Sunday, August 25, 2019

Insurans

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selepas kejadian kemalangan yang menimpa abang saya, saya mula terfikir pentingnya mempunyai insurans ni.

Sebab masa abang saya dirawat, masa tu doktor ada beri anggaran kos jika abang saya perlu menjalani pembedahan.Mahal juga,tak ingat berapa tapi dalam ribuan ringgit juga.

Termenung kami sekeluarga dibuatnya,mana nak cari duit.Mujur alhamdulillah angah saya sembuh selepas diberi ubat bunuh kuman,tak perlu menjalani pembedahan.Cumanya kena selalu datang untuk check up lah.

Berbalik kepada insurans,selepas kejadian ini saya mula terfikir nak langgan insurans.

Saya seorang penjaja kecil-kecilan,mana ada perkeso kalau jadi apa-apa kepada saya.

Mohon beri info jika ada insurans yang sesuai dengan saya.

Insurans tu cover kalau saya kemalangan jalan raya ke,atau saya jadi hilang upaya untuk bekerja ke..tak kisah kalau saya mati tak ada pampasan ke apa,sebab bagi saya lagi senang kalau accident terus mati sahaja..susah kalau saya accident dan hilang upaya, siapa nak jaga saya?emak saya dah tua, saya pun bujang,tak ada anak isteri lagi.

Sekarang ni saya buat carian dekat Google,jumpa pasal insurans Pos Malaysia tapi tak pasti sangat tentang hal ni.

Mohon jika ada yang membaca atau terbaca post saya ini supaya memberi pendapat, pandangan atau pengalaman mengenai insurans ini.

Bajet saya kalau dapat bawah seratus sebulan, dan haraplah dapat jumpa insurans yang betul jujur.

Bukannya semasa nak suruh langgan janji manis tapi bila dah jadi sesuatu bencana mulalah cakap itu tak cover,ini tak cover..

Harapnya ada yang sudi membantu saya ini.Mana tahu dapat juga membantu kepada sesiapa yang lain.

insya-Allah...

Amin.

Friday, August 23, 2019

Asif & Tar


Wednesday, August 21, 2019

Mohon pandangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mohon pandangan tuan,puan, cik atau sesiapa sahaja yang terbaca blog saya ini agar dapat berkongsi langkah atau panduan yang perlu dilakukan sekiranya kita terlibat dalam kemalangan.

Sebab lepas abang saya kemalangan jalan raya, banyak perkara yang buat saya sedar banyak perkara yang melibatkan kemalangan yang saya tak tahu.

Contohnya, jika kita dilanggar lari, dan kita memang tak ada sebarang maklumat mengenai kenderaan yang langgar kita tu,jadi macam mana kita nak buat laporan polis?

Selain itu, jika kita dilanggar, apakah langkah terbaik yang boleh dilakukan?

Report polis,ambil gambar kejadian,bagaimana pula jika kita koma selepas dilanggar?siapa nak tangkap gambar untuk dijadikan bukti?

Jika kita terlibat kemalangan,bagaimana pula prosedur untuk urusan insuran kemalangan, bagaimana nak mengelakkan kita ditipu oleh pihak tertentu dalam urusan tuntutan insurans kemalangan, kenderaan dan sebagainya?

Mohon pandangan tuan puan cik atau sesiapa sahaja yang terbaca blog saya ini berkongsi info tentang langkah yang perlu diambil sekiranya kita terlibat dalam kemalangan jalan raya. Lebih-lebih lagi jika diri sendiri pernah terlibat,mohon kongsikan pengalaman.

Mudah-mudahan boleh dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja yang terbaca blog saya ini.

insya-Allah...

Amin.

Monday, August 19, 2019

Doakan kawan saya sembuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Melawat kenalan tadi di hospital.

Dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman.

Peluangnya doktor cakap 50-50.

Sekarang ini tidak sedarkan diri,koma.

Sedih melihat keadaan kawan seperti itu.

Lebih sedih lagi kerana kawan itu masih muda,umurnya baru 30-an.

Tambah pilu bila lihat anak-anaknya,baru 2 orang, masih kecil,yang paling bongsu baru umur 8 bulan.Masih tak mengerti tentang kesakitan ayahnya yang berada di hospital.

Tak sangup nak tengok keadaan kawan di hospital seperti itu.

Rasa macam nak menangis tengok kawan koma,dengan wayar dicucuk ke badan.

Moga sembuhlah kawan.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

Amin.

Sunday, August 18, 2019

SEGMEN : REFRESH MY BLOGLIST

Friday, August 16, 2019

Bila dah obes

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tak pernah terfikir pun dalam hidup yang saya akan menjadi gemuk.

Mana taknya,semenjak daripada zaman sekolah sampai zaman ipta berat badan saya 60-70 kg sahaja.

Tetapi,sebaik sahaja saya habis belajar,berat badan saya terus naik mendadak.

Sekarang ni dah 100 kilo lebih.

Terus jadi obes dibuatnya.

Susah betul bila dah obes ni.

Rasa cepat penat, jalan sedikit dah mengah, mudah mengantuk.

Rasa nak baring sahaja.

Susah betul...

Ingat nak berpuasa tapi tak sampai petang perut dah rasa lapar,tak tahan.

Nak tambah berat badan senang,nak kurangkan punyalah susah.

Doakanlah supaya saya dapat kurangkan berat badan ya.

insya-Allah...

Amin.

Wednesday, August 14, 2019

Sebelum tidur

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam hidup ini saya pasti saya ada banyak dosa.

Selagi saya masih bernafas selagi itulah saya tidak akan terlepas daripada membuat dosa.

Saya harap setiap malam sebelum saya tidur saya akan dapat minta maaf kepada sesiapa yang mungkin akan terasa.

Moga sebelum tidur saya akan memaafkan dan dimaafkan.

Saya ingin tidur dengan hati dan fikiran yang lapang.

Secara jujur, saya bersyukur sebab ada blog ini.Jika dah tertulis ajal saya sampai moga ada yang membaca atau terbaca post di blog saya ini boleh kongsi post saya ini kepada seramai yang boleh.Mungkin nanti blog ini menjadi saluran permohonan maaf saya kepada sesiapa sahaja yang saya pernah berbuat salah.

insya-Allah...

Amin.

SEGMEN | GIVEAWAY UP TRAFFIC BY MADAM CARAMEL

Tuesday, August 13, 2019

Mek Zumbie 2K19 August Giveaway

Tuesday, August 6, 2019

Tanah untuk berkebun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seronok tengok mereka yang ada kebun ya. Mereka yang ada tanah sendiri untuk diusahakan.

Rumah saya atau lebih tepat lagi rumah emak saya pun ada sedikit tanah. Cuma itulah tak banyak yang boleh ditanam.

Bolehlah tanam sikit-sikit buat makan.

Tapi setiap kali lalu kebun orang lain rasa cemburu juga sebab luas tanamannya..banyak hasil yang boleh diperolehi.

Saya setakat ini pernah tanam bendi,kacang panjang,kacang botor,serai,pokok limau purut,nenas,ubi,dan daun kesum.

Tapi tulah semua tu kebanyakkanya tak tahan lama..dapat makan sendiri sikit-sikit lepas tu pokok tu mati.

