Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...
Whatsapp tak boleh log in, banyak kali cuba uninstall,lepas tu install balik, masuk nombor phone,masih sama...keluar perkataan "you need the official whatsapp to log in". Tengok you tube, masih tak selesai,last-last saya hantar aduan rasmi dekat whatsapp official...Tak tahulah dia respon macam mana nanti...
Pening kepala, whatsapp tu ada beberapa urusan yang kena pakai whatsapp..dah jadi macam ni..tak ke huru-hara dibuatnya..
Itu satu hal, tambah satu masalah lagi bila saya tak boleh nak log-in bank islam website, cuba call support centre, tak berjawab...aduh...kena telefon dalam waktu bekerja ke?bukan support centre biasa 24 jam?
Jenuh...whatsapp masalah, bank islam masalah..
Ujian di minggu akhir ramadan agaknya...
Mudah-mudahan dapatlah selesaikan semua ni...
Moga-moga yang baik sahaja untuk kita semua..
Insya-Allah..
amin.
1 comments:
Mudah2an masalah dah dapat diselesaikan.
Post a Comment