Friday, April 26, 2013

Jika kamu tak dengar cakap mak kamu,ustazah benam kamu ke laut

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

~Jika kamu tak dengar cakap mak kamu,ustazah benam kamu ke laut~
kata-kata daripada ustazah (maaf,diri ini- hamba Allah yang lemah, lupa akan nama ustazah tersebut)semasa emak diri ini-hamba Allah yang lemah, datang untuk membayar dan meminta penjelasan mengenai lawatan belajar di sekolah agama dahulu.......

Semoga nasihat ini menjadi nasihat berguna kepada diri saya-hamba Allah yang lemah untuk tidak mengecewakan emak. Semoga nasihat ini juga menjadi ilmu bermanfaat yang disampaikan oleh ustazah dan juga sebagai amal kepada diri ustazah dan saya.

Kalian..generasi selepas diri...mudah-mudahan menjadi hebat dengan taat kepada emak kalian.amin.

Wednesday, April 24, 2013

Nasihat daripada En.Abang Izhar..semasa ganti kelas Madam Faridah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi...

Nasihat En.Abang Izhar semasa menggantikan kelas Madam Faridah...

"Meniru semasa peperiksaan menyebabkan kesinambungan kepada haram, mendapat ijazah dengan cara yang haram iaitu meniru,kemudian mendapat kerja dengan ijazah dengan keputusan yang diperolehi dengan cara meniru,kerja itu menjadi haram dan sumber rezeki yang diperolehi menjadi haram,kemudian diberi makan kepada anak,isteri,emak dan ayah...maka proses haram jelas berterusan"

Rumusan yang diri ini~hamba Allah yang lemah dapat ringkaskan..moga-moga ianya dapat menjadi nasihat  daripada En.Abang Izhar dan sebagai amal kepada diri ini~hamba Allah yang lemah dan kepada En.Abang Izhar dan kepada kalian..generasi selepas diri yang hebat.amin.

Sunday, April 21, 2013

Penjelasan maksud adil daripada En.Azhari...semasa interview untuk subjek"Work-Life Balance"

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi...

Penjelasan maksud adil daripada En.Azhari semasa seisi "interview" subjek "Work-Life Balance"...adil bermaksud "meletakkan sesuatu kena pada tempatnya"

~maaf..tiada hadis atau nas untuk menyokong tetapi ini ialah kata-kata kebaikkan dan harapan saya sebagai hamba Allah yang lemah ini..semoga kata-kata ini dapat menjadi satu ilmu dan sedekah yang bermanfaat daripada En.Azhari..dan juga sebagai amal untuk saya hamba Allah yang lemah ini.~

Saturday, April 20, 2013

Nasihat daripada Dr.Halim semasa bengkel "References Technique"

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Nasihat daripada Dr.Halim semasa bengkel "References Technique"

"Apa sahaja rujukan dalam Islam hendaklah bersandarkan pada Hadis dan Al-Quran,jika tidak ia hanya berdasarkan fikiran logik semata-mata"


Tuesday, April 16, 2013

Nasihat daripada Madam Faridah.. dalam bahasa Inggeris

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi

Nasihat daripada Madam Faridah dalam bahasa Inggeris

"The person that want to satisfied all people ending up satisfied nobody"

Maksudnya dalam bahasa Melayu yang dapat saya hamba Allah yang lemah ini berikan ialah

"Mereka yang cuba memuaskan hati semua pihak akhirnya mendapati tidak memuaskan hati siapa-siapa pun"

Sunday, April 14, 2013

Nasihat daripada Dr.Zaim semasa kelas 1citizen


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Nasihat daripada Dr.Zaim semasa kelas 1citizen...

"Hidup dalam dunia ini pasti ada yang suka dan yang tak suka dengan kita"

Wednesday, April 10, 2013

Nasihat daripada Ustaz semasa kuliah Maghrib

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Nasihat daripada seorang Ustaz..."bila bersedekah Allah s.wt. balas balik dengan 7 kali ganda"~ dari sumber  mana Ustaz ini dapat ilmu in tidak dapat dipastikan kerana diri ini sudah lupa..maaf "kalian generasi selepas diri" diri ini seorang hamba Allah yang mudah lupa...semoga nasihat ini menjadi maanfaat kepada "kalian generasi selepas diri" dan menjadi amal kepada diri ini.. terima kasih kepada Ustaz kerana sudi memberi ilmu yang bermanfaat...semoga ini juga menjadi amal kepada Ustaz tersebut...amin.

