Post kali ini saya cuma nak throwback atau imbas kembali kenangan semasa saya menjadi salah seorang peserta SL1M PNB di Stadium Merdeka dan Stadium Negara.
Saya kena menjalani on the job training di stadium selepas selesai seisi pembelajaran dalam kelas.
Ditugaskan dekat stadium banyaklah event yang dapat saya tengok. Selalunya konsert K-Pop lah.
Tetapi konset pertama yang dapat saya tengok ialah konsert Megadeth.
Jujurnya masa saya pergi tengok konsert ni saya bukanlah peminat kumpulan ini atau kumpulan muzik yang genre macam ni.
Cuma sekarang ni bila saya dengar lagu-lagu thrash metal dekat youtube ada juga lagu yang saya seronok dengar macam Nemesis..
Megadeth pun ada juga lagu yang saya layan bila dengar dekat youtube.
Saya kongsikan antara gambar yang masih ada dalam simpanan saya, sebenarnya ada banyak tapi cuma tinggal dua saja dalam simpanan saya.
ok, nanti kalau ada masa saya post lagi gambar event lain yang saya dapat tengok masa kerja dekat stadium.
Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
insya-Allah...
amin.






