Monday, March 30, 2020

Asif & Tar


Sunday, March 29, 2020

"Segmen Bloglist 2020 Cida"

Wednesday, March 25, 2020

Asif & Tar


Friday, March 20, 2020

Bekerja sendiri/Penjaja Kecil

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Wabak covid19 ini memang membimbangkan.

Seruan daripada Perdana Menteri Malaysia dan juga titah Sultan supaya rakyat duduk sahaja di rumah.

"Stay at home"

Larangan berniaga turut dilaksanakan khususnya kepada peniaga pasar malam dan pasar tani.Segala operasi terpaksa dihentikan.

Saya selaku penjaja pasar borong turut terasa.

Memang benar pasar borong atau pasar awam boleh beroperasi, tetapi saya memilih untuk tidak berjaja dan hanya kekal duduk di rumah.

Jika ada keperluan mendesak barulah saya keluar seperti pergi membeli beras atau ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Sebab saya fikir lebih baik bertahan selama 2 minggu berbanding jika berlaku lockdown.Lagi susah nanti.

Bersabar sahajalah sepanjang dua minggu ini.

Tetapi jujurnya,termenung juga sebab 2 minggu perintah kawalan ini dilaksanakan. Bermaksud tiada sebarang pendapatan untuk saya.

Saya berjaja atau menjadi penjaja kecil ini merupakan pendapatan harian saya. Jika tidak berniaga maka tiadalah pendapatan.

Dua minggu tanpa pendapatan. Berat sungguh rasanya.

Bayangkan kalau mereka yang mempunyai keluarga atau anak sekolah?

Lebih merisaukan dan membimbangkan.

Simpanan pun ada berapa sahaja. Jika digunakan lama-lama habis juga.

Bukan semua yang berniaga itu kaya atau banyak duit.

Saya percaya majoriti mereka yang menjadi penjaja ini sekadar mencari duit untuk perbelanjaan harian,duit sekolah anak,duit bayar bili dan sebagainya.  Membantu serba sedikit urusan keluarga.Itu sahaja.

Bukan kaya-raya seperti tauke-tauke besar.

Image result for doa atasi wabak
sumber gambar:google images

Moga virus ini cepatlah terhapus.

Moga negara Malaysia kembali seperti dahulu.

Boleh sembahyang Jumaat, boleh keluar berjaja,boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.

Moga segalanya kembali pulih seperti sediakala.

insya-Allah...

amin.

Friday, March 13, 2020

Coronavirus

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sekarang ini penyakit coronavirus semakin membimbangkan.

Sehinggakan Solat Jumaat terpaksa diringkaskan. Malah ada di beberapa tempat tak silap saya terpaksa dihentikan, bimbang jika berlaku penyebaran wabak.

Sungguh merisaukan.

Moga penyakit atau wabak ini dapat dihapuskan dengan segera.

Jika keadaan ini berterusan,banyak kesan atau faktor negatif yang berlaku.

Peniaga akan terjejas, nak pergi kerja susah, nak pergi mana-mana pun kena fikir banyak kali.

Malah sekarang ini nak beli penutup muka atau hand sanitizer pun susah,banyak kedai atau farmasi yang kehabisan stok.

Sungguh membimbangkan.
Image result for cara cegah corona
sumber gambar:google images


Moga semuanya akan kembali pulih seperti biasa.

Mohon doa semua agar keadaan kembali pulih khususnya di negara Malaysia.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

amin.


Tuesday, March 10, 2020

Peta Malaysia

Image result for peta malaysia
sumber gambar:google images

Tuesday, March 3, 2020

Contest "Saya Mahu Produk CREATIVE UNITED PSan!"


klik banner untuk join =)



saya nak hadiah ni kalau boleh =)

Drawstring Bag


Neko no Ai Drawstring Bag


sebab smart +cute+trendy kalau dapat hadiah ni, lagi satu boleh saya bawa dan letak barang-barang macam powerbank,earphone,buku nota kecil kemana-mana saja kalau saya dapat hadiah beg ni =)


saya tag:

safirulamar~safirulamar.com

Thursday, February 27, 2020

Asif & Tar


Friday, February 21, 2020

Menulis di media sosial

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Dahsyat sungguh zaman sekarang kan?

Zaman semuanya  di hujung jari.

Tersilap tulis, tersalah kongsi, terlalu emosi dalam "post" sesuatu perkara,maka buruk akibatnya.