Tuesday, April 9, 2013

Nasihat daripada Kamil..nasihat hari ini-BELANJA DAN SEDEKAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Nasihat daripada Kamil...seorang sahabat yang suka belanja kawan-kawan makan...

"Belanja kawan-kawan makan,nanti ada rezeki yang Allah bagi,contohnya aku belanja kawan-kawan makan dan Allah s.w.t bagi rezeki dengan aku dijemput jadi cikgu,bagi ceramah,jadi imam dan ada sahaja rezeki lain yang Allah bagi"

p:s~ Nasihat yang baik mil tetapi hati dan akal aku masih teringat ayat dalam buku Chef Li,"Menjejaki Jutawan Senyap" biar kedekut yang berasakan  kira-kira daripada pemurah yang membabi buta....insya-Allah..dua-dua nasihat ini baik...jadi bersedekahlah Tarmizi kerana nasihat Dr.Zaiton(penyelaras PTA aku) bersedekahlah kerana sedekah tidak pernah mengurangkan harta tetapi menambahkannya lagi.....insya-Allah.

Monday, April 8, 2013

Selepas kenduri arwah...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Semasa kenduri arwah ibu Aiman..semoga kau kuat Man..tadi adik kau Udin cakap dia tengok wajah ibu kau bercahaya dan nampak tenang..semoga ibu kau ditempatkan di kalangan orang beriman..amin

Semasa sedang membaca Yassin,Zikir..otak diri ini..hamba Allah yang lemah berfikir..lepas habis kenduri nanti..proses membaca dan sedekah doa semoga mereka yang telah meninggal dunia harus diteruskan bukan terhenti setelah selesai kenduri...

Semasa sedang membaca Yassin dan Zikir..akal dan hati hamba Allah yang lemah..berdetik.."kalau aku meninggal,adakah orang nak  baca Yassin,buat kenduri untuk aku?"ya Allah...bantulah hamba supaya urusan jenazah hamba dapat disempurnakan...amin.

Semoga mereka semua....yang telah meninggal dunia..akan sentiasa disedekahkan doa supaya mereka berada dalam keadaan tenang dan dalam kalangan orang yang beriman kepada Allah..dan juga kepada mereka yang masih hidup..amin.

-P:S-Nasihat yang dapat dikongsi hari ini oleh Emak saya-Jamaliah bte Deraman..duit itu perlu tetapi bukan yang terutama.

Wednesday, April 3, 2013

Semoga kita semua ditempatkan dalam kalangan orang beriman..amin.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Bulan Mac dah habis...
Memasuki bulan April...dengan kesedihan..ibu Aiman-telah meninggal dunia pada 2/3/2013...moga dia ditempatkan di kalangan orang beriman...amin
...............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


Insya-Allah

Saya..Ahmad Tarmizi bin Mohktar...seorang hamba Allah...hamba yang lemah dan  mudah lupa...akan cuba berkongsi nasihat dan panduan yang saya dapat dari guru,ustaz,kawan,emak saya,abang saya dan sesiapa sahaja yang sudi memberi nasihat...dan disusuli dengan harapan supaya kalian yang membaca catitan di blog ini mendoakan supaya matlamat dan cita-cita saya tercapai.

Mudah-mudahan..ini dapat menjadi amal saya bila saya meninggal dunia.......

amin.

Buat masa ini,sedekahkanlah al-fatihah kepada arwah bapa saya,Mohktar bin Manaf,arwah ibu Aiman Sa'diah bte Abdul Hamid,diri saya dan seluruh umat Islam...tolong.

Monday, April 1, 2013




Kepada sesiapa sahaja yang membaca..terbaca blog ini...mohon supaya mendoakan diri ini

1) Tidak perlu mengambil semula subjek ekonomi yang gagal...dan tidak menjadi halangan untuk bergraduat.

2) Diri ini-Ahmad Tarmizi b.Mohktar..dapat bergraduat dengan "target pointer" iaitu 3.00

3) Dapat menjalani latihan industri/praktikal dengan mudah...

Maka..blog ini..selepas ini akan menjadi "post automatik" dengan zikir..selawat...supaya akan tetap menjadi blog "amal" diri ini...