Monday, January 25, 2021
Friday, January 22, 2021
Phone rosak
Thursday, January 21, 2021
Wednesday, January 13, 2021
Sunday, January 10, 2021
Asif & Tar

Saturday, January 9, 2021
Agaknya apa yang akan jadi nanti?
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.
Terima kasih kepada yang membaca atau terbaca post di blog saya ini. Terima kasih juga kepada yang sudi memberi komentar di ruangan komen. Bila tengok ada yang meninggalkan komen maka saya akan rasa gembira sebab ada yang sudi meluangkan masa melayari blog saya dan membaca post-post yang ada di blog saya ini.
Terima kasih juga jika ada yang menjadi silent reader,mungkin hanya membaca sahaja tanpa meninggalkan sebarang komen, tak apa, moga ada perkara yang berguna,maklumat yang boleh diperolehi dalam blog saya ini.
Baik, sekarang ni saya rasa semua rakyat Malaysia tengah tertunggu-tunggu pengumuman yang akan dibuat oleh Perdana Menteri kita pada hari Isnin nanti.
PKP akan dilaksanakan semula ke? sekolah buka atau tak? apa yang akan jadi nanti??
Saya terfikir, jika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan semula,bagaimana kesannya nanti?
Sudah tentu tujuan utama PKP ni dilaksanakan bagi membendung penularan wabak covid 19, sekarang ni sudah melepasi angka 3 ribu. Sedih dan merisaukan.
Tetapi sekiranya PKP dilaksanakan, bagaimana bentuk atau kaedah PKP kali ini?
Sektor apa yang boleh dibuka, sektor apa yang akan ditutup.
Berapa ramai yang akan terjejas sumber pendapatan,hilang pekerjaan dan sebagainya?
Berapa banyak kedai atau pengusaha kedai-kedai makan yang baru hendak bernafas kemudiannya terpaksa menutup semula operasi?
Malah bukan semua orang dapat duit i-sinar KWSP, ada yang memohon tetapi tidak layak,ada juga yang langsung tidak ada KWSP.
Sekiranya mereka hilang kaedah atau punca pendapatan,bagaimana hendak menjalani kehidupan seharian? Berapa lamakah boleh bertahan dengan wang simpanan,atau bagaimana jika langsung tak ada simpanan??
Tidak lupa juga tekanan perasaan,gangguan emosi yang akan berlaku.
Agaknya apa akan jadi nanti?
Jika dikatakan untung bagi golongan makan gaji,benarkan mereka benar-benar tidak terkesan?
Saya rasa mereka juga terbeban dengan kerja yang luar biasa banyaknya serta kekangan masa yang dihadapi. Malah lebih menyedihkan jika dapat majikan yang tak peduli masa bekerja dan masa bersama keluarga yang perlu diseimbangkan dalam hidup mereka.
Tetapi tak buat langkah-langkah pencegahan seperti PKP pun tak boleh juga.
Frontliner atau barisan hadapan semakin keletihan.Mereka perlu sokongan dan rehat yang sewajarnya.
Agaknya apa akan jadi nanti?
Dengan keadaan banjir yang buruk di beberapa negeri,masalah covid yang merisaukan.
Moga keadaan negara kita kembali pulih.
Moga cepatlah penyakit covid ini hilang.
Moga kita semua dapat kembali bernafas seperti biasa tanpa perlu memakai pelitup muka.
Ini sekadar pandangan,pendapat dan doa daripada seorang rakyat biasa daripada saya.
Mohon maaf jika ada tersalah dalam menulis.
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
Insya-Allah..
amin.