Terkadang menulis dalam keadaan marah,keadaan emosi tidak stabil, maka tak dapat berfikir dengan tenang dan rasional, maka tak sedar perkataan atau post yang dikongsi akan menyebabkan kesan buruk pada diri sendiri.

Tambahan lagi zaman sekarang ramai yang suka menjadi hakim. Suka menulis ikut suka hati tanpa selidik dulu sesuatu perkara.

Menulis untuk tujuan mengutuk atau menghakimi seseorang ini bukan termasuk dalam kategori cyberbully ke?

Image result for zaman fitnah hujung jari
sumber gambar:google images


Entahlah...

Harapnya kita berhati-hati dalam menulis sesuatu perkara di media sosial.

Secara jujurnya saya juga kerap buat kesilapan dengan meluahkan rasa kecewa,rasa marah di media sosial, menulis dengan tujuan nak nampak hebat.

Tetapi hakikatnya tak ada faedah pun untuk saya bila saya buat semua itu.

Moga segala yang saya tulis tidak menjadi satu dosa kepada saya bila saya mati nanti.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

amin.


Saturday, February 15, 2020

Doa untuk angah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sebenarnya post kali ini agak berat untuk saya tulis.

Tetapi saya gagahkan juga diri untuk menulis dan berkongsi.

Saya ingin memohon doa sesiapa yang membaca atau terbaca blog ini,supaya mendoakan semoga kesihatan abang saya nombor dua,angah supaya sembuh.

Jujurnya,selepas terlibat dengan kemalangan, angah saya kerap dimasukkan ke hospital.

Dia seakan-akan tidak sedar dengan tindakan,perlakuan atau percakapannya..

Saya risau jika satu hari nanti semasa angah saya bercakap dalam keadaan tidak sedar,ada kemungkinan orang lain rakam dan kemudian ditularkan...maka akan jadi satu masalah besar bagi kami sekeluarga.

Sebab bila angah saya tidak sedar,kadangkala perbuataan atau percakapannya akan menjadi tidak masuk akal.Contohnya dulu abang saya pernah tolak motor dari rumah hingga ke tempat kerja.Sedangkan motornya tak rosak dan dia cuti/off day pada hari tu. Bila ditanya,dia cakap dia sedang ditolong makluk  yang tak dapat dilihat oleh manusia lain. Sebenarnya abang saya berada dalam keadaan tidak sedar ketika itu.

Sekarang ini kami sekeluarga membawa angah saya menjalani rawatan kesihatan di hospital.Setakat ini alhamdulillah tiada masalah yang besar atau serius.Tetapi angah saya kena makan ubat penenang dan menghadiri pemeriksaan yang telah ditetapkan.

Berat sebenarnya untuk saya tulis post ini,seolah-olah saya membuka aib abang sendiri. Tetapi niat saya cuma ingin mengelakkan sebarang masalah timbul di kemudian hari. Itu sahaja niat saya.


Mohon doa semua semoga angah saya diberi kesihatan dan kehidupan yang baik.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

amin.

Friday, February 14, 2020

Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends

                               http://www.mamapipie.com/2020/02/giveaway-wang-tunai-rm1000-by-mamapipie.html


Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends


Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai
Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends". Tepek banner di atas beserta link ke post ini. Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang.
Tag 3 rakan
Wajib Follow Youtube ibusyurga: Klik Sini -> Youtube ibusyurga
Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang

Ibusyurga.blogspot.com
Sukamakanjalan.blogspot.com
www.dawaibesi.com
www.guamansyarie.com
https://nikmatterbaik.blogspot.com
http://www.mamapipie.com

Ini syarat wajib dan mama akan check satu.. satu.. Kalau tak patuhi syarat ni korang akn disqualified.

Mama galakkan korang rajin singgah dan komen blog penaja kerana hadiah utama akan dipilih sendiri oleh penaja. Mama pun tak pasti bagaimana cara mereka akan memilih pemenang nanti..


Digalakkan Follow Media Social Mama: Instagram FB Youtube Twitter FB Page
Last sekali, tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
Tarikh tutup giveaway adalah pada 29 Feb 2020 11.59 malam.
Insya Allah, pemenang akan diumumkan pada 5 mac 2020



Hadiah Wang Tunai RM1000 - Senarai Hadiah
Wang tunai sejumlah RM 1000 akan dihadiahkan kepada 17 orang pemenang.. Banyak kan.. Alhamdulillah, Semoga murah rezeki penaja kita. Sama-sama kita doakan agar penaja-penaja kita sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang berkat, diberkati Allah dan bisnes sentiasa menjadi. Seramai 17 pemenang akan dipilih memenangi total RM1000 nanti. Pemenang hadiah utama akan dipilih sendiri oleh pihak penaja. Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi:

Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
1 x RM200

Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
2 x RM100

Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
14 x RM50



saya tag:

http://fitri1986.blogspot.com/
http://100pelukis.blogspot.com/
http://throughmyglasseskacamata.blogspot.com/

Friday, February 7, 2020

Moga hujan turun di Melaka

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sekarang ini negeri Melaka mengalami masalah bekalan air sehingga terpaksa dicatu.