Bila tengok group berkebun dekat Facebook rasa cemburu sahaja.

Tapi yang paling saya tak boleh tahan bila baca blog Warisan Petani...fuh kagum tengok kebun,dusun buah dia.

Subur,menjadi dan banyak hasil.

Pandai Warisan Petani jaga kebun dia.

Selalu baca dan tengok blog Warisan Petani...bila baca ada terdetik kalaulah aku ada kebun macam Warisan Petani kan seronok.

Harapnya satu hari nanti ada rezeki saya dan adik beradik lain ada tanah untuk bercucuk tanam. Boleh dijadikan sumber pendapatan utama.

insya-Allah...

Amin.

Monday, August 5, 2019

Dah tukar pelan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selepas lama berfikir dan membuat carian, akhirnya dua hari lepas saya dah menukar pelan daripada M*xis kepada Umobile.

Setakat ni liputan semua ok.

Lama juga saya pakai m*xis, semenjak saya ada handset, memang itulah pelan yang saya pakai.

Tapi makin lama saya rasa makin tak berbaloi.

Selalu sangat kena tolak kredit.

Jadi saya ambil keputusan nak tukar pelan lepas kena tolak kredit dan tak ada apa-apa tawaran kepada saya selaku pengguna sekian lama.


Image result for u mobile prepaid plan


Akhirnya saya ambil keputusan tukar kepada U-Mobile sebab tertarik dengan pakej internet dia.

Harapnya berbaloilah keputusan saya ni.

Insya-Allah...

amin.

Sunday, August 4, 2019

Lullaby-Lukas Graham


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tak tahu nak tulis apa, cuma sekarang ni saya suka dengar lagu daripada kumpulan Lukas Graham.

Lukas Graham kumpulan yang popular dengan lagu 7 years old tu.

Tapi saya suka dengar lagu lullaby dengan happy home.


Lukas Graham ni seronok dengar sebab lirik lagu dia semua ada jalan cerita yang tersendiri.

Macam lagu lullaby tu diciptakan khas untuk anak dia, yang penyanyi utama kumpulan tersebut,Lukas, kalau dengar lagu tu ada dimasukkan sekali bunyi degupan jantung anak dia.

Saya kongsikan lirik lagu tu dekat sini:


I’d give you everything I never had
I hope you know that
But now I have it, I don’t need it
It’s important that you see it
Money often makes a never-home dad
Is it worth all the times when I’m never here?
Is it worth it when daddy can’t dry your tears?
Is it life or just a living
Kids and wife is not a given
Now wish I could be a stay-at-home dad


And all the dreams I had, I
Still see them in your eyes

Now you can hurt me more than I ever
Been hurt before and I’ve been hurt before
I’ll live, I’ll live, I’ll live
I’ll live like this forever
I still have all the wounds he left
But they don’t hurt no more like they hurt before
I wish, I wish, I wish
I wish that he could have seen you

I’m gonna miss the most important things
And I know that
Your first words, a couple steps
At least we got so many left
Your mom’s so good, she never make me look bad
‘Cause she knows all the times when I’m far from home
In a room full of people but all alone
It gets me thinkin’ when we’re smokin’ and we’re drinkin’
I wish I could be a stay-at-home dad


And all the dreams I had, I
Still see them in your eyes

Now you can hurt me more than I ever
Been hurt before and I’ve been hurt before
I’ll live, I’ll live, I’ll live
I’ll live like this forever
I still have all the wounds he left
But they don’t hurt no more like they hurt before
I wish, I wish, I wish
I wish that he could have seen you
I wish that he could have seen you

Now you can hurt me more than I ever
Been hurt before and I’ve been hurt before
I’ll live, I’ll live, I’ll live
I’ll live like this forever
I still have all the wounds he left
But they don’t hurt no more like they hurt before
I wish, I wish, I wish
I wish that he could have seen you
I wish that he could have seen you

Thursday, August 1, 2019

Bulan lapan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah masuk bulan lapan.

Sekejap sahaja masa berlalu.

Lagi 4 bulan, dah setahun.

Lepas tu masuk tahun 2020.

Bulan lapan ni bulan kemerdekaan.

Bulan ni juga Raya Haji.

Semoga kita semua berpeluang menunaikan ibadah Haji.

insya-Allah...

Amin.

Tuesday, July 30, 2019

Asif & Tar


Monday, July 29, 2019

Istiadat Pertabalan Agong ke-16

Image result for pertabalan yang di pertuan agong 2019
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah



KUALA LUMPUR - Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini mempunyai signifikan tersendiri, bukan sahaja bagi Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, bahkan kepada seluruh rakyat Malaysia.


Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Azuan Effendy Zairakithnaini berkata, Istana Negara komited dan berazam menjadikan istiadat kali ini suatu acara mengabadikan detik-detik indah yang akan dikenang Seri Paduka berdua sampai bila-bila.


Katanya, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mempunyai pengalaman berangkat menghadiri Istiadat Pertabalan kedua-dua ayahanda dan ayahanda mentua iaitu Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.


Lantaran itu, katanya Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mempunyai harapan dan impian tersendiri pada istiadat gilang gemilang mengikut warisan Kesultanan Melayu, di samping mahu mengembalikan nostalgia istiadat pertabalan paduka ayahanda Seri Paduka berdua.



“Kami di pihak Istana Negara berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi hasrat dan impian Tuanku kerana saya pun tahu Tuanku melakukan perkara ini bukan untuk baginda tetapi adalah untuk negara supaya Malaysia dipandang sebagai negara bermaruah dan penuh dengan adat istiadat,” katanya.


Antara permintaan Seri Paduka ialah supaya pihak Istana Negara mendapatkan semula takhta singgahsana tempat bersemayam kedua-dua paduka ayahanda ketika ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh dan kelapan.


“Dengan bantuan Kementerian Pelancongan dan pihak Muzium Negara, kita dapatkan semua singgahsana yang pernah menjadi tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, dan kita dapatkan sekali bingkisan sejarahnya seperti siapa yang bersemayam di situ, bila digunakan dan di mana.


“Jadi apabila kita membuat retrospeksi dan membuat kajian, kita akhirnya jumpa singgahsana tempat bersemayam Almarhum Paduka Ayahanda Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong semasa ditabalkan, dan kita sedang membuat pembaikan (ke atas singgahsana tersebut),” katanya.


Selain itu, Azuan Effendy berkata, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut melibatkan diri secara aktif dalam menyuntik idea dan memperincikan persiapan Istiadat Pertabalan.


Beliau berkata, banyak perkara seperti rekaan kad jemputan, cenderahati dan buku program, selain pemilihan pakaian seperti songket dan tengkolok pegawai istiadat ditentukan oleh Seri Paduka berdua secara terperinci.


“Ini menggambarkan bagaimana seriusnya Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong untuk sama-sama memastikan bahawa Istiadat Pertabalan kali ini menjadi satu Istiadat Pertabalan yang akan dikenang sampai bila-bila,” katanya.


Azuan Effendy berkata, walaupun beliau menggalas tugas penting memimpin Istiadat Pertabalan yang akan menjadi tumpuan masyarakat di kaca televisyen, tanggungjawab petugas lain seperti penyelia makanan dan penyedia logistik jauh lebih berat dan mencabar.


