Pagis

Tuesday, January 31, 2017

Sembang Tak Boleh Menang


Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


                                                      Image result for sembang

Seloka Sembang Tak Boleh Menang

Tak boleh menang, memang tak boleh menang

Bila bersembang, dia sahaja kencang,

Tak boleh menang,memang tak boleh menang

Bila kata susah zaman sekarang,

Dia suruh tengok negara orang,

Tak boleh menang,memang tak boleh menang

Bila kata harga petrol naik,

Dia suruh simpan motor,kereta, naik basikal balik.

Tak boleh menang,memang tak boleh menang

Bila kata ketua buat keputusan pelik-pelik,

Dia kata usah masuk campur, ikut sahaja mereka semua tu cerdik-cerdik.

Tak boleh menang,memang tak boleh menang

Bila bagi fakta,

Dia kata itu semua auta, saja nak bagi sedap cerita,

Tak boleh menang,memang tak boleh menang

Bila kata rasa terbeban,

Dia kata kita kurang usaha, banyak sangat makan.

Tak boleh menang, memang tak boleh menang,

Bila bersembang dengan macam ini punya orang,

Sembang sampai pokok boleh tumbang,

Rumah boleh terbang.


Suka hatilah pakcik, saya nak balik. Semoga Malaysia maju, rakyat aman harmoni.


semoga ada manfaatnya "post" kali ini,

insya-Allah...

amin.

8 comments:

CikLa Shahril said...

Hai. Mizi.. Cikla singgah sini...

Btw, Tahniah Mizi terpilih... nk tau Klik sini

http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2017/02/top-commentators-january-2017.html

At-Tarmizi said...

CikLa Shahril hai....jemput singgah....terima kasih ya, moga murah rezeki =)

sya mimie said...

Susah klau bersembng dgn org mcm tu. Kita biarkn aje la.. ☺

Sheila Adziz said...

hehe... ramai juga sy jumpa org mcm ni... tapi tak pa la nak buat camana perangai mereka cam tu... semoga Allah lindungi kita dari lidah yg boleh menjerumuskan ke neraka... kita doakan saja mereka baik2

Warisan Petani said...

Kita hanya boleh berdoa
semoga Allah tunjukkan kebenarannya.

At-Tarmizi said...

sya mimie ya,biarkan saja merupakan antara cara yang baik =)

At-Tarmizi said...

Sheila Adziz ya, doakan saja yang baik-baik =)

At-Tarmizi said...

Warisan Petani insya-Allah, amin. =)

Post a Comment