Susah jadinya bila air tiada. Banyak urusan menjadi susah. Nak mandi,nak buang air,nak siram pokok,nak masak,macam-macam lagi hal yang memerlukan air semua ni sukar nak dilakukan.

Terpaksa menyimpan air dan kena berjimat dalam menggunakan air.

Mohon sesiapa yang membaca atau terbaca post di blog saya ini,doakanlah supaya hujan turun di negeri Melaka.

Empangan air di Melaka semakin berkurangan. Tidak pasti berapa lama lagi catuan air akan dilaksanakan.

Mohon doa semua supaya hujan turun di negeri Melaka.

Image result for doa minta hujan
sumber gambar:google images
                             
Susah bila tak ada air ini,khususnya golongan tua,susah nak angkat air.

Semoga hujan turun di negeri Melaka.

Semoga negara Malaysia bebas daripada penyakit atau virus berbahaya.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah..

amin.

Monday, February 3, 2020

Asif & Tar


Thursday, January 30, 2020

Jan Giveaway + BW by lieyzanordin

klik gambar untuk join =)

Tuesday, January 28, 2020

Tak semudah itu

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Tak semudah itu, bila kita melihat petani yang berjaya dengan hasil kebunnya. Banyak perit getir yang perlu dilalui, semak samun,penat lelah, hujan panas,semuanya harus ditempuhi untuk dapat hasil yang memuaskan.

Tak semudah itu,bila kita lihat seseorang dalam keadaan kecewa dan lemah semangat, hendak kembali semula mendapatkan keyakinan bukan semudah menepuk bahu dan menyuruh bersabar,banyakkan doa...barangkali dia lebih rajin solat,lebih fasih tajwid al-Quran, lebih arif hukum dan sebagainya berbanding kita.

Tak semudah itu juga bila kita mudah menuduh seseorang itu tak bekerja kerana malas.Barangkali sudah beribu-ribu resume yang dihantar,sudah beratus temuduga yang dihadiri. Bukan sedikit cemuhan dan umpatan masyarakat atau saudara-mara mengenai diri dia yang masih tak bekerja.Barangkali dia sedang sakit.Sakit yang sukar dilihat dengan mata kasar.

Tak semudah itu kita melihat seorang ayah atau ibu bangun pagi,menyiapkan anak untuk ke sekolah,kemudian bergegas ke tempat kerja. Bekerja mencari duit untuk membayar bil,belanja isi rumah dan sebagainya.

Tak semudah kita sangka.

Image result for tak semudah itu
sumber gambar:google images
                                                       

Kadang kita lupa, zaman berubah, jika dahulu seorang graduan habis sahaja belajar sudah ditawarkan pekerjaan,kini habis sahaja belajar,hutang pendidikan sudah menanti.

Kadang kita lupa atau kita buat-buat tak mengerti.

Hanya kerana kita sudah berjaya menjadi seseorang,bukan sebab untuk kita memandang rendah usaha seseorang.

Tak semudah itu.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

amin.

Thursday, January 23, 2020

Penat

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Image result for penat
sumber gambar:google images

Terasa penat.

Sungguh penat.

Lebih-lebih lagi bila kena jawab urusan hal orang lain, terasa penat.

Diri sendiri penat, siapa yang peduli?

Penat, kadang rasa nak pergi jauh-jauh.

Nak pergi mana?

Duit tak ada,kemahiran tak ada,ilmu tak ada.

Penat.

Terasa macam nak tidur saja sampai bila-bila.

Sebab bila terjaga, kena jawab dan fikir perkara yang entah apa-apa.

Penat.

Maaflah...

Dekat blog ini saja boleh luahkan rasa yang terdapat dalam hati.

Penat.

Sangat penat.

Entahlah berapa lama boleh bertahan.

Tahap sabar makin menurun.

Penat.

Penat sangat-sangat...

Bila entah nak tamat.