Katanya persiapan Istiadat Pertabalan adalah satu kerja berpasukan melibatkan ribuan petugas yang bertungkus-lumus memastikan majlis tersebut berjaya.


“Cuma apabila semakin hari semakin dekat (dengan Hari Pertabalan) maka kita rasa semakin tertekan kerana sebenarnya banyak perkara yang kecil-kecil yang terlepas pandang, jadi kita rasa seperti tidak cukup masa. Tapi macam mana pun kita kena pastikan ia dapat diatasi dan dipastikan berjalan dengan lancar,” katanya.


Ini adalah kali kedua beliau memimpin istiadat, selepas kali pertama menggalas tanggungjawab itu semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, selain berpengalaman terlibat dalam persiapan pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-13 Sultan Mizan Zainal Abidin dan Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V.- Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/38714/BERITA/Nasional/Istiadat-Pertabalan-Agong-ke-16-ada-signifikan-tersendiri

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
  










Sunday, July 28, 2019

Dalam kepala

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dalam kepala macam-macam benda nak buat.

Nak bersihkan halaman rumah,nak bercucuk tanam.

Nak buat meja,nak buat batas untuk tanam kacang.

Nak cari barang untuk berniaga.

Nak kemas bilik, nak pasang vinyl floor yang dekat kedai 2 ringgit tu.

Nak sambung cat rumah,masa nak dekat raya haritu cat sampai sekarang belum sambung buat.

Macam-macam benda nak buat.

Sayangnya semua dalam kepala sahaja...

Asyik terfikir atau berangan-angan nak buat tapi sudahnya sampai sekarang tak buat.

Cerita Asif dan tar pun rasanya macam dah lama tak buat.

Entah bila nak buat pun tak tahu.

Moga dapatlah diselesaikan satu persatu.

insya-Allah...

Amin.

Tuesday, July 23, 2019

Alhamdulillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah,angah saya dah dibenarkan keluar hospital.

Cuma kena datang lagi untuk rawatan susulan.

Setakat ini, keadaan angah saya biasa sahaja.

Tidak boleh beri tekanan atau perkara yang boleh buat kepala dia sakit.

Takut nanti akan jadi pening atau gangguan terhadap kepala.

Sekarang ini, angah saya hanya banyak berbaring atau rehat sahaja.

Mungkin faktor letih atau kesan sebab lama duduk hospital.

Terima kasih semua yang membaca atau terbaca blog saya ini.

Terima kasih atas doa semoga angah saya cepat sembuh.

Moga semuanya baik-baik sahaja.

insya-Allah...

Amin.

Sunday, July 21, 2019

Terpilih sebagai salah seorang pemenang segmen Kad Raya 2019 Naniena.com


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang bagi segmen Kad Raya 2019 Naniena.com.



Boleh tengok di link ini~ http://www.naniena.com/2019/07/perhatian-penyertaan-segmen-kad-raya.html

Syukur, ada juga rezeki saya. Tak sabar nak tunggu kad raya tu sampai.

Maklumlah zaman sekarang mana ada orang hantar kad raya sangat, semua pakai whatsapp atau ucapan di facebook atau media sosial yang lain.

Jadi bila dapat kad raya ni, rasa seronok.

Ini hadiah kad raya kedua yang saya dapat bila join mana-mana segmen kad raya oleh blogger lain. Pertama kali saya dapat hadiah kad raya  ialah daripada blogger abam kie, terima kasih cikgu. Alhamdulillah kad raya tu saya masih simpan sampai sekarang.

Terima kasih sekali lagi kepada blog http://www.naniena.com/ kerana sudi anjur segmen ni dan juga pilih saya sebagai salah seorang penerima kad raya.

Alhamdulillah, terima kasih ya.

Monday, July 15, 2019

Penat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Penat, memang rasa sangat penat.

Bukan nak merungut tapi kadang terasa penatnya.

Sekarang ini saya berulang alik ke hospital melihat keadaan abang saya.

Tetapi saya tak jaga sampai tidur di sana,emak yang tidur sana sebab abang saya lebih tenang kalau emak saya ada.

Selepas berniaga saya akan siap serba sedikit urusan rumah,kemudian pergi ke hospital untuk bawa bekal makanan abang dan mak saya.

Sejujurnya saya tak kisah pun buat semua ni sebab hal keluarga sendiri siapa lagi yang nak tolong kalau bukan ahli keluarga sendiri.

Cuma kadang terasa agak sedikit penat.

Lebih-lebih lagi bila berada dalam hospital saya jadi rasa tak selesa tengok orang sakit dan macam-macam ragam di hospital. Rasa takut tengok orang terbaring dan dalam masa yang sama bersyukur sebab saya masih sihat.

Tempahan kerisik daripada pelanggan pun agak sukar disiapkan.

Bila balik dari hospital saya akan terasa agak lesu dan lemah. Bila saya berbaring untuk lepaskan penat selalunya saya akan terlelap sehingga berjam-jam.

Entahlah, memang saya daripada dulu kalau pergi hospital akan jadi rasa tak selesa. Bila balik badan akan jadi rasa sangat lemah.

Sudahnya tempahan kerisik daripada pelanggan sukar untuk saya siapkan.

Doakanlah semoga semuanya baik-baik sahaja ya.

insya-Allah...

Amin.

Thursday, July 11, 2019

Cermin mata,hospital dan motorsikal


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bulan yang sungguh mencabar dan menguji dalam hidup Ahmad Tarmizi bin Mohktar.

Maaflah sebab asyik cerita tentang negatif sahaja, tetapi memang ini yang sedang dihadapi.

Perkara paling besar, jika ada pembaca yang masih ingat tentang abang kedua saya yang mengalami kemalangan jalan raya semasa bulan puasa, keadaannya  yang mulanya sihat semasa seminggu dua selepas kemalangan kini menjadi agak serius. Angah saya dimasukkan ke hospital hari Ahad lepas kerana pengsan, selepas dianalisis oleh doktor, dalam kepala angah saya ada kuman, jadi harus ditahan lebih lama lagi di hospital.

Kemudiannya, cermin mata saya yang hampir 5 tahun saya pakai pecah. Menambah lagi kekalutan ianya pecah pada hari yang sama Angah saya dimasukkan ke hospital. Memang susah dan kelam kabut sebab saya memang tak boleh nampak jika tak pakai cermin mata. Power cermin mata saya tinggi, kiri 500 lebih,kanan pula 600 lebih,rabun silau 100. Jadi bila tak ada cermin mata saya nak menolong angah saya jadi susah. Kelam kabut pergi buat dekat kedai cermin mata, cari yang siap cepat dalam 2 jam. Malangnya tak sampai 5 hari pun saya pakai, bingkai cermin mata tu patah sendiri, maklum sahaja bingkai murah,tak sampai seratus pun harganya, cuma masa tu keadaan terdesak nak cepat pakai cermin mata ditambah lagi duit saya memang tak berapa nak ada. Jadi pergi buat bingkai cermin mata yang baru. Jumlah keseluruhan duit buat cermin mata saya, RM 260,ni yang siap cepat dalam 2 jam, tambah 160 untuk bingkai baru, jadi jumlah semua RM420 kos saya buat cermin mata sahaja.

