Tuesday, September 17, 2024

Hobi

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...

Antara hobi saya ialah mengumpul lori daripada kedai eco...lori yang harga 2.40 tu...seronok bila dapat kumpul...tetapi semenjak ada scalper ni rasa nak mengumpul ni dah kurang...

Sebab scalper ni akan beli atau borong banyak-banyak dan kemudian jual balik dengan harga tak masuk akal. Contohnya macam kereta hot wheels proton saga...dijual balik sampai beratus-ratus ringgit..

Terus rasa tak seronok nak kumpul.

Tetapi hari tu masa saya pergi singgah sekejap dekat kedai eco tu jumpalah bendera Malaysia dengan lori eco papapipi...seronok juga dapat beli setelah sekian lama tak beli.



Bendera negara Malaysia dan juga bendera negeri-negeri yang terdapat di Malaysia ni pun seronok juga kumpul...tetapi setakat ni saya baru dapat kumpul tiga bendera sahaja...negeri Melaka,Sarawak dan juga bendera negara Malaysia...biarlah...nanti kalau ada rezeki dapat jumpa bendera negeri lain boleh lah beli.

Hobi saya tak adalah spesifik sangat...dulu saya kumpul komik macam eyeshield 21, kisah ahli bomba,misteri naga,koleksi workshop dan lain-lain lagi. 

Kumpul lori daripada kedai eco ni pun semakin dah kurang minat sebab wujud golongan scalper..biarlah...

Semakin bertambah umur ni semakin kurang minat saya terhadap sesuatu perkara...hobi pun makin dah tak ada...lebih suka duduk dalam bilik..tak pergi mana-mana, tak jumpa sesiapa..kalau keluar rasa macam nak cepat balik sahaja...

Entahlah...moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

amin.


1 comments:

thisni3za said...

Last year husband sy kumpul semua lorry by negeri dr kedai ECO jgk =D

Post a Comment