Pagis

Sunday, January 1, 2017

2017



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Image result for 2017
sumber:google images


2017, sudah masuk tahun 2017, tahun baru yang disambut dengan kenaikan harga minyak petrol.....agak membebankan bagi golongan macam saya, rakyat biasa yang berpendapatan tidak menentu....

Saya yang bujang pun terasa akan kenaikan harga minyak, yang secara automatiknya, harga barang lain akan turut meningkat, ironinya sekira harga minyak jatuh, tidak pula berlaku penurunan harga barang, inikan pula mereka yang berkeluarga. Mereka yang berpendapatan rendah, sederhana dan mempunyai tanggungan anak. Anak itu pembawa rezeki, serta rezeki setiap individu ada jaminannya, itu tidak dinafikan. Tetapi saya cuma menulis berdasarkan pemerhatian saya.

Belanja sekolah, belanja dapur, belanja peribadi, semua belanja yang memerlukan perkiraan yang rapi. Saya percaya setiap ayah atau ketua keluarga sekarang lebih mengutamakan keperluan keluarga berbanding kehendak sendiri. Semoga mereka dan kita semua dilimpahi rezeki dan diberi kecukupan dalam hidup.

20 sen bagi kenaikan harga petrol, bagi sesetengah orang, hanya 20 sen sahaja, tetapi bagi rakyat biasa dan berpendapatan tidak menentu seperti saya, kesannya cukup memberi impak dalam hidup seharian. Sebagai penunggang motorsikal, kenaikan seperti ini sedikit sebanyak akan menaikkan perbelanjaan dalam hidup saya. Saya cuma menunggang motorsikal, bagaimana pula mereka yang menggunakan kereta sebagai kenderaan utama untuk ke tempat kerja, hantar anak sekolah, urusan keluarga serta hal-hal lain? tidakkah kenaikan ini pasti menyukarkan sedikit sebanyak kepada mereka.

Saya cuma menulis hasil pemerhatian, hasil secebis pengalaman dalam hidup, bukan ingin merungut tentang hal-hal yang berlaku ketika ini, cuma ingin meluahkan pemikiran melalui hasil penulisan saya di blog ini.

Saya tidak mampu menyumbang wang ringgit berjuta-juta kepada kerajaan untuk membantu masalah kenaikan harga, ketidakstabilan ekonomi dunia, saya hanya mampu berdoa dan mendoakan supaya kelangsungan hidup di Malaysia ini kepada semua penduduknya supaya sentiasa berada dalam kecukupan.......tiada gunanya bangunan yang berjuta-juta ringgit dibina tetapi di sebalik bangunan tersebut ada rakyat yang sedang menderita kelaparan.

Tahun 2017, harapnya kita semua diberi kehidupan yang seimbang, dicukupkan segala keperluan, serta suasana yang harmoni sesama kita. moga diperkenankan oleh Allah s.w.t.

semoga ada manfaatnya "post" kali ini...

insya-Allah...

amin,

4 comments:

Mrs. A said...

Amin YaRabbal Alamin

Safirul Amar said...

apa nak di katakan itulah Malaysia...

At-Tarmizi said...

Mrs. A Amin. =)

At-Tarmizi said...

Safirul Amar moga Malaysia bertambah baik =)

Post a Comment