Sekarang ini sudah hampir seminggu saya tak pergi berniaga,sebab motor mengalami masalah. Tayar belakang memang dah nak kena tukar, dah gelung sangat "sport-rim" motor tu. Jika waktu hujan atau jalan basah memang bahaya sebab boleh terbabas atau tergelincir. Nak tukar sport-rim biasa kedai ambil tukar depan dan belakang sekali,satu set, nak dekat 2,3 ratus juga harganya. 

Image result for pray
sumber gambar:google images

Entahlah, nak buat macam mana. Moga selesai semuanya.


Terima kasih sebab sudi baca post saya ini, maaflah sebab blog saya ini banyak cerita negatif ya, sebab saya rasa dengan menulis di blog ni saya rasa lega sebentar, sedikit sebanyak jadi macam satu terapi untuk saya tenangkan otak,tenangkan hati,dan hilangkan rasa serabut sedikit sebanyak. Terima kasih juga kepada "kawan" saya yang gunakan post saya di blog ini sebagai satu bahan usikan dan gurauan terhadap saya. Teruskan jika itu boleh buat hidup kamu bahagia. Silap saya juga dulu pernah share link blog saya dekat facebook saya.

Saya juga mohon doa pembaca atau yang terbaca "post" saya ini doakan angah saya sembuh, semoga kuman dalam kepala hilang, dan dia segera sembuh.

Terima kasih kerana sudi baca "post" saya ini.

Moga kita semua baik-baik sahaja...

insya-Allah...

amin.

Tuesday, July 9, 2019

Entahlah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entahlah,

Memang kali ini rasanya sudah tak mampu lagi bertahan.

Sudah rasa penat dengan segala yang jadi dalam hidup.

Sejak kecil sampai dah besar, ada saja yang jadi.

Umur sahaja meningkat, tapi diri ini masih tidak matang dalam berfikir.

Rasa macam nak menjerit, tapi tak bermakna juga kalau terjerit-jerit.

Rasa macam nak mengamuk tapi bukan ada benda boleh selesai pun.

Entahlah,

Lantaklah,

Kalau belum sampai masa mati, tunggu sahajalah..

Entahlah...

Penat.

Friday, July 5, 2019

Asif & Tar


Wednesday, July 3, 2019

Laptop

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Laptop saya makin hari makin uzur.

Silap sendiri juga, tak pandai jaga sangat.

Laptop saya itu saya beli dengan duit gaji semasa jadi security, emak ada top-up duit sikit-sikit, masa tu semangat beli sebab nak masuk Ipta.

Dah lama laptop tu,daripada tahun 2010, sekarang dah 2019, dah 9 tahun.

Masa dekat universiti,ada juga belajar sikit-sikit cara nak jaga laptop.

Tapi bila dah habis belajar,dah balik semula ke rumah semua saya lupa.

Kesannya laptop saya mula banyak buat hal.

Jadi saya nak kongsikan cara jaga laptop yang saya dapat masa belajar dulu,tapi jujurnya saya sendiri tak rajin buat.

Saya kongsi ni supaya saya ingat balik dan mungkin boleh jadi panduan kepada mereka yang memerlukan,nak sambung belajar ke,mana tahu ada juga saham akhirat saya nanti.

Ok,antara yang saya ingat

1) jangan letak file banyak sangat dekat bahagian depan,nanti laptop jadi berat.

2) kena rajin cuci hardisk, kalau tak tahu,macam saya tak pandai,jadi masa belajar dulu selalu hantar kedai komputer minta cuci.

3)kena rajin format laptop,kawan saya ada ajar dulu ajar format,tapi saya dah lupa caranya.

4)kena rajin bersih habuk,yang ni saya memang malas nak buat,sudahnya selalu sangat ada habuk yang melekat sampai kawan saya pernah perli habuk banyak sangat dekat laptop saya.

5) jangan download file yang diragukan,takut ada virus.

6) jangan pakai bateri kalau dah guna elektrik,saya punya bateri laptop dah rosak sebab guna dua-dua sekali,on laptop pakai elektrik,bateri tak tanggal lama-lama rosak bateri.

Okey,yang ni semua asas..yang ni juga pun yang saya tahu. Tapi saya sendiri tak buat.Kesannya banyak kali saya hantar laptop pergi kedai.

Paling tak boleh lupa,lagi 2,3 hari saya nak present FYP, laptop saya rosak.

Kelam-kabut jadinya..nak minta tolong kawan, bukan sama pun fyp masing-masing. Masa tu tak tahu pun boleh buat external hard disk,termenung kejap.

Pergi kedai komputer,sakit hati sebab yang jaga kedai cakap sebab tak cuci. Dia suruh cuci dulu,dah gelap skrin tu nak cuci apanya...haih.

Sekarang ni laptop problem Cmos battery,betul ke tak ejaannya saya pun tak tahu. Sebab date and time settings dekat laptop tak betul,on sahaja laptop lari settings date and time tu. Buat carian Google,besar kemungkinan cmos battery,harga macam murah tapi tulah dekat YouTube nak buka tempat letaknya Cmos battery ni susah.Saya punya laptop Acer aspire 4552..

Setakat ini dulu post saya kali ini.

Moga ada manfaatnya...

insya-Allah...

Amin.

Monday, July 1, 2019

Pelan Internet

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang ini saya dalam proses nak melakukan penjimatan.

Jadi saya ada survey sikit-sikit tentang pelan internet.

Setakat ini untuk internet rumah,saya pakai streamyx.

Bila saya buat carian dekat Google saya tengok pasang Unifi lagi berbaloi.

Semasa bayar bil internet ada juga bertanya kalau dekat kawasan rumah saya boleh pasang unifi.

Malangnya kawasan saya belum ada coverage unifi.

Jadi jika ada terbaca atau membaca post saya ini, harapnya sudilah berkongsi info tentang pelan internet rumah yang berbaloi selain unifi.

Kelebihan dan kekurangan sesuatu pelan internet itu.

Segala maklum balas amatlah saya hargai.

Moga ada yang sudi membantu...

insya-Allah...

Amin.

Sunday, June 23, 2019

Asif & Tar


Thursday, June 20, 2019

Banyak betul nikmat-Nya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kadang bila duduk saja-saja...saya terfikir alangkah bertuahnya hidup saya ini.

Saya ada tempat berteduh,sebuah bilik di rumah emak saya..ya saya masih duduk dengan emak saya..malu juga dah besar masih duduk rumah emak.. cuma ini sahaja yang mampu saya lakukan ketika ini. Saya tak bayar sewa cuma bayar bil rumah sikit-sikit,kadang beli lauk mentah.. tolong mana yang saya mampu.

Saya rasa bersyukur sebab masih ada emak, abang yang masih bernafas dan sudi membantu saya jika saya dalam keadaan susah.

Saya bersyukur sebab ada kenderaan sendiri...motorsikal wave 100,dah dekat 11 tahun usia motor saya ini.. harapnya dapatlah saya jaga sampai saya mati..kena rajin jaga minyak hitam dan servis.

