadi salah seorang penaja untuk segmen Giveaway..

Boleh join giveaway ini dan meriahkan sambutan untuk giveaway ini.

Klik ja banner dekat atas tu untuk join,atau boleh klik link ini~

SPM Result Giveaway


Selamat bersegmen dan semoga berjaya =)





Sunday, April 1, 2018

Segmen Bloglist by Zati

klik banner untuk join =)