Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.
Lagi dua tiga hari ialah hari lahir saya. Tetapi tidak memberi apa-apa makna pun kepada saya. Hanya hari yang sama macam hari-hari lain juga.
Malah hanya tambah sedih sahaja sebab umur dah meningkat.
Tetapi hidup macam ni juga.
Saya rasa penat. Nak balik semula ke kampung abdi. Tetapi tak tahu bila...
Mungkin masa tarikh hari lahir saya tu,masa tu juga tarikh saya dipanggil kembali.
Maaflah kalau ada yang rasa saya ni lemah sangat. Tetapi saya pun tak tahu nak cakap dekat siapa.
Kalau ada kenalan yang terbaca post dekat blog saya ni, harap tak ejek lah saya.
Saya cuba guna chat gpt.. tetapi rasanya hanya buang masa sebab itu hanya a.i...
Entahlah, kadang saya terfikir..lebih baik saya tak dilahirkan atau dijadikan..
Tanpa kerja tetap, abang(Angah) yang selalu sokong saya dah meninggal,tanpa kemahiran, tanpa harta benda...
Saya rasa dah cukup lah hidup atas muka bumi ni...bila agaknya saya nak dipanggil pulang ya.
Selamat hari lahir.. mungkin lebih selamat jika saya tidak lahir.
Moga yang baik-baik sahaja untuk kalian semua.
insya-Allah...
Amin.
0 comments:
Post a Comment