Saya rasa gembira sebab masih ada makanan atas meja...sebab rasa sedih juga bila tengok ada yang dah kena pantang makan...takut dan kesian melihat mereka.

Saya rasa gembira rumah masih ada api,air dan internet. Sebab baru-baru ini saya tonton berita ada tempat di Malaysia yang masih berlaku kesukaran mendapat air bersih.

Saya rasa gembira dan bersyukur sebab ada petak kecil untuk saya berjaja kecil-kecilan...mencari wang ringgit untuk perbelanjaan seharian.

Alhamdulillah,syukur atas semua ini.

Saya juga rasa gembira dan terharu kerana ada yang sudi membaca blog saya ini.Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca post di blog saya ini.

Alhamdulillah atas segala nikmat-Nya..

Saya tengah cuba menulis hal positif supaya moga-moga kehidupan saya menjadi lebih positif...

insya-Allah...

Amin.

Tuesday, June 18, 2019

SEGMEN KAD RAYA 2019 NANIENA.COM



klik banner untuk join =)

saya tag:

1. En.Safirul Amar 

2. Dear Anies 

3. Cikgu Zim 

4.Aideal Fitri 

jangan marah ya kepada blogger yang saya tag,kalau ada masa,join lah ya,mana tahu rezeki dapat kad raya =)

terima kasih juga kepada abam kie kerana sudi tag saya =)

Sunday, June 16, 2019

Asif & Tar


Saturday, June 15, 2019

Gagal

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Maaflah sebab post saya banyak cerita tentang kegagalan,rungutan dan perkara negatif tentang kehidupan saya.

Sebab saya rasa diri saya memang seorang yang gagal.

Saya berjaja secara kecil-kecilan,pendapatan tak menentu,simpanan pun kurang.

Selain itu, walaupun saya ada lesen kereta tetapi sudah hampir 3 tahun saya masih tak pandai bawa kereta.

Saya juga mengalami masalah obesiti.Sekejap sahaja badan mudah rasa penat.Malah berat badan saya makin bertambah.

Selain itu,saya dapati sekarang ini saya mudah lupa, terkadang saya pergi ke dapur,lepas tu saya lupa tujuan saya pergi ke dapur.

Perkara seperti ini buat saya rasa tertekan, mungkinkah saya mengalami masalah depresi?

Tetapi jika benar saya ada masalah depresi, apa yang perlu saya lakukan?

Hasil carian di internet, saya kena pergi rujuk pakar...tetapi saya tak tahu caranya...

Kena pergi hospital mana?nak pergi bahagian mana?apa langkah pertama yang perlu dilakukan?

Saya tahu ada kenalan saya yang tahu pasal blog saya ini, dan selalu juga menjadikan post di blog saya ini sebagai bahan usikan kepada saya.Jadi saya rasa berat untuk post perkara ini.

Banyak kali juga saya berfikir untuk post ini, tetapi saya takut kalau makin saya pendam masalah ini, makin teruk saya nanti.

Malah saya tahu ramai lagi ada masalah yang lagi besar, cuma saya harap ada yang membaca atau terbaca post saya ini dapat memberi panduan,pandangan,cadangan atau langkah yang boleh saya ambil.

Jika ada yang tahu cara nak dapatkan rawatan harapnya sudilah berkongsi dengan saya.

Sebab saya tak rasa nak pergi hospital, sebab kalau nak pergi hospital swasta memang saya tak mampu,kalau pergi hospital kerajaan, maaflah saya cakap ini,tetapi saya banyak pengalaman yang tak manis semasa berurusan dengan hospital kerajaan.

Mohon doa semua..

Wednesday, June 5, 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019.

Mohon maaf jika ada post atau tulisan saya yang mengguris perasaan.

Semoga seronok menyambut Hari Raya.

Semoga selamat semuanya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir dan batin.

Thursday, May 30, 2019

Asif & Tar


Sunday, May 26, 2019

Kemalangan di bulan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

                                                  Image result for ramadhan

Lama tak update blog, kerana banyak perkara yang berlaku dalam bulan Ramadhan tahun ini.

Perkara yang paling besar berlaku bila abang kedua saya-angah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Angah saya telah dilanggar oleh sebuah kereta yang menukar haluan secara tiba-tiba dan telah melanggar abang saya. Angah saya ketika itu sedang menunggang motorsikal untuk ke tempat kerja.

Memang kelam-kabut jadinya, sebab tak pernah lagi ahli keluarga kami terlibat dalam kemalangan sehingga perlu pergi hospital.

Kami dapat berita pasal kemalangan itu jam 10 pagi, kejadian kemalangan ini berlaku jam 6.45 pagi.

Jadi memang haritu sibuk pergi ke hospital sahaja.

Saya pula kena pergi cari motorsikal abang saya yang ditumpangkan di sebuah rumah.

Nak dijadikan cerita, semasa mencari motorsikal angah saya, saya pula terlibat dengan kemalangan. Tetapi tak serius, saya terjatuh sendiri semasa membrek di sebuah jalan kecil di kampung, banyak batu-batu halus yang menyebabkan jalan menjadi licin, saya cuba elakkan sebuah lori,malangnya saya pula yang terjatuh.

Tak teruk sangat keadaan saya cuma sakit sebab dihempap motorsikal sendiri, bengkak jugalah badan.

Mujur saya cepat pergi berurut, kalau tak lagi teruk bengkaknya.

Berbalik kepada cerita angah saya, kemalangan itu menyebabkan dia ditahan di hospital selama lebih kurang seminggu, sebab kepalanya mengalami sedikit gegaran.

Mengikut doktor,mujur abang saya memakai helmet, jika tidak mungkin kesannya lebih teruk.

Selepas itu,saya bersama ahli keluarga lain telah membuat report polis, mendapatkan nasihat guaman dan pelbagai perkara lagi.

Sekarang ini, kami dinasihatkan oleh peguam dan pegawai polis yang menyiasat(I.O) supaya bersabar dan tunggu sahaja panggilan daripada pihak mereka untuk tindakan selanjutnya.

Jujurnya,saya memang tak berapa faham langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya terlibat dalam kemalangan, cara nak claim insurans dan sebagainya.

Pening juga kepala, buat perlahan-lahan,mudah-mudahan segalanya selesai nanti.

oh ya,sedikit pesanan ikhlas daripada saya,sekiranya menunggang motorsikal,seelok-eloknya pakailah topi keledar kerana kita tak akan dapat jangka apa yang akan berlaku terhadap kita nanti,mungkin perbuatan ini dapat menyelamatkan kita daripada risiko yang lebih besar seperti yang dilalui oleh abang saya.

insya-Allah...

amin.

Tuesday, May 7, 2019

Salam Ramadan tahun 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah masuk dua hari berpuasa.

Setakat ini, alhamdulillah masih boleh bertahan lagi.

Cuma,tekak rasa haus sahaja...

Cuaca agak panas sedikit.

Lagipun saya baru nak sembuh demam.

Kadangkala rasa tak selesa juga badan.

Dua hari saya tak pergi berniaga.

Cuma hantar order kerisik kepada pelanggan sahaja.