Saturday, January 18, 2020

Contest Isi Dialog~ daripada blogger MUHAMMAD NAIM ABDULLAH

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Ini ialah hasil karya kreatif daripada blogger Muhammad Naim Abdullah yang dapat tempat kedua untuk segmen isi dialog kreatif di blog at-tarmizi =)

sumber:https://pemudattbc.blogspot.com/2019/11/contest-isi-dialog-di-blog-at-tarmizicom.html





Thursday, January 16, 2020

Giveaway Bersama Nieyl

Tuesday, January 14, 2020

Selamat Hari Lahir Emak

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Selamat Hari Lahir emak pada 10/1/ haritu.

Tak ada apa yang boleh diberi.

Sekadar sebiji kek yang murah harganya.

Moga yang baik sahaja untuk kita semua.

Image may contain: food


insya-Allah...

amin.

Monday, January 13, 2020

Asif & Tar


Thursday, January 9, 2020

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom.

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu..

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

 http://www.mamapipie.com/2020/01/giveaway-tahun-baru-2020.html


Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom


  1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negara jiran kalau mama buat segment bolehlah join nanti ye.
  2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom". Tepek banner di atas beserta link ke post ini juga ye. Dalam post tu korang kena nyatakan hadiah nombor berapa yang menjadi pilihan korang. Mama akan randomly pick pemenang berdasarkan hadiah yang dipilih. Total ada 4 Hadiah.
  3. Wajib Follow blog mama: http://www.mamapipie.com
  4. Wajib Follow FB page: https://m.facebook.com/mamapipie/
  5. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com dalam bloglist korang (ini mama akan check satu-satu).
  6. Wajib Subscribe YouTube: https://m.youtube.com/channel/UCeU4OMTRsXMlU3WNy-FJUUA
  7. Digalakkan Follow Media Social Mama (ni tak wajib) || FB | Twitter | Instagram |   
  8. Tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
  9. Pemilihan pemenang akan berpandukan En Random.org atau terpulang jika mama tetiba rajin nak pilih secara manual, mama akan pilih secara manual.

Tu je lah. Mudah saja kan. Bagi sesiapa yang ada masalah untuk nak buat perkara di atas dengan alasan munasabah mama tetap akan terima penyertaannya. Dun worry OK!


Hadiah Giveaway Tahun Baru Mamapipiedotcom 2020


Hadiah akan diberikan bagi 4 orang peserta bertuah. Setiap peserta akan di pilih berdasarkan hadiah yang menjadi pilihan korang.

Hadiah 1




Blouse design 1, warna kuning cair/cream. Free size Boleh refer size di bawah

Bahu 15
Dada 40
Ketiak 18
Labuh baju 30


Hadiah 2



Blouse design 2, warna peach. Free size Boleh refer size di bawah (sorry anak panah tu macam confusing sikit)

Bahu 15
Dada 40
Ketiak 18
Labuh baju 30


Hadiah 3



Set perfuma dan mandian Royale, Ada 3 barang dalam ni perfume, body mist Dan shower gel. Bau wangi u ol. Boleh jadikan hadiah buat yang tersayang juga ni


Hadiah 4


Wang tunai RM50 (akan terus bank in ke akaun korang)


Segment ini berakhir pada 31/01/2020 11.59 Malam.

Tuesday, January 7, 2020

Cara ringkas solat jenazah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sedikit perkongsian ringkas cara solat jenazah:

Related image
sumber:google images


moga ada manfaatnya.

insya-Allah...

amin.

Sunday, January 5, 2020

January Giveaway by Awesome Dreamer

Wednesday, January 1, 2020

Tahun 2020

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Dah masuk tahun 2020, kira dah 10 tahun blog ini berusia.

Nama sahaja dah 10 tahun, tapi sikit sangat post yang saya tulis setakat ini. Jika tengok balik setahun tu kadang-kadang ada beberapa sahaja postnya.

Ikut logik atau kira-kira, setahun ada 365,jika sehari satu post sepatutnya ada 365 post, tapi tak pernah pun capai macam tu.

Jujurnya saya tulis blog ini bila rasa nak menulis, atau kadang-kala melukis,jadi saya share di blog saya ini tentang penulisan atau hasil lukisan.

Sekarang dah tahun 2020, entah berapa lama lagi blog tarmizi ini akan bertahan, harapnya bila saya mati, sedikit sebanyak dapat menjadi amal untuk saya nanti.

Target blog untuk 2020? tak ada,  cuma nak rajin menulis,melukis,lebih aktif blog, itu sahajalah..

Terima kasih kepada semua yang membaca,terbaca,menjadi follower di blog saya ini.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

amin.