Wednesday, December 28, 2016

"Giveaway Untuk Bloggers #2".

giveaway safirulamar

klik banner untuk join =)

Tuesday, December 27, 2016

Percubaan Pertama

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi...


Alhamdulillah, syukur saya telah berjaya membuat banner untuk facebook emak saya. Percubaan pertama bagi saya dalam mempelajari cara membuat banner. Walaupun banyak kekurangan, namun saya berasa agak puas hati dengan hasilnya. Saya buat design simple sahaja, maklumlah masih belajar.  Moga saya dapat menambah ilmu dalam membuat banner menggunakan adobe photoshop.

Inilah hasil banner yang saya buat untuk emak saya letak di facebooknya.




banyak kekurangan yang perlu saya baiki. Doakan lah saya berjaya.


Moga ada manfaatnya "post" kali ini.

Insya-Allah...

amin.

Monday, December 26, 2016

Pencari Jalan Lurus



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi...

Pertama kali dalam blog ini, saya cuba untuk menulis "review" mengenai drama yang saya tonton hari ini. Drama ini ialah drama tahun 2013, tetapi saya baru menontonnya hari ini. Drama ini menarik minat saya, jadi saya membuat keputusan untuk menulis "review"  mengenai drama ini dan berkongsi dengan pembaca atau sesiapa sahaja yang membaca/terbaca blog saya ini. Harapnya ada yang sudi membaca "review" saya ini.

Tajuk drama: Pencari Jalan Lurus(2013), siaran tv Al-Hijrah

Image result for pencari jalan lurus


Sinopsis: Mustakim, seorang anak kepada keluarga kaya di mana keluarganya mempunyai rangkaian kedai serbaneka 24 jam dan mempunyai beberapa cawangan. Tetapi Mustakim tidak mahu bekerja dengan keluarganya, sebaliknya bekerja sebagai pemandu bas/penjaga perpustakaan bergerak. Mustakim bertindak memlih pekerjaan ini kerana  beliau seorang yang sukakan buku, sayangkan buku dan dahagakan ilmu pengetahuan. Oleh itu, Mustakim memilih untuk menjadi seorang pemandu bas perpustakaan bergerak kerana merasakan pekerjaan ini sesuai dengan jiwanya. Melalui pekerjaan ini juga Mustakim dapat berkongsi ilmu dengan semua orang. Mustakim telah bertemu dengan Nailah, seorang gadis kampung yang bekerja kilang. Nailah seorang gadis yang suka membaca dan ini menyebabkan hubungannya dengan Mustakim menjadi rapat.  Selain berjumpa Nailah, Mustakim turut bertemu dengan watak-watak lain seperti Nenek Nailah, Ihsan, Dahlia, Fatah dan ramai lagi.
Tontonilah Pencari Jalan Lurus untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada Mustakim sepanjang bekerja sebagai seorang pemandu/penjaga bas perpustakaan bergerak.

Watak dalam drama Pencari Jalan Lurus

Mustakim- dilakonkan oleh Beto Kusyairy

Nailah- dilakonkan oleh Tiz Zaqyah

Ihsan-dilakonkan oleh Afzan Anak Wayang

Dahlia-dilakonkan oleh Ramona Zam-Zam

Nenek Siah- dilakonkan oleh Ku Faridah

Adik Fatah-dilakonkan oleh Muhammad Na'im Danial


Ulasan saya, cerita ini mempunyai jalan cerita yang ringkas, tetapi memberi banyak unsur dan nilai positif yang dapat diterapkan dalam kehidupan seharian dan juga kepada masyarakat. Selain itu, cerita ini juga turut menyelitkan kata-kata hikmah dan motivasi yang dapat menjadi panduan dan dorongan dalam kehidupan.


Drama Pencari Jalan Lurus-2013

sumber : youtube.com


semoga ada manfaatnya "post" kali ini...

insya-Allah...

amin.

Saturday, December 24, 2016

Tumpang Niaga


Friday, December 23, 2016

Bloglist Januari Tahun 2017


klik banner untuk join =)

Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi 2017

Misi Pencarian Bloglist MYiDEAKiNi 2017

Klik banner untuk join =)

Wednesday, December 21, 2016

Anniversary GiveAway

anniversary giveaway

klik banner untuk join =)



Monday, December 19, 2016

D.I.Y Small Office Home Office (SOHO)


Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Small office home office atau singkatannya S.O.H.O.... bermaksud satu ruangan atau tempat dalam rumah yang diubahsuai atau dikhaskan untuk membuat kerja-kerja pejabat. Maksud mudahnya ruang pejabat di rumah.