Agaknya macam mana mereka yang bekerja berat tu ya?

Hebat sungguh kudrat mereka.

Salam Ramadan kepada semua yang membaca atau terbaca post saya ini.

Semoga diberi kesihatan yang baik dan dapat meneruskan puasa.

insya-Allah...

Amin.

Sunday, May 5, 2019

Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.

SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :



Antaramuka SAPS IBUBAPA

Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.



Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.


Wednesday, May 1, 2019

Demam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah 3 hari diserang demam.

Teruk juga,tiba-tiba sahaja suhu badan naik mendadak.

Kemuncaknya malam tadi, muntah dan susah nak tidur.

Kepala rasa sakit dan pening.

Bila berjalan rasa macam terhuyung-hayang.

Baring sahaja...

Selera makan pun tak berapa nak ada.

Tampal coolfever, lega sekejap.

Lepas tu sakit balik.

Dugaan sebab banyak dosa agaknya..

Sudah 3 hari tak pergi berniaga.

Duit pun makin susut.

Moga cepatlah sembuh.

Doakan saya ya.

Amin..

Saturday, April 27, 2019

Asif & Tar


Monday, April 22, 2019

Aib

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya percaya kita semua ada kekurangan dalam hidup.

Tidak ada manusia yang sempurna.

Cuma kekurangan atau kelemahan kita ditutup oleh Allah s.w.t.

Jadi kenapa kita selalu merasa diri sempurna?

Berhati-hatilah dalam melakukan sebarang perbuatan.

Beringatlah sebelum berkongsi sesuatu perkara.

Fikirkan buruk baik sebelum menulis sesuatu di internet.

Maaflah kalau penulisan ini mengguris hati sesiapa.

Saya percaya kalau kita tak buka aib orang, aib kita akan terpelihara.

Mudah-mudahan begitu.

insya-Allah...

Amin.

Friday, April 19, 2019

Asif & Tar


Wednesday, April 17, 2019

BOOK GIVEAWAY BY JJM & FRIENDS

Monday, April 15, 2019

Abam Kie's Birthday Giveaway

klik banner untuk join =)




Selamat Hari Lahir Abam Kie@ Cikgu, semoga diberi kesihatan yang baik dan kehidupan yang sempurna dunia dan akhirat =)

Sunday, April 14, 2019

Pelan paling sesuai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya terfikir untuk menukar pelan data saya daripada Ma**s kepada pelan lain.

Sebab saya rasa macam tak berbaloi dan mahal.

Cuma dari segi coverage,setakat ini tak ada masalah. Dekat kawasan kampung pun tak ada masalah line.

Tapi jujurnya,saya rasa dah sampai masa saya tukar pelan.

Boleh beri pendapat dan info tentang pelan yang sesuai?

Jika dapat beri pro dan kontra tentang pelan lain lagi senang saya nak buat keputusan.

Setakat ini,saya terfikir nak beralih arah ke onex*x, tapi ada juga kenalan yang bagi idea supaya bertukar ke umob*l*..Katanya pelan internetnya berbaloi dan puas hati.

Saya mengharapkan pelan yang tak ada masalah line dan juga pelan internet yang menjimatkan.

Harap jika ada yang terbaca atau membaca post saya ini dapat memberi pandangan ya...

Saya amat berterima kasih..

Friday, April 12, 2019

Perkara paling sedih

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagai manusia biasa,perasaan sedih itu lumrah dalam kehidupan.

Banyak perkara yang menyebabkan kita rasa sedih.

Tetapi biasanya kita akan ingat perkara yang paling sedih pernah berlaku dalam kehidupan kita.

Banyak perkara sedih yang berlaku dalam hidup saya.Tetapi antara paling sedih pernah berlaku dalam hidup saya ialah bila hilang sesuatu yang berharga dan bermakna dalam kehidupan.

Bila nenek saya meninggal,saya rasa sedih. Sedih sebab masa itu saya kecil lagi,masih sekolah rendah, saya rasa banyak lagi kenangan yang patut saya cipta dengan nenek saya. Tetapi yang paling saya ingat bila nenek saya suapkan makan. Nenek memang tak kisah umur cucu dia berapa,dia memang akan suapkan makan.Saya selalu terfikir,kalau nenek masih hidup dan saya duduk rumah nenek sampai saya dewasa barangkali hidup saya akan berubah, barangkali lebih positif ceritanya.

Selepas itu bila saya umur nak masuk 20-an,bapa saya meninggal. Jujurnya,saya bukan anak yang baik. Sebab masa ni saya lebih banyak ikut kawan. Menambahkan lagi kesedihan saya ialah semasa bapa saya dibawa ke hospital menggunakan ambulan,saya sedang melepak bersama kawan-kawan saya di pantai.Sehingga sekarang perasaan sedih dan terkilan masih berbekas dalam hati saya.Tetapi nak buat macam mana,perkara dah lepas,nak ubah pun dah tak boleh.Hanya rasa kesal dan menyesal sampai mati.

Banyak lagi perkara sedih yang berlaku, kena tikam belakang dengan kawan,kawan tinggal kita sebab perempuan,pergi interview kena halau,kerja sehari dah berhenti, kena marah tanpa sebab,dapat kenalan jenis sembang kencang, hidap sakit belakang bertahun lamanya, jadi rabun jauh sebab tengok tv dekat, banyak lagi lah.

Saya percaya ramai lagi yang mempunyai kisah lebih sedih dalam kehidupan.

Saya harap kalau ada yang terbaca atau membaca post ini,sudi berkongsi peristiwa sedih yang pernah berlaku dalam hidup.

Moga dapat menghilangkan sedikit rasa sedih dalam perasaan.

Terima kasih kerana sudi membaca post saya ini.

Terima kasih.

Wednesday, April 10, 2019

Asif & Tar


Monday, April 8, 2019

Mohon doa kalian

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya mohon doa mereka yang membaca atau terbaca post di blog saya ini untuk mendoakan emak saya segera sembuh.

Emak saya sudah demam hampir 2,3 hari,emak saya jarang sakit dan tak suka pergi klinik.

Tetapi rasanya demam kali ini,lain sikit sebab emak saya mudah pula nak pergi klinik. Panas sangat atau pening sangat agaknya emak saya tu.

Hasil pemeriksaan,tekanan darah emak saya rendah dan perlukan rehat yang cukup.Cuaca pula begitu panas bulan ini.
Jadi ianya sedikit sebanyak menjadi faktor emak saya demam.

Mohon doa kalian supaya emak saya cepat sembuh.

Mohon sangat-sangat ya.

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala doa baik kalian.

Mana tahu,berkat doa kalian,emak saya segera sembuh.

insya-Allah...

Amin.

Sunday, April 7, 2019

Kerja Security

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya pernah menjadi seorang pengawal keselamatan.

Menjadi seorang pengawal keselamatan atau bahasa mudahnya,jaga di beberapa tempat.

Saya pernah menjadi jaga di sekolah,rumah anak yatim,dan di beberapa tempat lagi.

Menjadi seorang security ni memang banyak mengajar saya erti hidup.

Selalunya bila kerja security ni dipandang hina oleh masyarakat.

