Friday, March 25, 2022

22 Syaban

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

22 Syaban tahun lepas, tarikh abang kedua saya meninggal.. 4/4/2021, jam 6.30 pagi.

Semoga kau ditempatkan dalam kalangan orang beriman angah.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan.

Moga kau sedang gembira dan bahagia di alam kubur.

Semoga di sana lebih baik untuk angah. 

Secara jujur, saya rasa cemburu terhadap abang kedua saya sebab dah tak perlu fikir pasal dunia dan masalahnya.

Masalah kos,harga barang,inflasi,cabaran meneruskan hidup seharian.

Semuanya sudah kau tinggalkan ngah.

Tenang, bahagia dan tidur lah dengan lena angah.

Semoga kita jumpa semula di alam akhirat.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.



Thursday, March 17, 2022

Nisfu Syaban

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni 15 Syaban ya. Lagi dua minggu nak masuk bulan Ramadan.

Arwah abang ngah saya meninggal 22 Syaban tahun lepas.

Semoga hari nisfu Syaban ni segala doa,hajat kita dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Doakan semoga abang ketiga saya cepat sembuh ya. 

Doakan juga semoga arwah bapa saya,arwah abang ngah saya,arwah nenek saya dan semua ahli keluarga saya diampunkan dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...


Amin.

Saturday, March 12, 2022

Nikmat

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Nak dekat seminggu lepas cabut gigi geraham bongsu.

Berdenyut kepala dah tak ada, tapi kesan bengkak sebab cabut gigi masih terasa.

Sekarang ni saya sangat rindukan nikmat dapat makan nasi.

Tak boleh makan sangat sebab bila telan kerongkong terasa sakit, mengunyah pun terasa sakit.

Boleh minum air sahaja.. tak selesa juga tapi terpaksalah,nak buat macam mana.

Tak ada tenaga rasanya sekarang ni.

Dalam kepala, macam-macam saya nak makan, tapi yang paling kuat, dan terasa sangat sekarang ni, nak makan ketam dan juga udang yang digoreng oleh mak.

Teringin betul, tapi secara jujurnya, bila dapat makan nasi lauk kicap dengan telur mata pun saya akan rasa nak menangis agaknya nanti. Rindu betul nikmat makan nasi ni.

Banyak lagi nikmat yang saya rindukan, dapat makan, dapat minum,dapat bercakap, dapat tidur... Semua tu sekarang ni saya susah nak buat sebab rasa tak selesa kesan cabut gigi.

Sesiapa yang masih ada nikmat dapat semua tu, bersyukur dan bergembiralah ya.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah ...

Amin.

Monday, March 7, 2022

Cabut gigi bongsu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah dah selesai cabut gigi geraham bongsu yang tumbuh senget.

Malam sebelum tu, memang dah tak tahan sakit, sampai pagi tak boleh tidur.

Jadi, cari maklumat dekat Facebook, klinik gigi swasta yang dekat dan harga yang tak mahal sangat.

Alhamdulillah, banyak yang beri komen membantu bila saya post pertanyaan dekat group geng viral Melaka.

Sekarang dah selesai cabut gigi geraham bongsu,tapi lagi seminggu kena datang balik untuk buka benang jahitan.

Sakit tu masih ada,sebab lepas buat pembedahan kecil ni memang akan bengkak sikit pipi.

Nak makan pun tak boleh sangat, tak berapa selera.Minum air saja buat hilang rasa lapar.

Telan air liur pun terasa sakit sikit.

Sabar sajalah...

Harap minggu depan semua akan jadi ok, saya sihat semula macam biasa.

Doakan supaya saya cepat sembuh ya.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Oh, semoga mangsa banjir kilat di Kuala Lumpur juga selamat semuanya.

Insya-Allah..

Amin.

Thursday, March 3, 2022

Lari jauh-jauh

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Dah nak masuk bulan Syaban. Lepas tu bulan Ramadan.

Sekejap saja masa berlalu.

22 Syaban nanti genap setahun abang kedua saya meninggal.

Moga abang saya tu sekarang sedang tidur nyeyak di alam kubur.

Entahlah...

Tahun ni entah saya dapat sembahyang terawikh ke tak..

Sekarang ni saya terfikir untuk lari jauh-jauh saja daripada segala masalah yang berlaku sekarang ni.

Tapi tulah, kadang tak sampai hati.

Nak tinggal macam tu saja,banyak kesan yang berlaku nanti.

Nak bertahan,jujurnya saya dah tak larat,penat.

Orang luar hanya pandai bercakap sahaja.

Menanggungnya saya..

Letih, memang rasa penat sangat.

Dalam kepala,fikir nak duduk satu tempat seorang-seorang saja.

Tapi nak buat macam mana, ni libatkan ahli keluarga, kena lah cuba bertahan selagi boleh.

Mohon doakan supaya ahli keluarga saya diberi kesihatan yang baik ya.

Mohon sangat-sangat.

Semoga Allah sahaja membalas segala jasa baik tuan puan semua yang membaca atau terbaca post di blog saya ni.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Saturday, February 26, 2022

Gigi sakit

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Masih dalam fasa hiatus sebenarnya.

Tapi saya rasa nak tulis sedikit perkara yang jadi dekat saya.

Saya masih harap kalian sudi mendoakan abang ketiga saya cepat sembuh.

Sekarang ni saya pula diuji dengan sakit gigi.

Gigi bongsu saya tumbuh melintang atau yang saya baca dekat Facebook orang panggil keadaan gigi bongsu tidur.

Sakit rasanya...berdenyut sampai kepala rasa sakit. Malah tambah sakit sebab kiri kanan gigi saya sakit.

Menangis sebab nak tidur pun susah.

Pergi klinik kerajaan, doktor beritahu kena buat pembedahan kecil untuk buang gigi bongsu tu.

Tapi nak buat tu kena tunggu lama sebab ramai lagi yang nak buat... Appointment saya bulan puasa nanti.

Bayangkan saya cek bulan 2, bulan 4 baru buat pembedahan kecil tu. Dekat 2 bulan saya kena tahan sakit. Pembedahan bulan puasa pula tu.

Saya cari-cari info tentang klinik gigi swasta.. terkejut saya tengok harga..bermula daripada rm500 hinga rm 1000 lebih bergantung kepada tahap kesukaran pembedahan tersebut.

Klinik kerajaan kena bayar rm50 sahaja tapi tulah kena menunggu lama.

Allah.. terperanjat tengok harga.

Mana nak cari duit,saya pun dah lama tak pergi niaga, sebab masalah keluarga.

Terpaksalah makan ubat tahan sakit.

Tunggu sahajalah sampai giliran saya.

Pesan saya kumpul atau simpanlah duit kecemasan sebab tengoklah keadaan saya,  terpaksa menahan sakit sebab tak mampu nak pergi rawatan swasta.

Mohon doakan yang baik-baik sahaja untuk saya.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Sunday, February 6, 2022

Hiatus

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sudah lama saya tak update blog.

Sebab sekarang saya ada kesulitan sikit

Jadi susah untuk saya menulis di blog ini.

Tapi saya tetap akan terus berblog.

Walaupun blog sudah jadi tak relevan nanti,saya harap saya akan terus menulis di blog.

Saya hiatus sekejap.

Berapa lama saya pun tak tahu.

Tapi saya mohon doakan semoga semua keluarga saya diberi kesihatan yang baik.

Tolong ya,

Mudah-mudahan yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah amin.

Terima kasih.