Perkembangan teknologi sekarang ni menyebabkan berlakunya perubahan di mana terdapat beberapa negara yang melakukan konsep kerja dari rumah. Maka tercetuslah konsep ruang pejabat di rumah ini. Malah di negara UK, jika terdapat S.O.H.O di rumah mereka, maka mereka boleh minta untuk dikurangkan cukai mengikut beberapa terma dan syarat.

Baiklah, sebenarnya saya teringin untuk mengaplikasi konsep S.O.H.O ini. Walaupun, saya bukan seorang yang bekerja di pejabat sebaliknya seorang penjaja kecil-kecilan tetapi dengan mempunyai ruangan seperti ini memberi manfaat dan keseronokkan terhadap diri.

Maka saya telah membuat satu ruangan S.O.H.O di bilik saya....jom tengok gambar-gambar ruangan S.O.H.O saya:
small office, home office
ruangan S.O.H.O

small office, home office
ruangan S.O.H.O
small office,home office
ruangan S.O.H.O

syukur kepada-Nya, terlaksana juga hasrat nak ada ruangan S.O.H.O ni, buat permulaan dahulu, guna sahaja bahan yang ada.....nanti ada rezeki ubahsuai sedikit demi sedikit,contoh macam alas tikar meja tu saya pakai tikar getah sahaja...nanti tukar alas cantik sedikit, kerusi pun nanti nak tukar macam kerusi pejabat.  Sudah survey dekat Mudah.my dan sudah tempah satu kerusi pejabat, tetapi penjual tu tiada pula dekat Melaka dalam minggu ni, minggu depan baru kerusi pejabat tu sampai, insya-Allah kalau ada rezeki dapatlah kerusi pejabat tu nanti.

Harapnya dekat ada ruangan S.O.H.O ni maka bertambah semangat untuk saya menulis di blog ni, cuma masalahnya dekat dengan katil...takut nanti tengah semangat tulis artikel, tiba-tiba rasa mengantuk terus pergi katil tidur pula.......harapnya tidaklah begitu.


sumber mengenai S.O.H.O: https://en.wikipedia.org/wiki/Small_office/home_office

semoga ada manfaatnya "post" kali ini,

insya-Allah...

amin.



Sunday, December 18, 2016

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama cikgu ayu

segmen blogger, blogwalking


klik banner untuk join =)

#MyTravelokaEscapade Sabah



Sabah....negeri di bawah bayu. Negeri Sabah memang terkenal dengan pelbagai tempat menarik untuk dilawati.

Saya memang menyimpan hajat untuk pergi ke negeri Sabah ini. Kebetulan pula, baru-baru ini traveloka telah menganjurkan pertandingan "you need a holiday lah". 

Apa itu traveloka?

Traveloka merupakan satu agensi pelancongan dan juga terdapat aplikasi dalam talian untuk memudahkan urusan pelancongan kepada sesiapa yang berminat untuk melancong.

"you need a holiday lah" pula merupakan pertandingan dimana peserta hanya perlu memilih satu destinasi daripada 10 destinasi pelancongan yang ditawarkan. Kemudian, peserta perlu menceritakan impian anda atau perkara yang akan dilakukan bila sampai di destinasi yang dipilih peserta tadi. Mudah dan menarik kan.


Okey, berbalik kepada destinasi yang saya ingin pergi iaitu Sabah.  Mengapa Sabah?

Jawapannya mudah, sebab saya tertarik dengan kecantikan dan tempat menarik yang sering saya lihat dalam kaca tv dan juga perkongsian gambar oleh rakan-rakan saya yang telah sampai ke Sabah. Sungguh menarik dan mempesonakan.

Di antara tempat menarik yang terdapat di Sabah yang saya kunjungi:

1) Gunung Kinabalu

Image result for gunung kinabalu

1) Gunung Kinabalu....sebab tak lengkap rasanya datang ke Sabah tapi tidak sampai ke Gunung Kinabalu....sekiranya tak dapat mendaki Gunung Kinabalu, dapat tengok dari jauh pun jadilah...teringin benar rasanya melihat Gunung Kinabalu ini dengan mata sendiri.

2) Desa Cattle Dairy Farm

Image result for desa cattle dairy farm mesilau kundasang

2) Desa Dairy Farm, macam dekat New Zealand kata orang. Memang menarik jika berpeluang melihat suasana seperti ini dengan berlatarbelakangkan pemandangan Gunung Kinabalu. Keindahan panaroma itu barangkali sukar digambarkan dengan kata-kata. Saya difahamkan pelawat juga boleh merasai sendiri cara memerah susu dan juga melihat penghasilan produk daripada tenusu. Malah difahamkan pengunjung juga boleh memberi susu kepada anak lembu.