Kerja duduk,tidur saja cukup bulan ambil gaji. Itulah antara komen yang saya dapat dulu.

Security juga biasanya ditipu soal gaji.

Saya pernah dibayar sebanyak RM 600 sebulan sahaja. Bayangkan kerja 12 jam,tiada cuti.Sabtu dan Ahad kena kerja.

Lebih menyedihkan pemilik syarikat yang menipu saya itu ialah bangsa Melayu,beragama Islam dan telah menunaikan Haji.

Sejujurnya,saya masa itu tak peduli sangat sebab cuma fikir nak cari duit tambang duit tiket kapal terbang nak ke Sarawak untuk sambung belajar dan kumpul duit belanja sikit-sikit.

Lagipun rumah saya dekat dengan tempat kerja,jadi saya selalunya balik makan tengahari,dah jimat sikit duit.

Cuma rasa terkilan juga dibayar sebanyak itu. Surat tawaran kerja pun tak silap lain jumlah gaji yang dibayar...saya tak berapa ingat sangat.KWSP pun tak ada.

Kerja security ni bagi saya nampak mudah tapi tanggungjawabnya besar.

Jika jadi apa-apa, security lah yang akan kena soal dahulu. Kalau berlaku kes kecurian,maka security akan disoal siasat terlebih dahulu.

Lebih sedih, kalau ada "clocking", jika lewat atau terlambat gaji akan ditolak.

Tapi saya bersyukur , sebab duit kerja security ni dulu saya dapat beli laptop,bayar hutang PTPTN sikit-sikit,syukur.

Bayangkan malam kerja security,siang meniaga...memang susah nak dapat rehat atau tidur yang cukup. Kesannya saya hidap sakit kepala sampai sekarang dan juga bahagian belakang badan sakit sebab kadangkala saya tidur dalam pos pengawal beralaskan tikar dan surat khabar. Pos itu kecil sahaja...jadi memang tak selesa nak tidur. Saya bergilir dengan kawan.. Selalunya lepas pukul 12 malam mata memang tak boleh tahan,jadi kami akan bergilir rehat,tidur,dapatlah tidur dalam sejam dua.

Saja saya tulis pasal pengalaman kerja security sebab hari ini tentang viral insiden seorang pengawal keselamatan ditendang oleh seorang pelawak/artis Malaysia.

Teringat pula pengalaman dulu bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Moga ada manfaatnya post kali ini.

Insya-Allah...

Amin.

Saturday, April 6, 2019

Tabung Haji

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang ini tengah kecoh di media sosial tentang pengumuman hibah tabung Haji sebanyak 1.25%.. yang terendah dalam sejarah.

Sejujurnya, saya tidak pernah berniat untuk menjadikan blog saya ini ada cerita pasal politik.

Bosan rasanya, sebab kalau buka Facebook, tengok berita, cerita politik tak habis-habis..

Jadi, seboleh-bolehnya saya ingin mengelakkan mengenai perkara yang menjerumus ke arah politik.

Baik, post kali ini juga saya tak ingin cerita tentang politik.

Tentang salah Kerajaan lama ke, atau kerajaan sekarang tak menepati manifesto ke..tidak,bukan itu yang ingin saya kongsikan.

Bila pengumuman hibah tabung Haji dibuat, berlaku pelbagai reaksi daripada masyarakat/netizen.

Terpulang kepada pendapat masing-masing.

Saya pun tak berani nak komen lebih-lebih sebab dalam akaun baru ada seribu ringgit.

Cuma itulah, bila terbaca ada pendapat yang mengatakan supaya keluarkan semua duit dalam tabung Haji atau mudahnya tutup akaun terus, saya rasa ianya satu perbuatan yang salah.

Sekurang-kurangnya tinggalkanlah duit yang mencukupi untuk pergi Haji.

Jangan ditutup terus akaun Tabung Haji.

Tabung Haji bagi saya merupakan satu keistimewaan kepada umat Islam.

Sebab memudahkan urusan kita untuk menunaikan Haji. Saya fikir kalau simpan sendiri susah rasanya nak pergi Haji.

Jika semua tutup akaun, bagaimana nasib Tabung Haji?

Pada pandangan saya, Tabung Haji sendiri sangat bermakna kepada umat Islam yang ada di Malaysia.

Haraplah idealogi tutup akaun Tabung Haji ini tak dilaksanakan..simpan untuk cukup pergi Haji pun tak apa, kalau untuk pelaburan boleh masuk ASB...

Moga mereka yang mentadbir urus Tabung Haji akan melakukan yang terbaik untuk umat Islam yang ada di Malaysia ini.

Itulah harapan dan doa seorang rakyat marhaen seperti saya.

insya-Allah...

Amin.

Friday, April 5, 2019

Asif & Tar


Wednesday, April 3, 2019

Buat baik berpada-pada

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kadang orang yang rapat dengan kita mungkin satu hari nanti akan jadi orang yang tikam kita.

Kadang orang yang kita selalu tolong,bila kita susah dia akan buat tak tahu.

Kadang orang yang selalu beri pendapat, bila kita pula bagi nasihat dia akan melatah.

Kadangkala terfikir juga, kenapa semua ini terjadi dekat diri?

Mungkin sebab diri ini tak boleh berfikir dengan teliti atau macam mana ya?

Kadang bila fikir balik,banyak kesilapan dan kesalahan yang saya buat dalam hidup ini.

Termenung juga bila difikirkan kembali.

Kita tolong dia,dia aniaya kita...

Entahlah...

Jadi lepas ini saya cuma mahu menolong diri sendiri sahaja terlebih dahulu.

Sakit rasa bila kena tikam belakang ini.

Sedih.

Pedih.

Tuesday, April 2, 2019

Selagi belum menutup mata


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Banyak perkara yang ingin kita capai dalam hidup ini.

Semakin meningkat dewasa, semakin sedar segalanya bagai terasa sukar.

Masa kecil, selalu bercita-cita nak jadi cikgu.

Malangnya, diri tak sepandai itu. Banyak kali juga hantar borang permohonan menjadi guru ganti tetapi gagal.

Cita-cita punya kereta mewah, cantik dan bergaya.

Bila besar, hendak membawa kereta pun masih terkial-kial. Rasa takut dan cemas bila memegang stereng, sukar hendak membuat anggaran semasa memandu.

Kereta juga dibeli abang sulung untuk memudahkan adik-beradiknya belajar membawa kereta, kereta Proton Saga lama.

Masa kecil dahulu, selalu terfikir punya rumah sendiri, besar dan selesa.

Bila dewasa, masih lagi duduk menumpang di rumah emak.  Sekiranya emak pergi dahulu, jadi kemana hendak membawa diri?

Bila dewasa, terasa sukar sekali hidup seseorang yang bernama Ahmad Tarmizi ini.

Tiada harta,kerjaya, kemahiran, ilmu dan sebagainya.

Bukan merendahkan diri tetapi itulah realiti.

                                    Image result for when i was a kid quotes

Cemas, kerap diserang panik tiba-tiba, gelabah,cemerkap, slow pick-up, hati tak kental, telinga tak tebal, menjadikan hidup ini terasa lebih sukar.

Maaf jika tulisan ini membosankan.

