Pagis

Wednesday, January 4, 2017

Rezeki



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Image result for rezeki
sumber:google images

Rezeki, merupakan satu jaminan daripada Allah s.w.t kepada setiap hambanya. Baru-baru ini saya berkesempatan membaca perihal rezeki yang dikupas oleh seorang pesara Cikgu yang kini aktif dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Cikgu Abdul Ghani Haron.....merupakan seorang individu yang aktif dalam bidang kebajikan. Malah aktiviti kebajikan yang pernah dilakukannya hasil daripada sumbangan orang ramai antaranya dengan memberi minyak petrol secara percuma di Kampung Tikam Batu. Perkara ini mendapat liputan meluas sehingga disiarkan dalam berita. Tetapi Cikgu Abdul Ghani Haron lebih selesa berada di belakang tabir dan sepanjang berita ini disiarkan, wajah Cikgu  Ghani Haron tidak kelihatan.

Perihal rezeki yang dikupas Cikgu Abdul Ghani Haron sangat menarik minat saya. Bertitik tolak daripada situ, ianya menjadi ilham kepada saya untuk menulis "post" ini.

Rezeki, setiap hidupan di muka bumi ini telah dijanjikan rezeki, sama ada rezeki darat mahupun di lautan. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Antara contoh rezeki ialah:

Nikmat tubuh badan, itu rezeki.

Nikmat dapat makan, itu rezeki.

Nikmat dapat berlindung daripada hujan, panas, itu rezeki.

Nikmat kesihatan, itu rezeki.

Nikmat kenderaan, itu rezeki.

Malah sekiranya ketika ini, kita hanya memakai sepasang selipar atau kasut, itu juga rezeki.

Cuba kita bayangkan sekiranya nikmat tubuh badan kita diambil, sebagai contoh, mata. Maka kita akan kehilangan nikmat dan rezeki dapat melihat. Nikmat kesihatan juga merupakan kesihatan yang sangat bernilai, cuba kita lihat di hospital, mereka yang ketika ini sedang terbaring akibat kesihatan yang semakin merosot, wang ringgit, pangkat dan harta benda ketika ini sudah tidak bermakna lagi. Malah rezeki kita dikurniakan dapat membeli dan memakai sepasang kasut atau selipar juga sangat bernilai maknanya. Cuba kita baca kisah-kisah di media sosial, terdapat anak murid yang terpaksa memakai kasut lusuh ke sekolah kerana ibu bapa tidak berkemampuan membeli kasut baru untuk anak mereka.

Saya menulis bukan untuk menasihati, jauh sekali untuk tunjuk pandai, hanya sekadar ingin berkongsi, ingin saling mengingati, kerana berkongsi rezeki itu lebih mesra dan bermakna.

Tidak perlu banyak, setakat yang kita mampu, itu juga begitu membantu..




Semoga ada manfaatnya "post" kali ini.

insya-Allah...

amin.



4 comments:

Safirul Amar said...

terima kasih..tazkirah yang sungguh berguna

nuyui a.k.a miss YUI said...

aameen...trima kasih share

At-Tarmizi said...

Safirul Amar tazkirah? ianya lebih kepada perkongsian =)

At-Tarmizi said...

nuyui a.k.a miss YUI sama-sama. =)

Post a Comment