3) Tambunan Rafflesia Reserve

Related image

Saya nak tengok bunga terbesar di dunia....bunga Rafflesia. Memang akan menjadi satu memori yang sukar dilupakan sekiranya berpeluang melihat sendiri bunga terbesar di dunia depan mata. Biasanya hanya dapat dilihat menerusi kaca tv sahaja.  Melihat indahnya ciptaan alam seperti bunga Rafflesia merupakan satu anugerah yang sangat luat biasa dan tak semua orang berpeluang melihatnya.

4) Sepilok Orang Utan Rehabiliation Centre
Image result for sepilok rehabilitation centre

Kenapa saya nak pergi tempat  ni? sebab utamanya saya pernah terbaca sebuah novel mengenai satu aktiviti untuk menyelamatkan orang utan daripada dieskploitasi dan diseludup....macam tulah lebih kurang sinopsis novel tu....saya pun tak ingat sangat, tajuk novel tu pun dah lupa...tapi dalam novel tu diceritakan akhirnya orang Utan ini berjaya diselamatkan dan dihantar ke Orang Utan Sepilok Rehabilition Centre. Lepas habis baca novel tu, saya menyimpan hasrat sekiranya berpeluang melawat Sabah, maka tempat ini harus saya lawati.

5) Pasar Filipina

Image result for pasar filipina di sabah

Okey, saya bukan seorang kaki shopping, tapi semasa zaman belajar dahulu, kawan saya memberitahu sekiranya ke Sabah, jangan lepaskan peluang untuk ke pasar Filipina. Menurut kawan saya, tempat tersebut meriah dengan pelbagai barangan yang dijual. Malah menurut kawan saya, ikan yang dijual di sini segar-segar belaka.

Banyak lagi tempat yang menarik di Sabah yang saya nak lawati..antaranya..Muzium Sabah, Coral Flyer, Kampung Budaya Monsopiad,  Keretapi North Borneo, serta pulau-pulau yang cantik di Sabah. Teringin juga nak melihat kampung yang dibina di laut, macam dalam cerita Lu Mafia, Gua Gangster yang dilakonkan oleh kumpulan Zero tu.......memang nampak cantik pemandangan dalam filem tu.

Jadi.....mana tahu ada rezeki saya untuk merealisasikan cita-cita saya untuk Sabah melalui pertandingan you need a holiday lah ni....jom join pertandingan ni....klik sahaja dekat sini~



mana tahu dapat pergi Sabah, dapat tengok Sumandak  pemandangan cantik dan tempat menarik untuk dikunjungi.

insya-Allah...

amin.

sumber gambar:googleimages.

Thursday, December 15, 2016

New Year Giveaway by MF


Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah:

Grand Top Referral : RM100

Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)

Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners

*hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*

Sehingga mencapai langit



Sehingga mencapai langit
langit

Sehingga mencapai langit
Kita ingin dengar nyanyian merdu,
Adakah sesiapa yang sudi nyanyikan lagu untuk kita?
Hidupan di dunia ini,
hanyalah manusia yang tersenyum apabila melihat bunga,
Hanyalah manusia yang menitiskan air mata,
Engkau yang lemah menyerupai manusia,
Kita suka lagu-lagu yang tenang,
Sudikah anda nyanyikan lagu untuk kami,
Walaupun nyanyian mu kurang memuaskan,
Berikan nama yang indah kepada setiap bintang 
yang muncul di langit yang gelap,
Hanyalah manusia yang menitiskan air mata,
Engkau yang lemah menyerupai manusia,
Sebab kita adalah manusia,
Manusia yang akan menjadi kuat suatu hari nanti.

Sumber:Cerita Panjang Doraemon Bintang Misteri Vol:10

Wednesday, December 14, 2016

DECEMBER GIVEAWAY by AINUL AQMA

giveaway
klik banner untuk join =)

Tuesday, December 13, 2016

SEGMEN BLOGLIST JANUARI CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY

SEGMEN BLOGLIST JANUARI CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY.
klik banner untuk join =)

Monday, December 12, 2016

Salam Maulidur Rasul 1438 Hijrah

Image result for maulidur rasul 2016
sumber:iluvislam.com

                                                

Monday, December 5, 2016

Untukmu Mak


Sunday, December 4, 2016

CONTEST #LASTGIFT BY SOFIEADIE


banner, contest, blog, giveaway

klik banner untuk join =)

Saturday, December 3, 2016

MINYAK HERBA ASMAK MUJARAB


Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Baru-baru ini saya telah menyertai pertandingan minyak herba asmak mujarab. Jadi salah satu syarat untuk pertandingan tersebut ialah saya harus membuat satu artikel/post mengenai minyak herba asmak mujarab ini.