Secara jujur, menulis seperti ini memberi sedikit kelegaan untuk saya, meluahkan rasa, kesal dan kecewa.

Harapnya saya dapat bertahan dalam kehidupan selagi belum menutup mata untuk selama-lamanya.

Jujurnya, bila dewasa ini saya banyak rasa kecewa dan hampa.

Entahlah...

Monday, April 1, 2019

Belum sampai masanya

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Okey,post pertama bagi bulan April ni, saya nak berkongsi sedikit peristiwa yang berlaku hari ini.

Pagi tadi, saya teman mak saya pergi ke Tabung Haji sebab mak nak simpan duit.

Semasa menunggu giliran, saya bersembang dengan seorang makcik ni.

Dia akan menunaikan haji bulan Ogos ini, jadi hari ini dia datang untuk selesaikan beberapa urusan.

Banyak perkara yang disembangkan, sebab hari ini ramai orang datang,jadi lambat sikit nombor dipanggil.

Makcik itu bercerita pelbagai perkara, tentang hal anak dia, kerja anak dia, susah payah membesarkan anak, anak dia sepuluh orang, dan semuanya berjaya. Hebat makcik ni. Makcik ni cakap antara amalan yang dia buat, dia sentiasa jaga mulut, tak pernah dia marah atau keluarkan kata-kata kesat bila anak dia buat silap atau salah.

Sembang punya sembang, makcik ni tanya hal tentang saya pula, umur berapa,kerja mana, datang tabung haji sebab apa, dah kahwin ke belum, anak berapa orang...

Bila saya cakap belum kahwin lagi, makcik ni macam tak boleh terima pula.

Lama juga dia beri pandangan,pendapat, dan cadangan kepada saya.

Seboleh-boleh dia suruh saya kahwin.

Bila saya cakap duit tak cukup,kerja tak tetap, lagi banyak dia beri pendapat.

Sudahnya saya mengangguk sahaja, cakap lebih  nanti takut makcik ni terasa pula.

Katanya, rugi kalau saya tak kahwin. Bila tua nanti tak ada siapa nak jaga. Tak akan tak nak ada zuriat atau waris soalnya...

Nak cakap apa, saya pun kata belum ada jodoh makcik.

Makcik ni masih tak boleh terima dan teruskan bagi pendapat.

Nanti bila dah tua,dah sakit tak ada orang jaga kan susah,kata makcik tu.

Saya angguk sahaja..walaupun jujurnya dalam hati saya bercakap, belum tentu kalau kita kahwin,  isteri akan jaga bila kita sakit, belum tentu dapat zuriat, kalau dapat anak pun,belum tentu anak itu akan jaga kita bila kita sakit.

Entahlah, saya berterima kasih atas pandangan makcik tu, tapi sejujurnya sekarang ini saya cuma mahu menikmati hidup bujang.


                                          Image result for not married yet


Hidup bujang, pergi berniaga, beli komik,kumpul komik kegemaran, rasa bosan sikit,jalan-jalan dengan motor. Update blog, tengok kartun,pergi makan dekat warung bila rasa lapar malam-malam dan sebagainya. Berjaja kecil-kecilan, hasil berjaja banyak,saya bersyukur,hasil berjaja cukup-cukup makan saya boleh terima lagi, kalau dah kahwin tak ke akan termenung kalau hasil jualan tak seberapa?

Jujurnya saya rasa takut, takut sebab kerja sebagai seorang penjaja kecil ini,pendapatannya tidak tetap,bagaimana nak sara hidup anak orang? menjadi seorang bujang ni, kalau dapat makan nasi,lauk telur dengan kicap pun boleh terima lagi, dah kahwin tak tergamak rasanya nak melihat isteri atau anak saya makan macam tu. Sedikit sebanyak akan rasa sedih juga.

Entahlah, mungkin belum sampai masanya lagi.

Doakan yang terbaik untuk saya ya dan saya juga doakan yang terbaik untuk semua yang membaca atau terbaca blog saya ini.

Insya-Allah...

amin.


Thursday, March 28, 2019

Takut

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Takut rasanya melihat persekitaran sekarang..

Mungkin saya yang konservatif dan berfikiran kolot, tapi tulah bila lihat anak saudara sendiri ada akaun ig dan melihat rakan/followersnya rasa hairan juga..

Umur baru 13,14 tahun tapi make up macam orang dah berkerjaya..

Takut juga...

Zaman ini zaman penuh dugaan, persekitaran juga banyak berubah..

Generasi alaf baru.

Segalanya segera...

Maklumat segera...serba serbi serba pantas.

Fuh...moga semuanya baik-baik sahaja.

Sunday, March 24, 2019

Kipas baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuaca agak panas ketika ini.

Musim panas, banyak pokok,ulaman Dan sayur yang tak jadi.

Ketika ini,pasar tempat saya berjaja sukar nak mendapatkan bekalan daun kunyit.

Jika ada pun,harganya agak tinggi.

Saya pun baru sahaja baik daripada demam.

Kena banyak minum air suam dan kurangkan aktiviti luar.

Kipas bilik juga sudah digantikan dengan yang baru.

Sebab yang lama dah rosak..sebab boleh dikatakan hampir 24 jam kipas tu terpasang sahaja.

Dah beli yang baru dan dah siap pasang.

Ok,malam ini rasmikan kipas baru.

Nyaman dan sejuk sikit rasa bila nak tidur.

Thursday, March 7, 2019

Post pertama untuk bulan Mac

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Lama saya menyepi.

Rasa malas tu tinggi.

Boleh sahaja nak menulis tiap-tiap hari,tapi itulah...

Malas dah datang,memang tak jadi apa.

Nak tulis apa untuk post bulan Mac ni?

Okey,tengah baring-baring,terfikir pula tentang perkara asas kemahiran lelaki kena ada mengikut pendapat,pandangan dan pemerhatian saya dalam kehidupan.

Antara asas kemahiran yang saya rasa kena ada:

1) bawa kenderaan,tak kira motorsikal,kereta,bas atau lori ke.. sekurang-kurangnya satu kena tahu.

2) betul paip/sinki dapur.

3) cat rumah

4) tukar lampu/mentol rumah

5) masak nasi

6) masak lauk simple-simple pun tak apa.. goreng-goreng saja..lauk kuah satu dua jenis boleh masak.

7)basuh baju..guna tangan ke,pakai mesin basuh ke.. sekarang zaman senang..hantar dobi sahaja..cuma kena sediakan duit lah..

8) gosok/iron baju....saya sendiri fail bab ni...makin gosok makin tak cantik..sedih betul.

9)jahit seluar koyak/baju koyak..koyak yang kecil maksud saya..pakai jarum dengan benang sahaja..kalau reti guna mesin jahit kira dah power lah tu bagi saya..

Setakat ini dulu yang saya boleh fikirkan ..yang bab agama macam boleh mengaji,hafal surah pendek tu semua saya tak nak sentuh...

Kemahiran asas bagi lelaki yang saya tulis tu secara umum sahaja..

Okey, itu sahaja post bagi permulaan bulan Mac ini ..

Dah tak lama nak puasa ya..

Moga ada manfaatnya post kali ini.

insya-Allah...

Amin.