Saya telah mendapat sebotol minyak herba asmak mujarab, bedak asmak dan juga tabung sebagai cenderahati. Minyak herba asmak mujarab ini diberi untuk saya mencuba sendiri keberkesanan minyak ini.

minyak herba asmak mujarab


Setakat ini, saya tidak mempunyai masalah asma, jadi saya tidak pasti sejauh mana tahap keberkesanan produk ini terhadap penyakit asma.

Tetapi, saya juga telah menggunakan produk ini untuk merawat luka, tangan melecur kena panas dan juga masalah sakit perut. Syukur, Alhamdulillah, produk ini berkesan untuk merawat penyakit-penyakit ini.

Jadi sedikit info mengenai minyak ini yang saya dapat melalui whatsapp daripada syarikat yang mengeluarkan minyak herba asmak ini ialah:

Berikut fakta yang MESTI anda tahu tentang produk keluaran MHAMSB

Apakah KEISTIMEWAAN menggunakan Minyak Herba Asma yang dikenali kini dengan nama Minyak Herba Asmak (MHAM) ?

Kami ambil masa yang lama untuk menjalankan R&D minyak ini agar ianya selamat dan berkesan lebih cepat.

Kandungan Minyak Herba Asmak yang telah menjalani R&D lebih selamat,lebih suci,tidak "overdose" bahan tertentu dan tidak mengandungi bahan aktif yang tinggi.

Minyak Herba Asmak juga lebih mesra kulit di mana peratusan alahan pada herbanya tersangat rendah.

Minyak Herba Asmak lebih cepat menyerap di kulit,sebab itu ramai yang mengakui keberkesanannya jauh LEBIH CEPAT.

Minyak Herba Asmak berangin dan ianya mengikut piawaian yang ditetapkan.

Minyak Herba Asmak bukan sahaja berkesan untuk asma,semput,lelah,batuk,kahak,selsema,gigitan serangga,luka,terkena api tetapi juga berkesan untuk sakit perut,bengkak,lenguh,buasir,sembelit,senggugut,membantu melancarkan darah,sakit kepala,migrain,resdung,sakit gigi,strok dan ulser.

Mereka yang mendapatkan Minyak Herba Asmak akan diberikan rundingan cara pakai mengikut masalah yang dihadapi dan biasanya akan dipantau oleh pengedar sah yang mempunyai ID.Malah pelanggan digalakkan berhubung dengan pengedar yang berkenaan sama ada untuk sebarang masalah berkaitan atau berkongsi pengalaman mencuba.

- Kami memberi jaminan kesucian  dan keselamatan produk kepada pengguna.

- Pastikan anda mendapatkan minyak dari pengedar sah syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMSB) dan jika anda ragu-ragu,anda boleh meminta ID pengedar dari mereka.

-Dapatkan minyak ini dari Pengedar  sah yang mempunyai ID  dari syarikat MHAMSB.Kami ada 1300 orang pengedar di seluruh Malaysia dan menerima ratusan testimoni setiap minggu.

Cubalah Minyak Herba Asmak yang original dari syarikat MHAMSB sekarang!
Kami akan menggunakan hologram meditag yang sah dari KKM sahaja nanti.
Buat masa ini,Minyak Herba Asmak tiada hologram.Hati-hati kerana di luar sana ramai yang mengaku menjual Minyak Herba Asmak,tetapi menipu.Ada perbezaan pada label sama ada yang lama mahupun baru.

Sedikit tambahan, harga sebotol minyak ini ialah rm39.00, jika di bawah harga ini, berkemungkinan minyak tersebut ialah tiruan.

Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen,boleh ke link di bawah atau hubungi terus  :

Hotline HQ : 019 - 970 8897
Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/

Website Minyak Herba Asmak :
http://penawarasma.com.my

Ig : mham.sdnbhd
https://www.instagram.com/mham.sdnbhd/

Fb Page :

Penawar Asma Mujarab
https://www.facebook.com/penawarasma/

Minyak Herba Asmak HQ

https://www.facebook.com/minyakherbaasmamujarabsdnbhd/

Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW7XwJbaxkXCKe3f7NEucag

semoga ada manfaatnya "post" kali ini.

insya-Allah...

amin.